Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kiehl's Fun in The Sun With The Butterflies

Hello Readers .. I was so busy writing and writing till i forgot to tell you that recently i joined The Butterfly Project - a community of Beauty Bloggers who share their thoughts, tips and reviews about beauty.  Dalam erti kata yang lain, apa sahaja yang perempuan suka .. itu kami kongsi bersama.  I attended a few Events with The Butterflies and started to like it. Awesome groups .. Big hugs to Tammy The Butterfly Project Founder.   

A lot of tips, a lot of sharing, a lot of reviews can be found in the Group dan yang terkini, Misz-ella nak join The Kiehl's Fun In The Sun Event which schedule this coming Sunday, 8th June 2014.

So lets check it out with me what is the Event about and why do Misz-ella excited to be one of the 30 Butterflies bloggers participated in this Event.


Tadaaaaaaaaa ............. The Event's Banner.

Kiehl's Fun in The Sun Event




Get ready to put on your sunnies & wear your cute lil' holiday shorts to the Kiehl's Fun in The Sun Bloggers Event on Sunday morning!. Sip ice cool drinks while you try out Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream. Build your own cactus terrarium and bring back home your very own Stay Cool & Keep Fresh Goodie Bag consisting of full size Ultra-Facial Oil-Free Skincare worth RM300 to go back home to review! This is our June exclusive project & we say it's so cool, we will join too!

Day: 8th June, 2014 (Sunday)
Time: 9.30am - 11.30am
Venue: Secret Garden, 1Utama (rooftop)
Dress code: Fun in the sun

Tammy says: One of the activities is to build your own cactus 
terrarium! How cool is that?

The Simple buat attractive Events Introduction by The Butterfly Project Malaysia Founder Ms Tammy really makes me feel NAK PERGI! NAK PERGI! NAK PERGI!!

But before dapat pergi, The Butterfly must answer Two (2) Questions via our Blog.  So memandangkan itu Syaratnya .. marilah dengar luahan hati saya Kenapa I want to join this Fun In The Sun Event specially brought to us by The Butterfly Project Malaysia and Kiehl's





Why do you need 24 hour No-Shine Fresh Hydration?

Because even I do not have a bad or serious problems with my skin, but my skin do re-act on certain condition ~ it gets easily dehydrates after a long day in the aircondition room .. especially during recent KL weather which is hot. I have to let the aircondition in my room running day and night.  Before leave my bedroom for my aerodance class and upon returning from my class and the aircondition will remains ON until its AUTO-OFF by the Timer set earlier at 2.00 am in the morning.  

Cool temperature ~ good for sleeps but bad for my skin.  My skin needs help and i think a 24 hours No-Shine Fresh Hydration is a solution to it.   

NO-SHINE FRESH HYDRATION ~ Kulit tak berminyak tapi kekal segar dan lembap. Sapa la yang tak nak, kan. 

Terus terang cakap, Misz-ella jarang guna 'Moisturiser.' I only apply Sunblock to my face everyday and it makes my skin looks radiance and shine but oily actually. Selalu kena guna 'Facial Oil Blotters Paper' tekap-tekap kat muka then bila tengok balik kertas tu kuantiti minyak kat kertas macam boleh buat pisang goreng!!!! Omaigoddd .. shine-shine and oily .. that is the result that i get.  I never fail to bring the Facial Oil Blotters Paper in my handbag to encounter this problem.  Oily not moisture .. thats the condition and its bad .. too much oil is definitely not good for our skin.

So i am all excited and ready to try Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream ~ Fresh hydration for normal to oily skin type.  Lets hope i will able to join this Event and i will definitely share the benefits of the cream with you guys here. Sharing is Caring, kan.


What do you love about Kiehl's?

Kiehl's Since 1851 ~ 163 years in the beauty industry .. its seniority has put my confident level in the brand shoot up as high as KLCC. Hehehe.  

Kiehl's has a wide range and varieties of products from skincare, body and hair both for ladies and man and i am sure ada yang sesuai dan serasi dengan kulit ku ini.  Kiehl's used the finest naturally derived ingredients. Being someone who is very particular about health and beauty *beauty concious la sangat, kan .. Tehehe*  the ingredients are always a main factor that will attracts my attention.

