Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Cuti-Cuti Sawah Padi - Penutup 2013

Penutup 2013 dan pembukaan 2014 yang sangat best buat kami adik beradik. Seperti biasa .. kat mana je bila kami berkumpul mesti best, mesti riuh, meriah .. mesti 'happening'.  Mana taknya .. kepala tiap-tiap sorang gila-gila. Tak da sorang pun yang kekwat dalam ramai-ramai camni.

This year kitorang habiskan hari terakhir tahun 2013 dengan Aktiviti Cuti-Cuti Sawah Padi.  Sebelum pergi, kita dah 'chekidaut' whether sawah tengah menguning atau tidak.  Kalau tengah kering kontang, view tak lawa .. buat penat je datang, kan.  Orang datang nak appreciate view .. nak merasai pengalaman berumah di tengah sawah.  Almaklumlah orang bandor kami semua nih .. *paling jauh kerabat dari Bandar Switzerland lah .. my Brother-In-Law Si Benno nih* maka al-jakun lah kami sekejap bila nampak sawah bendang terbentang nun jauh mata memandang.

Trip kali ni 20 orang, 5 kereta semuanya.  Ini rombongan pergi melepak kedai Mamak nak 'countdown' new year. 1 Hi-Lux, 1 CRV ,satu lagi cik Kiah Karen.  yang bestnya dema tak nak duduk dalam kereta .. tapi nak berlonggok dalam bonet Pick-up.  Aduhaii dorang .. kepala so gila-gila .. Memang happening habis!


20 gelas air biasa-biasa - Teh O, Nescafe O, Teh Tarik, Teh O Ais, Limau Suam .. air suam .. 20 orang minum kat Kedai mamak 24 jam ni jumlahnya RM56.00.  RM2.80 lebih kurang segelas air biasa-biasa .. bukan 'fruit juice or whatsoever'.. Mahalllll gilaaaa la, kann. Sapa cakap rakyat tak komplen harga barang naik? Meh dengar rintihan kami nih ..

Lepak kedai mamak .. minum, sembang, gelak-gelak.  Tepat jam 12 malam .. HAPPY NEW YEAR !! and we started to wish each other .. High 5 *pap*

Meja-meja lain tengok kami sume senyum suka.  Nak join malu-malu la gamaknya tu ye?

Lepas minum kami konvoi balik,  otw balik .. hon sini .. hon sana sambil jerit Happy New Year .. kereta lain yang dengar pun sambut sama. Wah kauuu .. macam 'town' tu kita punya ye .. Tehehehe.

Tak pe .. yang penting kita Happy Together. I am glad and happy punya adik beradik yang rapat dan meriah camni. Syukur. Alhamdulillah.

Sampai rumah, dah lebih 12 malam.  Nak tidor mata memang tak mau lah. Lepas Solat sorang-sorang .. kitorang sambung sembang.  I donno wat time my mata pejam. Haishhhh .. sian mata kena dera. Tehehe.


Kitorang tinggal kat sini .. Satu rumah besar dan satu rumah Ala Chalet. Best tempat ni .. kawasan lapang .. depan, tepi dan belakang rumah semua bendang.  Anak-anak hepi main lari-lari .. bapak-bapak mak-mak bizi masak, borak, gelak . macam-macam la kita buat. Nak tau kat mana tempat ni? Tungguuu .. will come up with special Entry. 

Yeahhhh .. tunggu Entry seterusnya ya.  Nanti Misz-ella akan bagi detail info on this beautiful place which you guys can santai dan rilek.

1 comments:

Chekgu Azrine said...

Cpt2 kak cik..nk tau nih