Hai. Assalamualaikum. Good Morning kawan-kawan. Misz-ella dan rombongan seramai 22 orang baru balik dari Jalan-jalan.
Jalan-jalan di tempat sejuk pilihan Famili. We love to come here. Here no traffic jam. Here is the best place for relax and get together. Here is very peaceful, aman dan harmoni. Cuaca yang dingin sejuk, tak da trafik jem, tak perlu redah toll, tak perlu beratur panjang berbaris nak masuk tandas kat RnR dan tak susah payah cari parking dan yang penting tak perlu banyak keluar duit adalah suasana yang sangat best untuk beristirehat ramai-ramai. 20 orang 3 generasi. Infact kami baru ke sini 13/10 yang lalu dan kami 'repeat' lagi pada 30/11 ni kerana hari tu Mama dan Abah dan Keluarga Angah tak join kami. So this time, 5 families 22 persons join our 3rd Trip to Bukit Fraser menginap di The Cottage Banglo milik Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser. We love this 4 rooms bungalow. Lokasi banglo yang terlalu dekat nak ke mana-mana buatkan kami senang berjalan kaki ke mana-mana sahaja. Ke Food Court, ke Bukit Fraser Town Centre, ke Taman Permainan .. semuanya kami jalan kaki sahaja. Cuaca sejuk, tak panas dan tidak memenatkan.
Tapi kali ni, 30/11, cuaca adalah tersangat sejuk *sekitar 18-20 darjah celcius sahaja*. Hujan malam, hujan pagi .. kabus tebal sana sini .. rasa nak peluk-peluk guling-guling malas nak bangun tinggalkan katil je trip kali ni. Tiga kali pergi, tiga kali jatuh cinta .. till now i keep on saying Bukit Fraser tempat kita. Tak da Indo, tak da Nepal, tak da Bangla, tak ada orang lua. Tak da kipas, tak da aircond, tak da stress, tapi sangat-sangat perlu Water heater. Terlalu suka sampai terfikir nak beli property disini. Tapi sayang, Akak tak cukup kaya .. memadailah setahun 3 kali ke sini dengan kesayangan sahaja.
Review kali ni adalah untuk Trip ke dua iaitu pada 13/10/2013 yang lalu. Trip ke 3 ni Akak tak dan nak ambik gambar sebab terlalu seronok dan bizi dengan family. Afterall .. dah kali ke 3, ambil gambar dah tak excited lagi, kan.
The Cottage & Banglo Bentong, Bukit Fraser
Rumah kami untuk 2H/1M.
Buat yang ingin menempah Banglo ni, boleh la kol 09-3622007. Weekdays RM700, Weekend rate RM800 .. 4 bilik tidur/4 bilik mandi.
Master bedroom
Bedroom 2
Ruang tamu tempat melepak tengok TV, main Kad, minum Kopi dan makan Kuaci. Best siot famili i. Happening gila kitorang nih. Kepala sume gila-gila dan meriah.
Ada dua lagi bilik di Bangunan belakang yang bersambung dengan Banglo ni. I believe this is a Workers room. Orang Putih yang duduk rumah ni zaman dulu-dulu duduk rumah depan, pekerja dorang duduk rumah belakang. Belakang bilik hutan. Best kau tidur malam bertemankan bunyi alam.
Suasana dalam bilik pekerja yang bersambung dengan 'main building' - Sangat selesa, kan dan setiap bilik ada attach bathroom. The Cottage ada 4 bilik so ada 4 bilik air. Molek sangat la untuk yang ingin beramai-ramai, Tak yah rebut-rebut bilik air pagi-pagi nanti, kan.
Pemandangan dari depan bilik pekerja .. cantik, kan.
Yang depan tu 'main building of the bungalow'. Ada hall, 2 bilik tidur, dining hall dan dapur. Tapi tak boleh masak-masak ye. Dapur untuk buat air aje tu.
Petang sikit kita gi The Paddock untuk jalan-jalan. Budak-budak nak naik kuda .. nak main 'archery'. Mak-apak layankan aje .. asalkan anak kita hepi, kita pun bahagia, kan.
Maghrib sudah ..
Malam-malam kita jalan kaki ke Pekan Bukit Fraser, jalan kaki je dari Banglo kita. Ecewahhh .. tetiba je kau ada Banglo kat Bukit Fraser ni ye? Hehehe. Yeayyy .. kita berada di Sempadan dua negeri.
Having fun together
Ehhhh .. tertinggal gambar petang. Petang tu kami lepak makan kat Gerai Makcik ni, depan Banglo The Glen milik KTM. Makan Pisang Goreng, Jejemput pisang, Laksa dan Rojak Buah. So sedap i tell you. Alaaa .. sejuk-sejuk camni makan apa pun sedap, kan.
Food court dekat dengan Padang Permainan ni jalan kaki je dari The Cottage @ Banglo Bentong tu tau. Pegi dekat 'main road' lintas jalan nanti nampak tangga .. naik je tangga tu dah jumpa Food Court dan padang permainan. Jom kita melepak.
Yang bujang sewa basikal dan 'cycling' lah .. yang kecik-kecik main buaian dan jongkang jongket lah. Mak apak borak-borak je la, bukan selalu jumpa camni, kan.
Bunga-bunga cantik berkembang di waktu malam. Perghhhh ... best-best. Malam tu kitorang melepak je kat Taman ni, jalan kaki je dari Banglo The Cottage tu.
