Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bil makan RM2,780??

Bil makan sampai RM2,780? Actually perkara ni dah diceritakan oleh my Kakak Cantek at one of her entry tapi kita nak jugak cerita kat sini. Hmmm .. berbuka puasa dengan geng seramai 10 orang di Restoran De' Chiengmai satu hari di bulan puasa tahun 2011 .. bill kitorang cuma RM236 je tapi masa 'q' nak bayar tu, terkejut tengok bill kakak kat depan - RM2,780. Mak aihh .. apa yang diaorang makan ye? Hmmm .. camtu la persoalan yang bermain di minda kami berempat  bila tertengok bill dia. Kakak tu pun terkejut kot dengan bill dia sebab dia dok 'menebeng' kat Kaunter Cashier dengan kawan dia sambil merenung bil ribuan dia tu. Tapi yang herannya, bill kitorang biasa-biasa jer. Kenapa eh?? Alahai .. kan dah tertanya-tanya .. aritu awat takmo jadi 'ala-ala FBI gi investigate'? Ataupun suruh jer si Yanti@Pinky yang dah tentu berkelulusan 'Master in Forensic Accounting and Financial Criminology' gi audit bill akak tu. Kan senang ... Hihi.

OTW menjemput Dr. Rozzana kat rumah dia yang duduknya belakang rumah kita jer. Bukan senang nak 'date' dengan dia ni. Sokmo bizi dengan kerja le .. outstation le .. dan tentu kena book dia awal-awal.


Restoran De' Chiengmai, Kg. Melayu, Sg. Buloh. 

Air Longan 2 tin = RM18.00

Bubur manis campur-campur ni RM5.00 semangkuk

Ayam Pandan kat sini tersangatlah sedap. Memang feveret Aiman sejak dulu lagi. Satu = RM3.00

Kerabu mangga kat sini pun sedap. Tiap kali datang sini mesti kita order. 'Medium' saiz ~ RM25.00.

Ikan Siakap De'Chiengmai ~ Seekor ikan saiz sederhana ni RM45. Kita order 2 ekor. First time try menu ni. Sedap jugak.

Tomyam Campur bersaiz 'M' ~ RM35.OO. Eh .. kita ada Sayur Campur jugak lah. .. tapi 'missing in action' pulak fotonya. Hihi.

Sepanjang bulan puasa ni, baru sekali ni dapat berbuka dengan Dr. Rozzana dan Yanti. Almaklumlah .. diaorang bizi. Ai dan Kak Nani pulak 'super bizi' .. Kaum kerabat 'superman'. Hihi. All in .. all in .. for me harga makanan kat sini tak lah mahal sangat .. tak jugak murah. OK la tu .. bersesuaian la dengan kualiti makanan dan kualiti tempat ni. 





















20 comments:

Mama Kembar Tiga said...

mak aihhh sampai ribu riban camtu? mengalahkan harga makan kat hotel 5 star, apa agaknya yg di makan tu yer? nasib baik tu bukan bil kak chik kan?

Isteri Encek Bard said...

ayooooo 2 ribu henget... mahal tu kakcik.. makan apa lah akak tu yer

Anonymous said...

kalau tina dpt bil mcm tu, pengsan, mahalnya

RashAtie said...

mahal nye bil dia....apa lah yg di order tuh....ke satu kampung berkampung kat situ?

eliyaezlinalias said...

isk kalo swipe cc pon cuma lepas taim tu tapi mau nazak nak mbayar ujung bulan kan...
erk?! tapi takkan makan pon swipe kannn...isk!

qemaishak said...

Qema pun jadi tertanya-tanya apa la yang diaorang order & berapa ramai yang makan hihi..

MamaYatie said...

nak tau juga makan apa agaknya mereka itu yer..huhu

yanamib said...

uik byknye..tgk harga xde pn yg smpi beratus for one meal..erm len kali kena snap meja akak tu tgk dia mkn apa..huhu~

MizzTina said...

wahh, makan besar akak.. kerabu mangga tu nmpk best lak.. kecur liur tgk.. adeh..

munna said...

pergh...bendalah yg dia makan sampai kena riban2...agaknya makan ikan patin Temrloh yg glamer kot .....

Mak Wardah said...

Scary gak kl terexperience mcm ni.

Unknown said...

makan apa sampai ribu2...
2 ribu tu belanja dapur umah kita untuk 3 bulan..
heheheh

Memory said...

wow... makanan apa la tu ye sampai ribu - ribu... tu duit makan shera kat universiti untuk 7 bulan tu...

Melati Qistyna's Mummy said...

Hehehe, ingat td bil kc yg beriban tuh, apa la yg kakak tu makan ye... :P

Woofer Storm said...

ayam pandan sedap ke??tak pena mkn lagi ni..hehe

mhal gila smpai beriban tu,tu makan ke sewa restoran seminggu tu..hehee

Anonymous said...

sampai 2k???
aiyoh!

Ct Arina said...

mak ai. dah macam makan shark fin + abalon + udang harimau + soft shell crab kat restoran cfud cina. gile.

Akak Kembang said...

ALin dah byk kali jugak makan kat situ Kak Chik. Makanan not bad...sesuai ngan rege. Tapi Alin plg suka air longan dia..sedap n freshie..

Mek Onie said...

mak datuk! makan ke melahap tu sampai 2k,hebak ah akak tu.

Ardini Humaira said...

uiii makahinye... leh bli PB dah tu hehe