Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Minyak Herba Asmak ~ Wajib ada dalam rumah kita

Hello pembaca-pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku *kenyit mata*

Rumah siapa tak ada minyak angin? Rasa Misz-ella lah tiap rumah mesti ada minyak angin, kan. Buat diri Misz-ella sendiri, dari kecil lagi dah dibiasakan dengan minyak angin ni. Mama dulu paling suka Minyak Cap Kapak ..nak tidur dia sapu minyak ni dulu .. terlebih sapu haru biru *sebab minyak tu panas sangat .. hehehe*

Well .. baru-baru ini Misz-ella telah diperkenalkan dengan Minyak Herba Asmak keluaran Syarikat Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. Wahhhh .. apakah? bestkah? Misz-ella teruja sangat nak cuba. Dah cuba, tak sabar lah pulak nak kongsi dengan pembaca semua. OK Jom berkenalan dengan Minyak Herba Asmak ni.


Pertama yang Misz-ella tengok ialah bahan-bahan nya:
Minyak Zaitun
Minyak Kelapa Dara
Habbatus Sauda
Gamat

Well .. not bad kerana ke empat-empat bahan ini  memang terkenal dengan khasiat dan manfaat nya kepada tubuh badan manusia. 


Perkara kedua yang Misz-ella lihat ialah khasiatnya :-

Merawat sakit gigi
Sakit kepala
Senggugut
Migrain
Resdung
Sembelit
Buasir
Melancarkan peredaran darah
Menyembuhkan luka
Gatal
Terkena api

Bila dah tau kedua perkara ni, mula lah hati teruja. Pembaca setia blog Misz-ella mesti tau yang Misz-ella sangat prihatin pada kesihatan dan sangat suka pada produk berasaskan herba. Maka hati berbunga-bunga nak mencuba. OK jom tengok 'review' Misz-ella setelah gunakan Minyak Herba Asmak ini

Warna nya sedikit hitam, tekstur nya sangat halus dan bau nya lebih kepada bau gamat tetapi sangat 'mild' .. Misz-ella letakkan setitik di tangan dan ratakan.

Sangat cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan berminyak. Seriously, lepas ratakan minyak ini di keseluruhan tangan, Misz-ella boleh terus menaip di 'keyboard' laptop tanpa perlu membasuh tangan terlebih dahulu kerana ia tak meninggalkan apa-apa kesan berminyak, menunjukkan yang Minyak Herba Asmak ini senang diserap oleh kulit kita.

Lepas tu, Misz-ella sapukan sedikit lagi Minyak Herba Asmak ini di belakang tengkuk dan di setiap penghujung mata *kerana Misz-ella sakit kepala*. Ada rasa sedikit berangin dan tidak panas. Pada pendapat Misz-ella, sebarang minyak herba yang tidak panas sesuai untuk dijadikan bahan urutan. So kalau korang ada masalah otot tergeliat, lenguh-lenguh badan atau perlukan urutan di lain-lain anggota badan, boleh la urut gunakan Minyak Herba Asmak ni. Takkan ada rasa panas, yang ada hanya lah rasa segar dan nyaman sahaja.


Misz-ella turut sapukan Minyak Herba Asmak ini di tapak kaki. Memang senang diserap Minyak ni .. lepas dah diratakan boleh jalan dalam rumah seperti biasa .. lantai tak melekit, tak berminyak dan akak pun tak jatuh *best lah*

Berdasarkan kepada pengalaman Misz-ella, Minyak Herba Asmak ini memang berkesan untuk melegakan sakit kepala .. bukanlah serta merta tapi Misz-ella dapat rasa keberkesanannya 30 minit lepas gunakan minyak ini. Lega rasa kepala .. tidur malam pun lena. Best lah!

Harga Minyak Herba Asmak ini adalah RM39.00 sebotol (30ml). Mahal? Emmmm .. pada pendapat Misz-ella, untuk produk yang telah melalui proses R&D dan dibuat dari bahan-bahan yang khasiatnya diiktiraf dunia, harga RM39.00 ini adalah berpatutan.  Lagipun, sebotol Minyak Herba Asmak ini boleh digunakan untuk seisi keluarga .. dari bayi hinggalah ke generasi yang lebih tua *atuk nenek pun boleh guna tau ..*

So kalau pembaca blog Misz-ella nak cuba Minyak Herba Asmak ini, boleh la dapatkan dengan hubungi talian Hotline HQ Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd di talian 019-9708897 atau layari website rasmi pengedar Minyak Herba Asmak di www.penawarasma.com.my 

Jangan lupa Follow sini jugak ye untuk 'update-update' terkini :-

Instagram Minyak Herba Asmak di https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/ 
Facebook Minyak Herba Asmak di https://web.facebook.com/penawarasma/?fref=ts


5 comments:

armouris said...

Perkongsian yang menarik.. lagi info tentang produk ni ada juga di http://www.MinyakAsmak.com

Anonymous said...

Saya pun gunakan minyak ini untuk kegunaan anak saya si Izara Aishah. Dia ada bronkitis. Sensitif dengan makanan & minuman yang sejuk. eh tak larat la nak berkampung dalam wad. alhamdulillah sejak kompeni tukar polisi klinik panel kena bayar dulu claim kemudian, saya memang jimat & jarang pergi klinik. kalau tak dulu tiap bulan asik demam & semput. Alhamdulillah. Terima kasih pada syarikat yang edarkan minyak herba asmak ni. Selamat guna untuk anak. sekarang saya dah tak perlu susah hati

https://enotots.blogspot.my/ said...

Good sharing sis :) Saya dan keluarga juga menggunakan Minyak Herba Asmak ni. Terutama anak-anak yang selalu je selsema dan batuk. Alhamdulillah sapu-sapu je sehat, tidak berlarutan panjang orang kata. Walau ada yang kata Minyak Herba Asmak ni FAKE, tapi saya lebih yakin sebab pihak syarikat pengeluar iaitu MHAM sdn bhd mempunyai keputusan LAB Test yang mengatakan tiada bahan terlarang dan mengikut piawaian pihak berwajib. Lagipun mereka dalam proses menunggu kelulusan dari pihak KKM. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Petaling Jaya khususnya di area Jalan Klang lama boleh dapatkan dengan Pn Izah 012-676 9367 pengedar sah MHAMsb. Boleh rujuk blog beliau :) http://minyakmujarabasmakasma.blogspot.my/

Eno said...

Good sharing sis :) Saya dan keluarga juga menggunakan Minyak Herba Asmak ni. Terutama anak-anak yang selalu je selsema dan batuk. Alhamdulillah sapu-sapu je sehat, tidak berlarutan panjang orang kata. Walau ada yang kata Minyak Herba Asmak ni FAKE, tapi saya lebih yakin sebab pihak syarikat pengeluar iaitu MHAM sdn bhd mempunyai keputusan LAB Test yang mengatakan tiada bahan terlarang dan mengikut piawaian pihak berwajib. Lagipun mereka dalam proses menunggu kelulusan dari pihak KKM. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Petaling Jaya khususnya di area Jalan Klang lama boleh dapatkan dengan Pn Izah 012-676 9367 pengedar sah MHAMsb. Boleh rujuk blog beliau :) http://minyakmujarabasmakasma.blogspot.my/

zahar said...

betul..mmg terbaik minyak ni. dh cuba seblm ni mcm2 minyak.. tapi minyak herba asmak ni mujarab.alhamdulillah