Kiehl's products are easy to get. Most of the store at located at my favorite shopping mall ~ One Utama, Mid Valley Megamall and Sunway Pyramid.  I can always drop by while shopping.  Double therapy for shopperholic like me *eye wink*

Try before you buy ~ Sila Percaya ye kawan-kawan.  Keihl's believes their customer deserves the opportunity to try a sample of their product on their hair or skin before they decide to purchase it. WOW!!! 

And last thing that i love about Kiehl's is ~ Kiehl's 100% Satisfaction Guarantee.  Cuba selama 28 days .. you will see a healthier, revitalized skin. Guaranteed or Money Back.  NAK. NAK. NAK. I WANT TO TRY IT.


OK. I am done with my Entry for the Event.  I hope i will be selected so that i can share with you guys here on the benefits of Kiehl's and most importantly .. nak kulit lembap berseri bukan berminyak lagi so that tak payah bawak 'Facial Blotters' dalam handbag lagi dah dan tak perlu lagi seram tengok kertas serap minyak yang kuantiti minyaknya omaigodddd .. like can fry RM2 pisang goreng. Hahaha.

Ok Readers.  Thank you for reading. Bye.






Pullman Hotel, Bangsar

Beautiful Saturday.  Harini nak gi Pullman Hotel, Jalan Bangsar.  Ada Event kat situ.  Sumpah tak tau nak ikut jalan mana. Worst thing kena gi sorang sebab invitation for single blogger only.

So? Redah je la .. tak da pilihan.  OKbai. Nak bawak Aiman gi makan. 

Selamat Berhujung Minggu. Esok kita ada di Pasar Karat Stadium Shah Alam. More beautiful cotton ada disana. Jom serbu jom.


Cotton Cantik lah!

Haiii .. cotton cantik dah start menimbun di rumah. Cantik-cantik. Cun-cun. Tergoda weih.  Sampai jam 12 malam Misz-ella melayan dia semalam.



Harini hari Jumaat.  You all tunggu ye. Isnin Misz-ella 'upload' gambar .. sila bersedia untuk mencuci mata. Yeayyyy !!!



Macam-macam Cerita


Satu hari minggu lepas, Misz-ella pergi rumah kawan minum petang dan duduk sana sampai malam.  Suka la tengok rumah dia yang 'pure' dan 'raw'. Very cooling and relaxing bila berada di sini.   Minda tak sarat .. kepala tak serabut.


Lepas tu, jadi tamu di rumah serba meriah ni pulak. Hurmmmm .. lawa-lawa. Sangat lawa. Lawa lah.


Trend makan Choco Oat sekarang ni .. and Misz-ella pun tak terkecuali.  OK la .. but for me very sweet. Kena minum banyak air putih kalau makan ni deh.


Sambal Tumis Ikan Bilis dan Ayam Goreng Rangup for my family.  Kitorang makan ok .. tak cerewet tak banyak hal.  Asal sedap dan kenyang. Walau bizi-bizi .. masih sempat masak simple-simple camni untuk famili. Alhamdulillah.

Sempat pergi rumah besar ni untuk ambik sesuatu di sini.

Saya sekarang guna Sabun tanpa pengawet, tanpa petroleum keluaran Borneo Soap. Best!! Boleh baca tentang kehebatan produk ini di sini.

Hujung minggu masa untuk famili .. time ni je la sume orang ada rumah.  I love wiken.