Aktiviti esok harinya ialah Jungle Tracking. Kita mulakan dengan Hemmant Trail, 1.0km sahaja, agak senang, jalan rata, kurang mencabar .. in 20 minutes settled. Tengok atas .. The Cottage banglo atas tu je tau .. so turun bukit terus masuk hutan.
Keluar dari Hemmant Trail hati masih tak puas hati, nak tracking lagi. So the next is kita masuk ke Bi shop Trail, 1.5km tapi tersangatlah mencabar. Ada pokok tumbang, kena membongkok, kena melangkah kaki besar-besar, turun naik bukit lintas pokok-pokok, longkang kecik. Mencabar tapi best!!
Walking home together. 13 orang semuanya ikut Expedisi masuk keluar Hutan pada tanggal 14/10/2013 ni. Best la korang ... tapi kena betul-betul 'fit' la. Al-together we walked almost 5km dari Hemmant Trail, masuk Bishop Trail keluar Bishop Trail ikut main road back to The Cottage Bungalow. Best la Bukit Fraser. Kitorang suka. Everytime balik sure rasa nak datang lagi ke sini.
Sara tak ikut jungle tracking sebab dia tidur pagi tu. Maka tinggalla kau kat rumah dengan Papa. Abang, Kakak dan Mamanya follow us to the jungle. Balik makan Nasi lemak kukus yang KY masak. Burning and eating, baru la seimbang, kan. Hehehe.
Trip ke 3 ke Bukit Fraser pada 30/11/2013, kita tak banyak jalan-jalan sebab hari hujan. Sampai hujan, malam hujan, esok paginya masih lagi hujan. Sejuk kauuuu .. dalam 18-20 darjah Celcius je suhu sekitar Bukit Fraser. Best. Best. Sangat best bila bercakap mulut keluar asap. Dah sampai Sg. Buloh ni kau jangan la harap, kan. Tapi kan, dalam tak banyak keluar jalan-jalan pun we still managed to walk about 4km dari The Cottage, turun ke pekan Bukit Fraser, jalan-jalan dan jalan lagi pusing-pusing turun naik bukit tu at last sampai rumah. Saja mengada nak try tengok stamina kitorang kuat ke tidak. Eecece .. 3 generasi jalan bersama ok .. Mama, Anak-menantu dan cucu-cucu. Seronok ok. Sampai rumah Solat Maghrib dan malam tu we had BBQ. Lamb Chop, Chicken Wing and Drumstick, Salmon, Grilled Prawn, Baked Potato, Coleslaw ... nyummm .. nyummm .. nyummm ... so sedap. Lebih sedap bila makan ramai-ramai dengan kesayangan. Lebih best lagi bila anak-anak we all dah besar panjang so kerja-kerja membakar diaorang take over. Mak-apak nengok dan makan aje. Trip kali ni we are so busy till we got not time to nyanyi-nyanyi. Kitorang ni kepala gila-gila .. kalau dah jumpa kang joget la, menyanyi la .. macam-macam kerja kitorang.
We are happy together. Bahagia datang dengan berbagai cara dan ini lah salah satu darinya. Bahagia dikelilingi orang-orang yang disayangi. Bersyukur pada Allah SWT ada adik beradik, ipar-ipar yang sekepala dan rapat macamni. Kakak-kakak ipar, Adik-adik ipar dan Abang ipar yang 'happening'. Minggu ni luang masa dengan Mama no. 1 .. minggu depan nak balik rumah Mama no. 2. Segalanya ibarat diatur Allah SWT untuk kami semua. Alhamdulillah.
13 comments:
lepas ni mesti orang beralih ke fraser hill pulak..sbb cameron pun dah tak berapa menarik dan tak sejuk.. bestnya kakcik.. cantik rumah banglo tu.. memang sesuai kalau datang ramai2 dengan kawan..
bestkan?
kitaorang pun dulu duduk kat rumah banglo...huhhu..memang sangat2 seronok....tenang ajer..tp tak sanggup nak naik tu...berlingkar2 sementara naak sampai atas
beshnya!! i'm happy for you :) :) i sukaaa sgt fraser's hills..dulu honeymoon kat sini thn 2004 ie kat smokehouse tu
tak pernah sampai bkt fraser lagi..
best nyer...serius ckp ni umur dah 31 tahun tapi bukit fraser pun tak pernah jejak..uhuksss
bestnyaaa.. cantik sangat.. akak teringin dah lama nak ke sini.. mesti relax kann..
nnt story more ye dear.
we had been here too on 22/11/2013.....
best, tenang jerk kat sini kan..... try cari signage sempadan selangor pahang, tapi x jumpa... huhu kecewa..
Sangat best!
Sebab saya & Fiza mmg suka temoat sejuk...dan Cameron Highland dah terlalu di komersialkan...dah tak sejuk..penuh Bangla..Indon...Nepal...
Dan saya mmg tak pernah sampai ke Fraser Hill ni...nak try luck ke sana musim cuti sekolah ni...Harap ada accomodation kosong!
Bestnyer....
Baru nak naik esok tapi nak tinggal kat puncak inn....
Harap best la esok...
memang nyaman, saya pun dah ke sana. english style..
memang nyaman, saya pun dah ke sana..
Boleh saya dapat contact number
Absolutely written content, Really enjoyed reading through.
Post a Comment