Wednesday, August 24, 2011

Antara baju raya dan dapur kita

Hiiiii ... Terkejar-kejar kita hari Selasa tu. Lagi beberapa hari nak raya, baju raya tak beli lagi. So, pukul 5 keluar ofis sempat lagi kita singgah kat one of the small mall nearby my house untuk beli sepasang baju kurung. Ekceli dah skodeng awal-awal pun baju tu .. tinggal nak beli je. Too bad. Size 36 (S) still big for me. Furthermore, the colour orange that i have been aiming for 2 weeks ago was sold out. Padan muka. Sapa suruh tangguh-tangguh? Hmmm .. sudahnya lain dicari, lain yang dapat. Beli jugaklah. Asalkan berbaju raya di pagi Aidilfitri yang mulia itu. Pengajarannya .. Lain kali tempah baju awal-awal, idak la hidup ala-ala 'Emejing Res' nanti. Hihi.

Sampai rumah pukul 6:45, sempat lagi kita masak Lauk feveret family ~ Ikan Siakap Tiga Rasa. Senang sangat-sangat cara membuatnya. Goreng garing Ikan tu. Kalau takut ikan tu hancur masa digoreng, salut dulu Ikan tu dengan tepung ubi ye. Potong dadu bawang besar, hiris halus serai, daun limau purut, cili api.  Tumis bahan-bahan tu dengan sedikit minyak sampai naik bau. Pastu masukkan Sos Thai Mae Pranom dan Thai Cili paste. Buh garam sikit. Pastu potong dadu tomato dan nenas*beli dalam tin jer .. cepat dan senang*. Pastu taburkan sedikit serbuk lada hitam. Kacau-kacau, angkat dan sedia untuk dimakan. Senang, kan.

Owhhh .. yang ni kita suruh abah Aiman beli sebab kita tak da stok sayur dalam Peti Es. Mahukan Kailan Ikan Masin atau Kangkung Belacan tapi lain yang dapat. Bolehlah .. In life we can't get all at one time, right.

Sotong Celup Tepung. Lagi la tersangat senang dan cepat membuatnya. Gaulkan aje dengan Tepung Ubi dan goreng sampai rangup. Kalau nak sedap, beli sotong yang saiz sederhana ye. Kalau yang terlalu besar, nanti 'liat.' Mau tercabut geraham bongsu. Hihi.


23 comments:

diana said...

nak tengok baju raya kakchik..:P

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

mana baju rayanya..tayang sikitt...

Melati Qistyna's Mummy said...

Sepantas kilat ye masak..:)

Qaseh dalia adelia said...

pehh senang je leh cuba2

missbby said...

alahai sedapnya..

eliyaezlinalias said...

sempit2 masa pon food deco kc xtinggal kannnnnn! hehehe

-Sara- said...

rajinnya akak masak :)

najihah sahami said...

mak aih..sedapnyaa!!

Tina Othman said...

keciknya kc, apapun sedap sungguh siakap tu, peberet tu

lagenda said...

x tunjuk pun baju raya tu..? hehehe

Nurfaizah M Nor said...

nak sikit siakap tu bleh? sedapnye nampak..... kalo saiz 36 pun dah besar utk kc, so kecik aje rupanya orgnya yer!!! comeyyy arrrr....

Daddy Ziyyad said...

Ok lah tu ada jugak baju raya nya..ekekeke...lain kali tempah 2 bulan awal...:P

Selamat Hari Raya Aidilfitri kakchik...

deno said...

slurp... tgh pose mcm nie terliur tengok makanan yang sedap2... hehe...
eh, mana baju raya akak... nak tengok bleh? hehe (^_^)

kakcik said...

Kakcik takde baju raya pun! :(

Ardini Humaira said...

KC cepat2 nak tgk kasut raya baju raya hehe

eelobor said...

dah siap semua ker persiapan nak nyambut raya akak?

nur~mohd said...

dan2 perut bunyi kroihh..kroihhh

CT said...

wah sedasp tu sotong goreng tepung..nak cikitttttt :)

makdara TERdiva said...

rajin kc masak walaupun sampai lambat :D

aqishah said...

sedapnya sume mcm nak rase jek.. hihihi... mana baju raya last minit tu?.. huhuhu

Ct Arina said...

sempat lagi kc masak mcm2. mesti express kat dapo ni. haha

kakyon said...

walaupun last minit beli..pasti baju tu sweet je tuk kakcik kan..

ShErA said...

baju raya kc mesti cantik kan... nk tgk jgk la... hehe