Dua hari dalam minggu ni, Misz-ella ada 'Event' bertemankan adik Misz-ella si Az.  My fren told her husband .. famili dorang ni unik.  Dorang dua beradik ni dari ayah yang sama .. tapi dari mak yang berbeza .. tapi diaorang sume berbaik-baik.  Ermmmm .. I love all my adik beradik tak kira la dorang dari mak atau ayah yang mana.  Hidup ini indah.  Aturan Allah SWT itu sememangnya indah kalau kita tau menghargainya. Tau tak betapa bahagianya kami dapat berkasih sayang macam ni? Mak dia mak saya .. mak saya pun mak dia. Kitorang hepi. Tak da masalah malah tiap kali raya kami pulang ke rumah Mama Ida di Segamat even Arwah Abah dah tak ada. Arwah Abah dah tak ada .. tapi mak tiri ada lagi kat sana .. adik beradik pun ada 6 orang kat sana so tiap kali raya kita balik kampung la, kan. Segamat tempat kami berhimpun 11 beradik. Hari raya pertama, malam ~ makan ramai-ramai .. main bunga api sama-sama. Dah settle dengan famili dan adik beradik di sini baru la masing-masing mengubah haluan. I donno if any of my blog reader berada dalam situasi big family like me.  If ada .. best kan. Best kalau kita pandai dan tau menghargai tiap pemberian Allah SWT. Tak best kalau kita tak tau dan lupa yang tiap kejadian itu ada nikmatnya.

Ehhh. OKOk.  Entry Macam-macam Cerita dah habis. Tq baca. Bye. 




Joget Duet. Studio Aerodance Baru di Puncak Alam.

Hai.  I actually have a lot of stories to keep here. Tapi masa sangat terbatas mencemburui saya.


Seronok tulis Blog. Esok-esok bila Misz-ella dah tak da, agak-agak rindu, baca la Blog ni.  Esok-esok kalau anak cucu nak 'flashback' mak dia dulu camna .. nenek dia dulu camna .. bukak la balik Blog ni .. tu pun if by that time blog ni masih ada lagi.  I am aware i have only one child.  Aiman tak da tempat nak kongsi kenangan dia dengan mak dia bila i dah tak da nanti .. mungkin blog ni boleh jadi 'reference' dia 'in the 'future' *sobs*

Haihhhh .. tetiba 'emo'. Tetiba. Tetiba je. Dah-dah jangan layan.


Ekceli nak bagitau readers .. ada Studio Aerodance baru bukak di Fasa 3, Puncak Alam. To be exact di Pusat Niaga Astana Alam .. dekat dengan Sekolah ... studio berdepan dengan SpeedMart.  Every Tuesday, Friday night ada kelas Aerodance pukul 8:30 malam atau to be exact lepas Isyak.  Khamis petang pukul 3:30, Sabtu dan Ahad pagi. WaWaWa .. untungnya orang-orang di Puncak Alam boleh ber 'aerodance'  hari-hari.

Jom Puncak Alam kita bersenam.  Jangan takut. Jangan segan. Jangan malas. 



Muka peluh-peluh lepas bersenam.  Malam ni Kelas Latin Latino .. banyak gelek pinggang .. tu rahsia pinggang i ramping beb. 



Lepas kelas kita fotoan.  Teacher Tini bab suruh students 'all-out' memang best.  Its ok .. dont worry .. buat takat your own capacity.  Misz-ella memang 'hyper' .. kalau dapat melompat memang suka gila. Puas beb dapat berpeluh sakan lepas seharian berpenat-penatan.

Misz-ella tak boleh 'slow-slow' .. nanti khayal hilang fokus entah ke mana. Lagi satu tak boleh jauh dari Teacher .. mesti nak sebelah dia.   Kalau jauh mau mengkhayal berangan gamaknya ye? Tehehehe.


Umi is my dance partner ...  rakan Joget duet Misz-ella kat studio. Minah ni even busy-busy .. tetap curi masa ber 'aerodancing'.  Exercise is a therapy. Exercise is fun. Exercise untuk kesihatan diri.  Kalau sayang diri ... bersenamlah.  Jaga diri kita sebaiknya. Kalau kita tak jaga sendiri .. sapa lagi, kan?

Misz-ella suka sangat exercise.  I boleh exercise siang dan malam.  Umi boleh ride bicycle siang dan ber aerodance pada waktu malam.  Why? Because we enjoy doing it.  Buatlah perkara yang kita suka dan enjoy lah membuatnya .. In Sha Allah kita akan bertahan lama.  Me dah ber exercise almost 20 years. Dari muda sampai sekarang dah tua. I hope i can maintain what i am doing now.  Mudah-mudahan Allah SWT bagi kekuatan fizikal dan mental untuk terus bersenam. Amin.

