Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hanis Zalikha dan Nora Danish di SAFI Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan kawan-kawan.


Alhamdulillah Ramadhan dah hampir tiba ke penghujungnya. Cepat betul waktu berjalan, maka makin cepat tua la kita semua. Hehehe.

Ramadhan tahun ini menyaksikan Misz-ella paling banyak menghadiri jemputan yang penuh dengan keberkatan dan antaranya adalah Majlis SAFI Ramadhan Al-Mubarak di Hotel Royale Chulan, baru-baru ini.  Alhamdulillah .. terima kasih kerana sudi menjemput Misz-ella .. boleh la Misz-ella share dengan readers blog ini.


Seiring dengan moto jenama SAFI, Selamat & Suci, majlis SAFI Ramadhan Al-Mubarak dianjurkan bagi mendukung kemuliaan bulan Ramadhan. Ia juga dianjurkan sebagai simbolik integrasi diantara arus kehidupan moden seharian dan kehendak syariat. Antara kelainan yang ditampilkan di majlis ini adalah dengan memperkayakan rohani melalui Sessi Tazkirah SAFI dan Solat Tarawikh yang diketuai oleh Imam Muda Asyraf. 

Selain dari itu, Majlis yang turut dihadiri oleh anak-anak Yatim, turut diadakan untuk merapatkan ukhwah silaturahim sesama hadirin. Alhamdulillah .. saya sangat suka bila sesuatu diadakan dengan niat membina atau merapatkan lagi ukhuwah.















Duta SAFI RANIA GOLD Si cantik manis Nora Danish dan duta SAFI BALQIS the newly wed Hanis Zalikha turut hadir. Khusyuk asyik para hadirin mendengar sessi perkongsian mereka berdua tentang penampilan diri, keyakinan serta keindahan bulan Ramadhan. It was so lovely to listen to their stories .. sangat santai, natural, selamba dan menghiburkan kami semua. Best gila! Hanis yang manis, masih kekal sama seperti dulu kala .. tetap mesra, tetap manja dalam waktu yang sama masih mengekalkan ciri-ciri wanita Melayu ~ malu-malu. Teringat zaman duk ke sana sini dengan Hanis dan mamanya dulu. 


Last jumpa Kak Nani, Hanis dan famili tahun lepas masa Open House Hari Raya rumah diaorang. Hanis yang manis dan anak-anak Kak Nani tetap mesra, walau dah lama tak jumpa. Raya tahun ni, In Sha Allah .. kalau ada umur yang panjang, boleh la kita jumpa lagi. OK enough with selingan .. jom kita tengok ada apa lagi di Majlis SAFI Ramadhan Al-Mubarak ini.


Seriously, Misz-ella memang buta tentang produk-produk SAFI ini. Sesekali balik Johor Misz-ella curi-curi pakai pencuci muka SAFI mama masa mandi, but I am still blur about it. Dalam majlis ini, Hanis dan Nora kongsi bersama kami tentang produk SAFI dengan lebih 'detail' lagi dan tips mengekalkan kesegaran dan kelembapan kulit di bulan Ramadhan. 

Untuk yang berkulit biasa, Hanis saran gunakan Krim Pelembap Siang SPF20A++ SAFI BALQIS WHITE TRILOGY untuk mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.




Bagi individu yang berkulit berminyak, Hanis saran gunakan Pelembap Muka Hydragel SAFI BALQIS WHITE TRILOGY. Produk unik berasaskan air dengan tekstur gel ini bertekstur ringan meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit, sangat sesuai untuk kulit berminyak. Kandungan asid hialuronik di dalamnya mengekalkan lembapan dan kesegaran pada kulit.


