Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Edrie Hashim pilih 6 peserta di Konsert Pengenalan 3 Juara

Hello readers ..

Ammar, Mira dan Issey pengacara 3 Juara

Ahad lepas, Konsert Pengenalan Rock 3 Juara telah berlangsung dan Misz-ella telah berpeluang untuk menyaksikan bakat-bakat baru ini bertanding secara "LIVE" di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Seronok tengok ke lapan-lapan peserta 3 Juara kategori Rock ni bertanding. Semuanya berbakat dan hebat.

 Amy Search dan Edrie Hashim 

 Persembahan pembukaan oleh Papa Rock Malaysia, Amy Search dengan lagu hit nya Gita Rama Sita menghangatkan suasana di dalam Dewan.

 Komposer Edrie Hashim dan Amy Search sebagai Juri Konsert pengenalan genre Rock 3 Juara turut berkongsi tips dengan peserta. Keyword kedua-dua mereka pada malam tu ialah "Gigit" .. Hehe.


Peserta pertama Kudien buat dewan semakin panas dengan persembahannya.

Rahra dari Johor mempunyai suara rock 'husky' semulajadi

Arill dari Kedah peserta paling muda, baru berusia 18 tahun.

Kelvin dengan lagu 'Highway Star' dari Deep Purple.

Arul yang 'Nakal' dipentas mendapat sambutan paling hangat dari penonton. 

Ayien dari Sabah membuktikan yang beliau mempunyai jiwa 'rock'

Eva Maria bawakan lagu rock klasik

Indra Putra tampil lain dari yang lain dengan versi rock yang sangat unik


Dan akhirnya .. inilah dia enam orang peserta ‘rockers’ yang dipilih oleh Produser Rock, Edrie Hashim untuk terus bertanding di dalam rancangan realiti 3 Juara. 

Manakala, dua peserta, Kelvin dan Rahra tersingkir, menamatkan perjuangan mereka dalam rancangan realiti ini.

Fantasia Bulan Madu gandingan Amy Search dan 6 peserta yang mara ke pusingan seterusnya di persembahan penutup.

Produser Genre Rock, Edrie Hashim, sangat berpuashati dengan persembahan ke lapan-lapan anak didiknya. Kata beliau  “Sebenarnya saya telah memilih top 8 saya dengan sebaiknya. Mereka adalah yang terbaik daripada beribu peserta yang telah hadir di uji bakat bulan lepas.

Tetapi di malam penentuan ini, saya harus memilih enam yang terbaik sahaja dan harus melihat sama ada mereka semua sudah bersedia atau tidak untuk meneruskan perjuangan mereka dalam pertandingan 3 Juara ini. Dengan gandingan saya bersama abang Amy Search, saya telah memilih peserta top 6 saya, dan saya percaya, mereka akan pecahkan pentas 3 Juara.”

Secara jujurnya, Misz-ella juga sangat berpuashati dengan persembahan ke semua peserta 3 Juara genre Rock ini. Kesemuanya hebat dan memukau. Syabas buat enam peserta yang terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Moga terus tabah, gigih dan rajin belajar dan menyerlahkan bakat di bawah bimbingan produser Edrie Hashim dan menjadi seorang lagi 'Rock star'.

Misz-ella dah tengok bakat mereka 'excited' nak tengok persembahan mereka seterusnya. Jom kita sama-sama 'check it out' konsert seterusnya,  ok.

1 comments:

Evi said...

Wow ada Amy Search, Misz Ella. Dia dulu penyanyi favorit saya dengan lagu andalannya yang sangat terkenal di Indonesia, Isabella. Sampai sekarang saya masih suka mendengarkan lagu tersebut lewat YouTube :)