Buat korang yang tak boleh ber 'aerodance' dont worry.  Ada banyak 'form of exercise' .. you can do Pilates, Yoga or Line Dancing. You can choose according to your body needs.  Listen to your body, OK.

Puncak Alammmmmmm ... Jom kita bersenam.  Telefon 012-9241988 untuk tau lebih banyak ye.  Jom kita ChaCha, Zumba, Merinque, Salsa, Joget, Zapin dan banyak lagi together-gether.  Jommm kawan-kawan.

Geng Hitam Putih

Haiiiii .. Good Afternoon.  Misz-ella sekarang berada di kawasan Hitam Putih .. ditemani orang-orang berpakaian Hitam putih .. I sorang je yang looks blue. Ensem la dorang .. Smart gila tengok dorang berjalan dengan kot hitam shirt putih dan beg berat diusung ke sini sana. Very the menggamit memori 20 tahun yang lalu. 

Saya je yang biru. Az, esok kita black & white, OK.
Tehehe.

By the way, Selamat Hari Selasa.  Esok sekolah dah start cuti .. korang suka la, kan.  Boleh rilek-rilek .. no rushing-rushing.  Selamat Bercuti Sekolah Adik-adik. Ehhh ... anak-anak *macam mudo sangat la kau ... Perasan!!* KahKahKah.




Sedih. Pedih.

Hari ini sedih.
Hari ini pedih.
Hari ini terluka.
Hari ini kecewa
Tapi percaya lah semua ini
Ada hikmahnya

Jangan sedih sangat
Jangan terlalu kecewa
Doa banyak-banyak
Moga esok dia nampak
Sesuatu yang hari ini kabur baginya
Dan perubahan yang diharapkan
Akan menjelma akhirnya.
Amin.


Tadi gi 'class dance-dance' .. exercise is fun.  
Badan sehat. Minda kuat.

Minum dulu petang tu sebelum ke Lantai Tari

Seronok bila ada kawan yang sama hobi.  Exercise is fun.  Lets Do It.  Lets Do It. Lets Do It .. Do It .. Duit. Ehh salah lirik. Tehehehe.


By the way .. kita tak bawak balik Piala Thomas 2014.  Al-kalah kita al-kisahnya maka esok you all pergi kerja ye. Good Night korang.  Tq baca. BYEEEE.





New LUX Classic Collection with Fine Fragrances

One evening, Blog Misz-ella was invited for LUX Showcases - Fine Fragrances Collection.  Tq Faten kerana mencalonkan Blog Misz-ella. Berlokasikan Hotel 5 bintang iaitu Sunway Hotel Resorts & Spa, i fetched Faten and drove there. Saja keluar awal to avoid the jem and Yeszz .. the traffic is so clear.

On the way to Sunway Resorts Hotel & Spa. Mekap sendiri, Recycle baju lama. Rambut my friend Kay tolong 'blow'. 



Me and Faten

Suasana dalam function room is soooo romantic

Misz-ella bawak Mek Ti buat peneman

Antara 'Body Wash' keluaran LUX yang diinspirasikan dari minyak wangi terkenal dunia ~ I love the sweet smell.  Sapa la tak suka wangi, kan.


Bunga dan wangi memang selamanya Sejati, kan. Dimana ada bunga, disitulah wujud kewangiannya. Maka bunga-bunga yang harum dan cantik adalah antara ramuan di dalam LUX Body wash ini.




\
Pengacara Cheryl Samad yang sangat comel, manis dan spontan.

We were among the earliest so dapat tempat duduk betul-betul belakang meja VVIP.

Pengacara Cheryl Samad yang kecik molek and very the friendly


Temubual dengan Duta Lux - Nur Fazura. Dorang borak macam kat rumah. So cute.

Then followed by the LUX new Ambasaddor, Bunga Cinta Lestari and her husband Ashraf Sinclair.  Its a very interesting session whereby Bunga and Ashraf shared their stories on how they always ignite the spark of their love after marriage. Spending quality times together .. melakukan perkara-perkara yang boleh menyemarakkan api cinta yang sedia ada.  Perghhhh .. romantiknya si Bunga dan lakinya. Tehehehe.

