Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Cuti-Cuti Kuala Kangsar ..

Ehemmmm .. ehemmmm *betulkan suara* .. OK lah. Jangan tutup. Biarkan sahaja Blog berbunyi seorang diri walau Misz-ella tak da kat sini. 

Afterall, i love my Readers who always come and supported me. Terima Kasih. Terima Kasih. Terima Kasih. Thank You Very Much *sambil tunduk hormat* Ehhh .. cukup la Terima Kasih tu .. dah macam YB nak turun pentas lepas bagi ucapan lak kau Ella. 

Bulan 12 tahun ni Misz-ella paling bizi. Ada bermacam kejadian dan perkara tinggal lagi 'mood' nya pulak entah ke mana nak cerita.  Ni pun paksa diri Cerita jugak!! Tak kira !! kena cerita jugak kat sini kalau tidak tak da kenangan Hari Tua nanti. Rugi!!

One of the weekend, i dapat jemputan dari Blogger Yana untuk pergi ke Kampung dia nun jauh di Kuala Kangsar.  Maka tayar CRV ku golekkan ke Kola Kangsar. Vrommmm lelaju .. 3 jam settle. Ooopssss .. saya ditemani oleh Rakan saya Mek Ti yang cantek. Anak dan suami tinggal sebab dorang berdua ada hal. "Father-son bonding time together", kata orang zaman sekarang.


Yeahhh .. gambar pembukaan Entry Misz-ella tujukan khas kepada Puan Rumah @ Tuan punya Dusun @ Mak Blogger Yana Halim @ Cho.  Mekaseh Makcik.  Makcik sangat peramah dan 'happy go lucky'.  Mekaseh makcik .. sebab sudah bekalkan saya dengan se 'tipuware' tempoyak yang sangat fresh.  Mekaseh makcik .. sebab makcik suruh saya buat Dusun durian makcik macam dusun saya sendiri. Mekasih makcik sebab tolong kopek durian dan kait rambutan untuk kami. Teman orang bandor, idak pernah masuk dusun pun .. tersuka la pulak bila dapat bertamu di dusun makcik dan buat macam dusun sendiri.

*macam la Makcik baca blog kau* hahaha

Yana @ Cho terkejut la pulak bila teman cakap loghat Perak. Hurmmm .. even Arwah Abah orang Kelantan, mama Misz-ella orang Teluk Intan. Ramai jugak yang heran Kenapa Misz-ella selalu raya balik Segamat tapi bukan Perak atau Kelantan? Sebab Arwah Tok Ayah dan Chek dah tak ada, kat Kelantan tinggal sedara mara je. Arwah Abah meninggal setahun lepas dan Arwah disemadikan di rumah Mama ke 2 Misz-ella iaitu di Segamat. So cakap loghat Perak tu biasa bila Misz-ella jumpa orang-orang yang se 'spesis' dengannya. Mana boleh lupa beb .. tu la bahasa kami dengan Arwah Opah dulu.

Kiranya Misz-ella ni 'mix' la .. kacukan Kelantan + Perak. Lepas tu Arwah Tok Ayah punya Grandfather ada campur Cina. Wahhhh .. berapa banyak campur daaaaa ...


Kuala Kangsar Bandar Diraja yang tenang dan aman.  I will review more and more about Kuala Kangsar.  Kenapa saya suka dan jatuh cinta. Kenapa saya rasa .. Yeszz .. i do not mind to come here again.

Hellooooo .. itu kawan saya Wai dan Mek Ti.  Wai dan Yana sampai semalam lebih awal, dorang berduet dalam kereta campur dengan anak Yana 2. Meriah la keta korang 4 orang, keta saya 2 orang je .. awal-awal dah 'warning' Mek Ti ko jangan tido .. kang aku tinggal tepi highway. Tehehehe.


