Saturday, August 27, 2011

Hari Ahad, 28 Ramadhan

Semakin hampir kita dengan hari raya.  Ramai kawan-kawan dah mula cuti. Banyak pintu rumah yang sudah mula bermangga dan berkunci. Kuala Lumpur bakal senyap dan sunyi. Trend menyepikan rumah sendiri di pagi Aidilfitri adalah perkara biasa di Kuala Lumpur ni. Nampak sangat separuh KL ni orang luar daerah. Hihi ..

Pagi-pagi lagi dah sibuk .. pegi pasar rebut-rebut .. Haaaaa .. camtu la situasi kita pagi tadi.  Pasar pagi Kg. Paya Jaras sangat hot dan happening menjelang AidilFitri. Memang rasa berkobar-kobar nak raya lah bila menjejakkan kaki kat sini. Gerai paling 'hot' dah tentu gerai jual daging dan jual ayam. Dalam ramai-ramai tu, adalah sorang makcik 'kiut' menyelit*kita la tu ..*Hihi. Dalam berebut-rebut, dapat la kita membeli ayam kampung 2 ekor, daging 2 kilo, tulang sekilo dan bahan-bahan untuk dimasak Rendang nanti.

Menjamu famili kecik kita ni dengan Ketupat dan Rendang di pagi 1 Syawal adalah perkara wajib sebelum Solat AidilFitri dan seterusnya ke rumah Bonda tercinta di Sg. Buloh yang jaraknya hanya 20 minit dari rumah kita. Dan kepulangan kami tidak lengkap tanpa "buah tangan" iaitu Rendang hasil tangan sendiri dan kueh raya yang tiap tahun memang kita beli.  Maka, bakal meriahlah meja bonda tercinta dengan hidangan dari setiap rumah di pagi raya.  Serius meriah beb time tu. Wajib jamah hidangan tiap rumah walaupun hanya sesuap dua. Nama pun raya, kan. Dan biasanya pertemuan kami bakal berakhir dengan Sessi Fotografi bersama famili. Waaa .. harus melaram ni. Hihi.  Selepas makan tengahari, maka akan ke Selatan pulak kami bertiga. Kg. Sungai Siput, Jementah destinasi kami. Issshhhh .. tak sabar sungguh nak bertemu dengan Bonda Zabedah, ayahanda Ismail dan 6 lagi adik beradik kita kat sana. Maklumlah .. kami kan 'Big Famili'. Pastu tengahari raya kedua .. bakal pulang ke pangkuan Bonda mertua di Utara. Wahhh .. Utara Selatan bakal ku jejaki raya ini. Itu la dia .. tiap kali raya, penat .. tiap kali raya, padat. Sib baik tahun ni tak balik Kelantan. Kalau tidak ... Fuhhhh .. pengsan!! Ek eleh .. macam tak biasa. Hihi.

Ketupat, Ayam dan Daging sedia untuk dimasak esok pagi. Petang dan malam esok dan 'free'. Serbu Jalan T.A.R. jom kawan-kawan. Ada pesta lelong melelong kat sana. Jom .. jom . ..



6 comments:

ummi_khalish said...

Selamat hari raya Aidilfitri..hati2 ye....

Melati Qistyna's Mummy said...

Selamat hari raya maaf zahir batin ye kc, balik kg tu hati2 ye..... :)

kin said...

Selamat Hari Raya, Ella!
Take care.

oxox
kin

eelobor said...

KL cuma sepi hanya di pagi raya jer.... 364 hari lagi jalan jem giler... huhuuhuh

eliyaezlinalias said...

hati2 dijalanraya kc!
salam lebaran~~~

Scarlett O'Hara said...

Yeah!Ketupat dah siap!