Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Steamboat BBQ @ Seoul Garden

Tengah makan tengahari hari Sabtu, Encik Asben tetiba ajak pergi Melaka. Nak buat apa? Jalan-Jalan jawabnya. Haaa ?? Jauhnya kita nak gi jalan-jalan. 

Lepas tu Misz-ella cakap kalau tak da hotel camna? Nak patah balik ke? Iskkk .. takmo la. Terus kena "X" dengan Misz-ella. Kita gi Jeram la .. i nak repeat ikan bakar marvellous tepi pantai tu.  Lepas tu Aiman keluar sekejap tapi pulangnya dah lebih 6 petang.

Walaweihhh .. Kalau ke Jeram dah lewat petang camni, alamatnya pukul 9 malam baru dapat makan. Finally Misz-ella cakap lagi, since sume plan tak jadi, lebih baik you belanja kitorang "dinner" kat Seoul Garden je. Dia cakap OK. Yeszzz !!! Berjaya jugak lobian i akhirnya.

Dah lama tak ber Buffet steamboat and BBQ kat Seoul Garden ni. Mahal kan tempat ni .. satu kepala dah RM50 .. unless if you Warga Tua @ Emas, ada la diskaun. Lambat lagi i nak sampai 55 tu eh. I baru remaja purba belum lagi Warga Tua. Hehehe. Hurmmm .. Moga Allah SWT panjangkan la umur kita semua ye. Amin.

Alahaiii .. lesung pipit Aiman .. sebelah kiri, sama dengan Mama eh tapi tak leh lawan pipit Ucu @ adik Misz-ella .. dia ada dua-dua belah. 

Yang bola-bola tu kan, konfem la Encik Asben punya. Suka bebenor dia makan bebola. I tak kose ..

Kepingan 'Lamb', Sotong, Ikan Talapia Fillet, Ikan Pari dan Ikan Merah fillet .. hahaha .. yang ni konfem la Misz-ella punya.  One thing la kan, BBQ kat Seoul Garden banyak 'choice'.  Ada Coffee Chicken, Garlic Chicken, Spicy Chicken, Curry Chicken, Buglogi Chicken .. Oohhh .. i miss Buglogi - Kepingan daging yang dibubuh ulam dan sos pastu balut dengan daun salad .. dah balut dengan salad tu terus masuk mulut kunyah-kunyah telan, Lepas tu sos pencicah kat Seoul Garden pun bermacam jenis termasuk lah Air Asam yang pedas berdahang omakaihhh .. 

Lepas tu ada Udang, ada pepahat, ada Kepah, ada Beef, ada Kerang .. pilih saja mana yang kau suka.

Kaunter Noodle pun berjenis-jenis noodle ada. Kaunter sayur pun camtu jugak.  Kiranya puas hati la bayar RM50/seorang tu .. sebab macam-macam ada .. tinggal lagi korang larat atau tidak je.

Ma pandang ma .. senyum ma ~ suruh Si Aiman. Lepas tu berjerebu.  Mana tak jerebu, asap steaming tu dah tutup muka ku. WaWaWa .. tak leh la i nak berfoto cantek sikit .. asap pun dengki kat i eh. Hehehe.


Desert counter ada Aiskrim, ABC dan buah-buah. Air minuman Free Flow ada 4, 5 jenis.  Kalau suka BBQ and Steambot dan memang suka makan, maka berbaloi la datang sini, If not better korang buat sendiri kat rumah je la ye .. berganda jimatnya. Kan korang kannn ..

6 comments:

shark said...

sedapnyaaa...
saya x penah try cni lg..
nak nak try sekarang jugak ;p

dalila said...

sedapnya..
lama dh nk try..
tak tercapai lagi hajat..

Kniedaz said...

member-member lelaki kat ofis saya ni suka g makan kat Seoul Garden..bila suruh ajak kami geng perempuan, ada je alasannya huhu...

Anonymous said...

Bahagianya....siap pergi makan steamboat lagi

diana said...

besar dah Aiman..dah lama tak baca blog ni..tengok2 Aiman dah rupa Johan Asari pulak..muahahha

Kesuma Angsana said...

Maaf lama x jenguk, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni !