Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kupu-Kupu Tari

Malam ini Kupu-kupu tari menari. Menari sepenuh jiwa dan hati.

Meringue, Salsa, Raggae, Samba, Cha Cha .. semuanya bersatu dalam lagu. Lepas tu kita berdangdut, bergoyang mengikut irama tanpa henti.  Walau habis tenaga, lega jiwa, hilang semua lara.

Antara Geng Kupu-kupu Tari

Lepas tu kita ngopi.  Borak, minum, gelak.   Bersama Mama, mendengar Tips demi tips - Orang perempuan ni semua nak kena jaga - Rambut, kuku, kulit, gigi .. semua. Gigi tu nak jaga camna Ma - tanya Umi.  Jangan sampai pakai gigi pelsu lah - jawab Mama.  Ha la ma, nanti susah nak romen .. kata Mek Ti. KahKahKah .. Misz-ella gelak besar!! Apa punya lawak daaaa ..

By the way, Terima kasih Tuan rumah .. menerima tetamu mengejut seperti kami.  Kopi awak sangat sedaplah!




2 comments:

Scarlett O'Hara said...

Seronok tengok Ella happy.

Anonymous said...

Bestnye...