Then .. Perasmian LUX baru dengan wangian eksklusif

Semarakkan cinta anda dengan 5 wangian eksklusif seperti LUX Soft touch, LUX Velvet touch, LUX Magical Spell, LUX White Impress dan LUX Aqua Sparkle. Omaigoddddd .. wangian mandian LUX yang diinspirasikan dari perfume-perfume terkenal di dunia ini adalah sangat harum dan best!! The new Lux Classic Collection with Fine Fragrances ini boleh didapati di semua Pasaraya Terkemuka dengan harga RM17.90 untuk 950ml dan 220ml berharga RM6.00 manakala Refill pack 600ml hanya RM8.90 sahaja.  Jangan buang botol ok .. kita refill sahaja ye kawan-kawan ..


Then Bunga Cinta Lestari menyanyi

Temubual dengan Fazura yang lawa.  Seriyus suka tengok muka Wanita Melayu tak kacuk mana-mana camni. Cantik asli dan ori .. and she is very friendly. Even katanya tak makan apa-apa lagi dari pagi .. but she still smiles and Thank Youuuuu ... Dia suka cakap Thank you. Good. Good. I suka orang yang pandai berterima kasih. So sapa-sapa tak suka cakap Thank you macam Fazura dan kita sila amalkan ye. Thank Youuuuuu ... Tehehehe.

Ahaiiii .. lawanya Fazura

Muka Melayu sejati kan

Bloggers and Reporters

Ada sesiapa tak kenal LUX? Jenama terkemuka yang dah wujud dari tahun 1925 dan sudah disertai oleh Wajah-wajah terkemuka dunia seperti Elizabeth Taylor, Marilyn Monroe, Aishwarya Rai, Shu Qi, Amy Mastura, Shiela Majid, Fauziah Latiff, Erra Fazira dan Duta sedia ada, Nur Fazura.

Sempena perasmian tersebut, LUX menganjurkan Pertandingan "Ignite the Spark" melalui Facebook dari 28hb April 2014 hingga 6 Julai 2014.  Very simple and easy steps ~ Peserta hanya perlu berkongsi gambar bagaimana mereka menyemarakkan cinta mereka bersama kesayangan disertai dengan "short caption on the romantic moment".  The best three photos with the best caption will be selected as winners dan hadiahnya adalah :-

Percutian Romantik ke Itali bernilai RM17,000-00
Percutian ke Maldives bernilai RM9,000.00
DAN
Percutian ke Bali bernilai RM4,000.00

Dan paling menarik, hadiah-hadiah tersebut adalah untuk anda dan kesayangan.

Banyak lagi hadiah-hadiah menarik menanti anda.  Jangan lupa lawati laman ini untuk lebih dan lebih lagi informasi. So korang korang dan korang ... jom kita join Contest ni dan jom berangan untuk menang dan bercuti ke Itali, Maldives and Bali. Perghhh .. perghhh .. perghh.. best nih.

So its weekend now, masa dimana kebanyakan dari kita akan bersantai dengan kesayangan semua.  Ambil gambar banyak-banyak .. pilih yang terbaik dan jangan lupa tambah "caption" pastu masuk "Ignite the Spark Contest" ye kawan-kawan. Ok dah.  Selamat Berhujung Minggu. Tq for reading. Byee.



Kedai Online Misz-ella

Hai readers .. *sambil lambai tangan kanan pelan-pelan*.  Assalamualaikum. Harini nak sembang 'light-light' dengan korang.  Tak nak stress-stress. Tak nak pening-pening ok. 


Dulu kan, masa mula-mula Misz-ella buat Blog .. tak pernah terfikir yang Blog ni boleh buat duit.  Tak pernah. Sumpah tak pernah. I only want to write .. buat kenangan hari tua .. buat peninggalan waris-waris yang ada .. buat hiburan sesama teman seperjuangan.  Tu je yang Misz-ella fikir. Infact sampai sekarang masih Ikhlas berkongsi pendapat dengan readers semua. IKHLAS ~ Tu yang paling penting, kan.


