Kadang-kadang, dalam hidup kita terpaksa ambil keputusan yang tidak memihak kepada kita tapi sebaliknya. Kita ambil langkah yang menyakitkan diri kita sendiri. Kita tak 'selfish'. Kita tak pentingkan diri sendiri tapi letakkan orang lain sebagai 'priority'.
Sakit ke? Off Course tapi kau belajarlah untuk Terima dengan Redha. Susah nak redha? Memanglah sebab mungkin kau tak pernah diuji dengan ujian-ujian besar. Tak ada Terima Kasih tapi terus dicerca? Persetankan mereka. Walk away with pride. God knows. You know.
OK. Mukadimah Entry buat penyuntik semangat readers Misz-ella yang kecewa kerana terpaksa pergi dari orang yang dia kasihi walau pemergian itu menyakiti dia sendiri. Dia nangis .. Misz-ella pun nangis sama. Hurmmm ... that is life, kan. Biarlah orang tak hargai tiap titik pengorbanan yang kau buat walhal sebenarnya itulah keputusan yang paling mulia. Things happened for reason. God has his own plan for us. Kau sabarlah, wahai sahabat .. esok-esok Allah SWT bagi ganjaran yang kau tak duga. In Sha Allah.
Ujian sebenar dalam kehidupan ini ialah cara kita menghadapi perjalanan hidup kita sendiri. Cara kita tangani konflik, krisis, masalah, emosi dan macam-macam lagi. Sebagai contoh .. bila tengah marah .. adakah kita pilih untuk beristighfar, berzikir atau baling kaca ke lantai dan dinding? Ketika berkrisis adakah kita memilih untuk menyalahkan yang lain atau kita memilih untuk memuhasabah diri?
Hidup biar berpendirian. Jadi diri sendiri .. jangan sesekali kita 'copy' orang lain kerana akhirnya kita yang rugi. Lain orang, lain gaya, lain cara hidup, lain ujiannya.
Kalaulah kita tau apa yang "Dia" tulis untuk kita ... senang, kan. Tapi kalau camtu, tak adalah Ujian .. tak thrill la hidup, betul tak.
OK dah. Saya mau say Goodbye. ByeBye.
4 comments:
Betul tu kak.. Life is a challenge...:)
ujian tak pernah selesai, kerana ujian memberikan kematangan...
betul sgt kc...kc sihat....lama tak jumpa...hehehehe
Assalam KC,
First kena tahu mengapa kita hidup.
Baru lah kita tahu siapa tuhan dan siapa hamba
Jika kita bertuhankan dunia maka semua ujian2 yang kita hadapi akan gagal.
Jika kita tahu kita terlalu kerdil maka kita akan rasa gementar dan redha akan segala ujianNya.
Post a Comment