Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Keliru

Kadang-kadang, kita keliru dengan perasaan kita sendiri. Suka? Terharu? Tak Suka? Entahlah.

Tapi mungkin ada sedikit terkilan. Terkilan sebab saat kita memerlukan sokongan, kita diabaikan.  Dibiarkan keseorangan. Saat segalanya dah selesai tiba-tiba sokongan yang diharapkan pada awalnya menjelma. Apakah perasaan? Suka? Tersentuh hati? Tawar hati? Keliru. Sangat keliru. 

Bila keliru di hati, maka yang ada hanyalah muka kelat nak senyum tak larat. Sorry .. No smile. By the way, ini gambar lama .. bulan Februari lalu rasanya. Gambar yang buat ada orang tanya .. Ni gambar bila? Apasal kulit nampak tegang semacam? Hurmmmm .. hurmmm .. hurmmm .. no comment. Nanti orang kata Misz-ella perasan, riak, berlagak dan sebagainya. Macam la aku ni cantik sangat nak riak, berlagak dan perasan ye. 

Pagi Selasa .. vroommm lelaju ke Kuala Selangor. Drive sorang-sorang .. journey finished in half an hour. Matters settled in 10 minits. On the way balik, singgah McD Kuala Selangor for breakfast.  Ya Allah so lapang and aman suasana .. sungguh sesuai untuk Misz-ella yang jiwa tengah kacau. Alhamdulillah .. rezeki Allah SWT bagi dengan berbagai cara dan suasana aman damai ni adalah salah satu caranya. Syukur.

Sampai rumah, lepak dengan kakak depan rumah .. 45 minit dengan dia balik rumah mandi .. setengah jam lepas tu keluar lagi .. ada appointment di Shah Alam dengan Mr. Lee. Explanation clear .. give me a few days to decide .. gitulah ceritanya.  Sampai rumah 4:30 petang.

Dan sempat masak untuk anak kesayangan sebab dia dapat cuti 3 hari dari Fakulti. Yeayyy .. Aiman balik mama hepi. Boleh la kita bertogether-gether.

Dan malam .. sempat lagi pergi 'aerodance'.  Jiwa kacau jangan layan sangat .. nanti takut tak terkawal emosi. Lagi baik bersenam keluarkan peluh dan rasa lebih sehat.  Bagai hilang beban di kepala .. semua masalah hilang entah ke mana. Hidup jangan stress sangat, kan. And today, dapat Surat dari Peminat. Terima Kasih Singapura. Small contribution that makes others happy.  Alhamdulillah. Moga satu hari bersua kita. In Sha Allah. Amin.

Life is a journey. Tiap hari kita bukak helai demi helai .. chapter by chapter. Ada hari jiwa kacau tapi dalam kekacauan ada terselit khabar gembira.  Allah loves us, kan. Ok Bye. Lain kali kita sembang lagi. Byeee.


7 comments:

N.Aima K said...

so true akak cantik..

Ita Rossi said...

macaman dagu boleh runcinggggg!!! jeles you!

Anonymous said...

May be dia keliru, next time terusterang aje apa yg akak nak. Apa-apa pun Syukran lah akhirnya dia bantu jugak

Kniedaz said...

KC ni cantik..mama vouge gitu...

lieyalatif said...

akak mmg cantik.... bagi le tips kak heheeheh

wow ikan taucu...peberet tu...letak cili api ...time nak makan lenyek2kan kat nasi..sedap wooo...

Anonymous said...

Rindu Kat akakkkkkkk...

-chieda-

Irfa said...

sy rasa akak cantik
noktah
.