Kuala Kangsar terkenal dengan Cendol dan laksa.  Kalau ke sini, jangan lupa mencendol secara berjemaah ye. Terus terang, Misz-ella bukan lah peminat cendol, biasanya memang akan kongsi je dengan Encik Suami tapi hok yang ni Misz-ella makan sampai licin.  Tak da pulut, tak da aiskrim, tak da durian. Walau 'plain', cukup terasa lemak manis dek santan dan gula melakanya. Perghhhhh .. nak lagi!!!  Waiiii .. ko ada ambik gambor gerai tu kan .. Please keep the photo for our repeat visit ye. Nak cendol yang sama gak!! 







Dah habis Cendol kami pun 'sight seeing'. Angin petang adalah sangat best .. sepoi-sepoi bahasa maka kami pun sangat gembira. Ecehwahh .. ayat bukan main bersastera!! Hahaha.


Mek Ti ajak naik bot, kitorang cakap OK.  Rasanya dalam banyak-banyak bot, bot kami paling meriah dan ceria.  Pokcik bot tu sampai tak terkata .. mana taknya .. Yana dah take over kerja dia. Haaaa .. tu rumah Mak Yong .. tu pokok rambutan mak  .. dulu-dulu kat sini banyak rumah tapi sekarang dah tak da dah .. kat sini air dalam. Tehehehe .. bersungguh-sungguh dia bercerita.  Sambil tu dia kata .. Kelakar la .. Orang Kuala naik bot pusing keliling kampung sendiri .. tak pernah-pernah Yana buat weih. Hehehe.






Pemandangan-pemandangan cantik.
Cuaca best, udara segar. I feel so fresh, fresh and fresh .. melayang-layang perasaan ditiup angin petang. Kata Yana, Sungai Perak lagi best dari Sungai Mekong di Vietnam.  Kata Misz-ella, this is much better than Sungai Melaka yang telah dikomersialkan dan menjadi tarikan pelancong ke Melaka.

Dorang kata Misz-ella macam buat iklan Shampoo. Lepas pusing keliling dalam 15-20 minit kami pun pulang ke Jeti. RM6 yang sangat berbaloi, kann.



Masa yang ditunggu-tunggu ~ makan rambutan 'Fresh from the tree'. Petik kopek makan .. kutip masuk bakul kopek telan.  Misz-ella memang selalu teruja kalau nampak rambutan. Sume adik beradik i suka rambutan sebab rambutan adalah sangat sedap dan best!! Yang tak best time mengemas kulit dia je, kan.


Malam nya, lepas dinner Nasi Lauk Asam Tempoyak Ikan Keli yang sangat best, kami meronda Arena kat pekan Kuala Kangsar.  Jangan ingat Kolumpo je ada Uptown, Downtown segala .. sini pun ado .. baju ke .. seluar ke .. jajan-jajan ke .. Karaoke ke .. boleh aje segalanya disini. Memang tempat paling best untuk kita bersukaria. Pastu badan dah letih .. muka dah lesu .. kaki dah mintak rehat sebab udahlah tadi jumpa 'trafik jem' masa drive kat Highway ni dideranya kaki meronda Uptown Arena pulak, makanya kami pun balik. Dan malam tu, hanya mampu beradu pada jam 2 pagi .. tak habis borak dalam keta, kita sambung dekat bilik tidur pulak ye. Ecece .. ada 'Bedtime Stories' pulak ye. Hehehe.

OK Bye .. Nanti saya sambung Bahagian Ke 2. Cerita kena ikut stages ye, baru best!! 














7 comments:

SYUHADA said...

kampung saya jugak Kuala Kangsar tu..hehe..best kan?

Mama Zharfan said...

yum yum sedapnya cendol tu :)

Kakcik Seroja said...

Kg halaman kakcik tu. Best kan Kuala Kangsar? Orgnya pun baik2. ..kehkehkeh

Yana Halim said...

Ok. My story x ikut stages. hahaha...

errr....tetibe masuk blog umah mak kitew...

el said...

kampung iols uuolsss

Chekgu Azrine said...

Syioknya kak cik..kemahen saksn jln2 smbil.mkn2 ek

mrmama4f said...

seronoknya..bes nye kampung!!!