Friday, August 19, 2011

Intai-intai

Mengintai apa yang ada di Intai-intai. Disebabkan teruja nak tau apa ada di sana dan di mana tempatnya, saya sahut pelawaan Kakak cantek saya untuk berbuka bersama-sama keluarganya hari Sabtu lepas. 12 orang rombongan kami bersamaan dengan 3 kereta. Dah macam 'Rombongan mini Cik Kiah. Eh .. Rombongan Mak Nani lah!! Cik Kiah tak da kena mengena dlm entry ini. Sori Cik Kiah' Hihi. Jom intai entry ini ..



Buffet Ramadhan kat Restoran Intai-intai ada Segmen makanan kampung, makanan Thailand, makanan goreng-goreng, bakar-bakar dan macam-macam lagi. Fuhhhh .. sedap gila masakan dia. Yang saya ambek ni ialah Nangka masak lemak, Telur itik masak lemak, Kerabu Mangga, Paru Sambal, Kentang + Tempe goreng. Masakan di sini "ada rasa". Ada jugak Laksam, Nasi Kerabu, Mee, Bihun, Kuetiaw goreng yang khabarnya sangat sedap tapi saya tak dapat nak rasa kerana sudah ketat dan padat perut saya tau. Sian perut terdera. Hihi.

Roti Jala dan kari ayam yang ada rasa. Sayangnya gambar tersangatlah 'blurr' sebab diambil menggunakan Henfon cap Ayam yang walaupun Ayam, banyak berjasa kepada kita. Ailebiulah Henfon 'N'.

Berbagai dessert yang 'hot' termasuklah Pulut Durian, Aneka Bubur, Kueh mueh tempatan, Sandwich, Mini cupcake serta buah-buahan yang tak ada dalam gambar disebabkan tahap kelaparan yang melampau kerana cuaca sejuk, dingin sebab hari hujan. Tambah lagi, Restoran ni lokasinya dekat dengan hutan. So, kedinginan membuat kami makan, makan dan makan lagi. Lupa dunia seketika menghayati makanan yang enak dan 'ada rasa' disini.

Tomyam Udang yang cukup rasanya.  

SomTam ~ Kerabu Betik yang memang kena dengan selera.

Cempedak Goreng ~ Asal jumpa je teringin. Asal terbau je nak.
 'Sure' berangin satu badan lepas ni. Hihihi.

Ini 'dessert' entah apa nama tapi ada laici dan buah naga. Sedap.

Kerang bakar, Kambing panggang, Ayam percik dan Otak-otak pun ada.  Dengan makanan yang sedap, harga yang berpatutan dan suasana yang tenang dan mendamaikan, i dont mind to include this restaurant in my "Makan-makan List". Will definitely repeat this restaurant again.

Memang patut la nama Restoran ni Intai-Intai sebab restoran ni tak dapat dilihat dari jalan besar. Harus mengintai di balik deretan kedai-kedai baru jumpa. Pandai Tokey kedai carik nama. Hihi.





8 comments:

Rozzana said...

Makannnn....hehehe...sib bek i tak ikut...lau tak....ketat...

Mama Zharfan said...

yum yum beshnya..berapa harga buffet kat sini?

Adzriel @ Liza AB said...

kak chik ni mmg suka goda selera laa... sedapnyaaaa

Ct Arina said...

dgn kakak cantek lagi^^

Tina Othman said...

meriahnya

Melati Qistyna's Mummy said...

Mmg teringin kalau jumpa cempedak, pas mkn, beranginnn je...hehehe


Kt mana intai2 tu kc

eiela said...

memang kena intai-intai baru jumpa kedai rupanya. kalau tak intai tak jumpa. haha

Ardini Humaira said...

berselera sangat kan dapat makan makanan fav :D