Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Fresh Oren, Nasi Goreng Cili Padi, MarsJar, Durian & Roti Canai


Fresh Oren + Limau + Asam Boi kat Mak Jah Cafe, Bukit Jelutong memang best!!First time rasa, terus jatuh cinta. RM5 yang sangat berbaloi. Lenkali boleh la repeat nih.

First time makan MarsJar - Rice Bubble with Chocolate + Peanut Butter dip.  Sebotol kecik baru RM6-00.  Sangat Berbaloi danbest. Nak cuba? Kol/WhatsApp/Mesej 012-6271577. Konfem tak nyesal punya lah.

Nasi Goreng Cili Padi Misz-ella goreng buat Dinner famili.  The most simple Nasi Goreng in the world gamaknya .. just Nasi, Cili Padi dihiris + Bawang dihiris dan tumis. Simple simple pun best. Yang penting, pedas berapi. 

Ikan Gelama Masin dan Telur Dadar pengiring Nasi Goreng.  Jangan gelak ye .. walaupun simple yang penting kenyang perut dan kami hepi. Alhamdulillah.

Durian Kg. Gajah 'desert' kami ni. Encik Asben kopek buh dalam 'tupperware' simpan dalam Peti Es. Sejuk-sejuk .. sedap!! Musim durian kali ni paling puas makan durian.  Durian Segamat, durian Taiping, durian Kuala Kangsar dan last .. durian Kg. Gajah.   Masa mula-mula musim, bila lalu depan Gerai durian je teringin nak beli tapi tak jadi-jadi.  Kalau dah rezeki .. semua durian-durian yang Misz-ella sebutkan tu F.O.C.  Alhamdulillah .. "rezeki"

I miss Roti Canai dan tetiba teringin Teh Tarik.  Dulu selalu jugak makan dengan kesayangan tapi sekarang tak lagi .. melepak kedai mamak sorang-sorang waktu petang .. i enjoy being alone sometimes .. Bersendirian itu terapi.  Dan bagusnya, Teh Tarik + Roti Canai Kosong ni masih lagi RM2.30 belum naik harga lagi.  Dah naik esok berapa la agaknya rega dia ye? Haihh .. Malaysia ku Tercinta ..Sila berlaku adil pada rakyat ye.

OK. Sekian sahaja Entry berciri Tulis Diari tanpa tarikh dari Misz-ella.  Entry tak da isi .. sekadar nak borak kosong dengan korang je. Bye. Esok jumpa lagi.

2 comments:

Unknown said...

Salam KC, semalam pun akak buat nasi goreng bahana takde dapur gas, dapur letrik je yg ada. Roti canai pun nak mkn mlm tadi tapi mamak tu bnyk job pula..huhu

el said...

fuhyooo awat besaq2 gambar kat sini..mengancam jiwa raga tgk durian tu huh kijammmm haha