Nora pulak share tips tentang rahsia raut wajah cerah dan remaja beliau iaitu dengan menggunakan SAFI RANIA GOLD. Produk pertama semestinya Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD. Serum No.1 di Malaysia ini berkesan dalam mengembalikan Keremajaan Kulit. Mengandungi 50x lebih BIO NANO EMAS untuk meningkatkan penghasilan kolagen dengan lebih efektif, ia juga mengandungi molekul lebih kecil dan efektif untuk menyerap jauh ke dalam kulit agar memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah. Nora kata, gunakan ia selepas penyegar dan sebelum gunakan krim pelembap.

Lagi satu produk yang Nora share dengan kami ialah Losyen Minuman Wajah SAFI RANIA GOLD yang berupaya mengunci lembapan & meremajakan kulit wajah. Macam suspen je bila dengar perkataan Losyen Minuman tu kan. Jaga-jaga eh korang .. sebab ia bukan untuk diminum. Hehe. Losyen minuman ni membantu Nora mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit di bulan Ramadhan. Bio Hialuronik di dalam produk ini mengunci lembapan dengan optimum sehingga 24 jam, ibarat kita minum 8 gelas air. Bagus, kan.



Hanis Zalikha dan Nora Danish bersama Cik Nor Aziani Azizan, Pengurus Kanan Produk SAFI dan produk SAFI. Sweet-sweet semua ~ dari duta-dutanya hinggalah ke produknya. This reminded me of my mom ~ Both my Mama is a loyal user of SAFI Rania Gold. Ohhh begitu .. begini rupanya produk SAFI. Begitulah Misz-ella berkata-kata dalam hati. Alhamdulillah .. lepas mendengar perkongsian di Majlis ini, makin cerahlah hati Misz-ella tentang produk SAFI .. tak lagi berkabus dan berdebu seperti dahulu. Haha.


Antara meja tetamu yang sempat ditangkap oleh lensa kamera Abang Kamera adalah meja kami. It was a cool evening .. tenang dan damai hati kami dapat menghadiri Majlis ilmu anjuran SAFI ini. Sweetlah! 

Seterusnya adalah perkongsian ilmu oleh Imam Muda Asyraf bertajuk "Halal Toyyiban". Sangat best dengar penyampaian Imam Muda Asyraf yang sangat santai, selamba dan menghiburkan. Dalam menyampaikan ilmu dan pesanan, terselit jenaka buat kami semua. Maka terkeluarlah gelak sopan sang hadirin tanpa dipaksa. Imam Muda Asyraf berkongsi tentang pentingnya mencari rezeki yang halal dan melengkapkan kehidupan seharian dengan barangan yang halal. Imam Muda Asyraf turut menyentuh topik “Ikhlas dalam memberi”, mengingatkan para hadirin pentingnya berkongsi rezeki, ilmu yang diperolehi sesama insan dalam mengecapi hidup yang barakah. Ye betul .. kalau mahu hidup diberkati dan mendapat rahmat Allah SWT, jangan takut dan kedekut berkongsi ilmu dan rezeki sesama kita. In sha Allah bila kita rela dan ikhlas berkongsi, Allah SWT akan beri lebih lagi.


Majlis yang damai dan tenang diteruskan dengan alunan Dzikrullah oleh Hafiz Hamidun .. maka ketenangan dan kedamaian hati pun berpanjangan. 


Solat Isyak dan Tarawikh berjemaah diimamkan oleh Imam Muda Asyraf

Selain dari Majlis perkongsian ilmu, hadirin turut menikmati seleksi hidangan citarasa tempatan serta pemanis mulut istimewa yang diinspirasikan oleh tiga rangkaian produk SAFI seperti Pulut Tai Tai SAFI BALQIS, Bingka Ubi  dan Talam  Emas SAFI RANIA GOLD  serta  Kuih Seri Muka, Talam Keladi dan Kuih Lapis Pelangi SAFI SHAYLA.

Alhamdulillah .. sangat sweet dapat menghadiri majlis SAFI Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barakah ini. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI, korang boleh lah layari facebook SAFI, instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube youtube SAFI di sini

























1 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

seromoknya joint event mcm nie.. nampai santai & tenang