Tapi sapa sangka ..  sekarang Vitamin C yang Misz-ella jual ONLINE i.e. with my Blog semakin digemari ramai.  Ramai suka makan Vitamin C dan mula 'repeat order' bila sudah merasai faedahnya.  Alhamdulillah .. Misz-ella sangat suka bila dapat buat Customer gembira. Sekarang ni tinggal 2 botol je Vitamin C feveret ni.  Sapa nak sila Roger i lelaju ye. Harga macam biasa la .. tetap RM70 plus pos.

Then one of my fren jual Rempah Kambing Panggang Istimewa.  I tried and Ya Ampun Sumpah Sedap .. so i decided to share it with my readers.  Terus terang cakap .. untung menjual Rempah ni tak seberapa sebenarnya. Infact mungkin pada sesetengah orang dia takkan jual benda-benda camni .. tapi saya berniat nak tolong kawan dan nak 'share' benda-benda yang best dan bagus dengan reader.  So its ok .. keuntungan tu bukan kita nilai dari segi Wang Ringgit sahaja .. untung dapat berkongsi rasa bersama pun penting jugak, kan.

By the way, saya baru Top Up Rempah Kambing Panggang ni. Harga tetap sama iaitu RM20 sahaja termasuk pos ye.  Jom baca pasal Rempah Kambing Panggang best ni kat sini.

Sama lah dengan Harum Malam pujaan hati wanita hari ini.  Hampir tiada untung sebenarnya tapi tak pe lah .. yang penting awak nak saya tolong dapatkan sebab untuk Harum Malam ni, i am not the dealer, actually.  Again .. saya tolong orang je ni.  Tak pe la tak da untung dunia .. untung Akhirat itu dari Allah SWT, kan. Entah-entah lagi besar dari untung duniawi .. so for me tak yah berkira sangat la, kan.   Harum Malam ni tinggal 4 botol je ye kawan-kawan. Silla Whatsapp lelaju kalau nak tau. Once gone tak tau la bila dapat balik sebab dengarnya "very the high demand"

Then ada Sabun Collagen.  I still remember .. the Sabun Collagen yang i jual received a very good response from my Blog Reader sampai berkali-kali i repeat oder. Tapi now i didnt sell anymore sebab i dont agree with the price from Supplier.  They increased the price means i kena naikkan harga jualan jugak. My answer is NO. So i stop selling.

Lepas tu masih ingat pada Seaweed Pure Marine Collagen yang at one time meletop-letop di pasaran? I sold that last time.  Best gila.  Puashati gila dengan result dari penggunaan Seaweed Pure Marine Collagen tu. Sakit sendi hilang, muka berseri-seri but then we stop .. masa kes Lahad Datu .. dan kabarnya sekarang, sangat susah nak dapat Seaweed Pure Marine Collagen ni.


Then i consume Ephyra.  Minum Collagen Drink Ephyra beri pengalaman yang sangat berbeza ~ Kuku lebih kuat, tumit kaki merekah tak da lagi, kulit lebih 'glowing and shining', quality sleep and firming sana sini. Best minum Ephyra yang rasa sedap ala-ala Heliborange ni.  Till now, wherever i go, Ephyra is always with me. Jom 'refresh memory' pasal Ephyra di sini.  By the way, Ephyra pun Misz-ella jual.  Biasa la i .. mula-mula makan .. pastu jatuh cinta .. pastu customer tanya i dapatkan ler. Tehehe.

Semua barang-barang di atas ada di Kedai Online Misz-ella. Email me at kakchik_ella@yahoo.com or Whatsapp 016-6223138. Whatsapp lagi best la .. sebab boleh jawab dengan laju tanpa rungutan pada talian, kannn.

Ehhh .. OK. Dah-Dah-Dah.  Ella kalo dah start membebel tok leh diam orangnya. So lebih baik stop kat sini je. Esok-esok kita sembang lagi ye. Harini hari Jumaat.  Saya doakan awak semua sehat. Assalamualaikum. Bye.