Biasanya orang panggil Pasar Tani. Misz-ella baru tau yang ianya juga dikenali sebagai Pasar Karat Stadium Shah Alam baru-baru ni. Ooooooo .. Karat rupanya 'nick name' dia ye.
Yang bestnya, kat sini bukan sebarang Pasar Tani. Sebab kat sini ada orang jual baju, jual kasut, jual beg, jual cadar katil, jual carpet, jual pokok, jual Insuran, jual Membership dan ada jugak orang jual kereta. Memang best Pasar Tani @ Pasar Karat Stadium Shah Alam ni dan paling best ianya jadi medan pertemuan antara Misz-ella dengan Blog readers sejak 2 minggu kebelakangan ni. Alhamdulillah .. saya rasa sangat bertuah .. dapat bertentang mata dengan semua 'Silent Reader' yang banyak menyokong 'Dari Jari-Jari Halusku' selama ini. Tqvm. Satu lagi nikmat Allah SWT bagi tanpa kita sedari .. dapat menjalin ukhuwah sesama insan dengan cara mengetuk 'keyboard' berbekalkan keikhlasan hati. Terima kasih Kak Ros dari Sunway yang datang dengan famili, Terima kasih Rai, Terima kasih Kak Ita dan lain-lain lagi. Terima kasih banyak-banyak ~ ikhlas dari hati. Terharu nih *sobs*
Cotton cantik yang 'evergreen .. everlasting ..' Sedari kita kecik dia dah ada .. kita dah beranak pinak pun dia masih ada. Cotton memang pilihan sepanjang zaman, kan. Thanks Kak Ros and family for dropping by. Even a short while but its warm and fun. Datang lagi ye kak.
Rindu tak kat Yanti @ Pinky si Bedak Sejuk? Lama kan tak nampak dia? Bukan korang jer .. kitorang pun rindu kat dia. Si Bedak Sejuk yang cantik manis dan 'pink' datang berkunjung ke kedai kami. Lepak, borak, gelak until we wrapped at 12:30. Duduk kat sini rasa tak nak balik lah. Rilek je. Best je rasa. Mana taknya .. ramai penyeri, nak pulak my Blog reader. Korang memang bestlah!! Shukriah. Shukriah. Ehhh .. tertiba cakap macam 'Kashmiri'!! Hehehe.
Dan tu .. Yana dari blog Saya nak Cerita. Tq Yana sebab dapatkan kelulusan MBSA untuk kita duduk kat sini sepanjang Mei. Yana jual telekung travel, border lace and cotton. Mesti korang heran kitorang boleh berniaga barang yang sama, kan. Percayalah Rezeki itu Rahsia Allah SWT, usaha itu dari kita. Persaingan sihat mendekatkan, tidak menjarak atau menjauhkan sebuah perhubungan. Betul tak? Betul, kan.
Thanks Kak Ita kerana tegur Misz-ella. Kak Ita is my blog reader who became my customer later. Dah banyak Vitamin C dia order, dah berkotak Ephyra dia pesan. Misz-ella hepi dapat 'share' benda-benda camni dengan Blog reader. Bangga bila lihat graf kesedaran untuk menjaga kesihatan di kalangan Blog reader meningkat. Bukan sekadar Blogging kosong .. tapi mengajak blog reader mengamalkan gaya hidup sihat. Kalau boleh .. nak ajak korang semua ber dancerobik dengan Misz-Ella tau. Biar kita sehat sama-sama ye .. and have fun together. Mesti best, kan.
Kedai Makcik ni jual air sangat best dan sedap. Airnya dimasak lepas tu baru dibubuh perisa dan dijual. Bukan sebarang peniaga sebab Tokey Air ni Ahli Akademik IPTA orangnya. Rezeki Allah SWT itu melata dan meniaga itu sunah Rasulullah. Tak kira if you are professional or not, RAJIN itu je password untuk berjaya. Terfikir tak .. di tempat seperti ini pun banyak pengajaran boleh kita timba. Banyak 'contact' kita boleh dapat. Banyak 'opportunities' di sini sebenarnya.
Haiii .. another 2 more Sunday before we end this month of May. Half day gone every Sunday tapi saya tak kesah .. malah saya amat gembira sebab saya tak buang masa. If not, tak da apa nak buat .. maka merayap ke 'Shopping Mall' je la kerjanya. Do things seikhlas hati .. In Sha Allah kita akan gembira membuatnya. Do things that makes u happy .. In Sha Allah kita akan bertahan lama. Ingat tu, ok. So blog readers, sapa-sapa Free jom la kita jumpa Ahad ni. Location :- Depan MSU, Tapak Bazarena, Pasar Tani @ Karat Stadium Shah Alam. Call me for directions if you tak jumpa, OK. Bye.
15 comments:
Suka beli kerepek pisang kat satu stall tu, yg goreng time tu nyummm
Tak tau kc niaga kat sana skrg
alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki lagi..
tahniah Ella!.rezeki luas buat kita di bumi ini.rezeki datang pun berbagaicara.betullah katakunci nya kena 'rajin'..
meh la singgah2 ke gerai kitorang ni. jgn malu jangan segan...tegur je kitorang. Sgt permah, okeh! hehe..
kalau dekat, boleh tumpang letak barang, hihi
alhamdulillah..support kak Ella
yeaayyy!...k ita dah jumpa Ella. Mula2 malu nak tegur sbb Ella pun sibuk dgn customer tup..tup..bertembung kat gerai jual makanan! Ella ni memang peramah, happy sokmo..baru jumpa jap dah mcm kenal lama rasanya. Kecik molek je! K ita support Ella. Nnti k ita order Ephyra lagi ye.
KC Ella berniaga kat pasar karat tu ke..waaaa...mana tahu satu hari nanti akak boleh terjah..mudah2an murag rezeki Ella..
@Tina ... I miss you. Meh la datang, tunjuk kat Kc kedai nya yg mana satu.
@idzwa kamaruddin .. Terima kasih for your doa. Amin.
@Kak Yon .. rindunya Ella kat dia.
@Yana Halim, terlebih peramah awak tu sebenarnya, kan. Tehehehe.
@HappyIrfa, tu aaa .. jauh bebeno Enstek dengan Shah Alam, kan.
@ N.Aima, Tqvm. I really appreciate it. Thanks byk-byk.
@Kak Itaaaaa ... sukanya ella dapat jumpa kak ita. Sayang tak dapat sembang lama, kan. Nanti one day kita jumpa ye. Thanks akak for your support.
Post a Comment