Sejak berpindah dan berjiran dengan langit nan biru, hobi baru Misz-ella ialah mengintai matahari. Cantik sangat saat berdiri di hadapan jendela kamar sambil menghayati pemandangan matahari terbenam.
Bila matahari terbenam, berakhirlah satu hari lagi perjalanan hidup kita. Maka bermulalah hari baru dengan harapan Moga Esok Lebih Baik Dari Hari Ini. Tiap hari ada kisahnya tersendiri. Ada suka. Ada duka. Ada tawa. Ada airmata. Tiada yang sempurna kerana kita semua hambaNya yang tidak terlepas dari diduga. Kalau gembira, ketawalah. Kalau bersedih, menangislah. Kerana tawa dan sedih itu sebenarnya adalah Nikmat yang Allah bagi kat kita. Tapi kalau 'down', jangan lah lama-lama .. cepat-cepatlah 'up' kan diri. Kalau menangis, 5 minit je ok .. lepas tu basuh muka dan ketawalah bagaikan tiada apa-apa. Jangan terlalu ikutkan hati. Jangan terlalu layan perasaan. Hidup ini indah, sebenarnya. Dalam pahit ada manisnya. Dalam sedih tersenyum kita akhirnya. Asalkan kita sabar dan redha. Percayalah.
Tetamu Syawal ke 20 adalah adik angkat Misz-ella Jijai dan famili. Jijai ni jiran Misz-ella dari kecik lagi. Abang dia pun dah kahwin dengan my sister ... so bersaudara lah kita. Jijai ada 'expertise' dia yang tersendiri .. banyak jugak hal yang Misz-ella kadang-kadang rujuk dan perlukan nasihat dia. Alhamdulillah dia pun banyak membantu dan Ina isteri dia ni pun jenis tak kesah. Dia memang faham Jijai memang rapat dengan kakak-kakak dia ni. Thank You kerana sudi ziarah Kakchik. Sorry Kakchik tak masak .. Kita order Pizza Dominos sahaja untuk dinner. Senang, kan.
Tetamu Syawal ke 18 pulak adalah Syimah and her family and Haizan . officemate lama Misz-ella. Terima kasih sudi ziarah. Syimah dan Haizan ni memang sweet. .. diaorang selalu ingat Misz-ella nak pulak si Syimah. Rumah Sg. Buloh dulu dia datang, rumah baru pun dah dua kali dia singgah. Thank You Syimah and Haizan. Ukhuwah itu indah, kan.
Siang tu Syimah, malam tu adik Misz-ella Ika pulak datang rumah, membawa kiriman Mama Ida ~ Sambal Kacang dan Ayam Masak Merah. Ramai orang cakap hidup Misz-ella ni unik sebab membesar dengan dua orang mak dan dua orang abah.
I ada 12 orang adik beradik ok .. Alhamdulillah selepas Arwah Abah pergi meninggalkan kami 4 tahun lepas, hubungan kami dengan mak tiri kami iaitu Mama Ida masih seperti dulu .. kami masih pulang ke Segamat untuk berhari raya dengan dia walaupun Abah dah tak ada. Ika rajin jugak ziarah Mama Misz-ella kalau dia ke Sg. Buloh. Hidup kita, cara kita. Kalau kita pilih untuk berbaik-baik maka berbaik lah kita. Kalau kita pilih bersengketa, maka begitulah jadinya but first of all .. apa sebab nak bersengketa? Tak ada, kan. By the end of the day its about your heart. Kalau hati kita bersih,maka persekitaran kita pun bersih dan hidup kita pun aman damai dan harmoni. Tapi kalau hati kau dah tak bersih .. adik beradik pun kau benci .. mak tiri pun kau buat musuh. Ramai kan yang macam tu? Its ok lah .. asalkan bukan kami.
Ika tidur rumah Misz-ella malam tu. Mula-mula dia ingat nak terus ke Sg. Buloh nak teman mama Misz-ella *cos my mom stay alone* tapi dah malam .. so dia overnight kat rumah Misz-ella pagi Ahad tu dia pergi ke rumah Kak Su, Kak Yang dan Mama. Alhamdulillah Allah bagi kami keluarga besar yang saling sayang menyayangi sesama sendiri. Mungkin agak pelik di mata orang lain tapi ehhh .. apa yang peliknya? Berbaik-baik sesama adik beradik dan mak tiri tak pelik, kan.
OK OK .. Bye. Misz-ella nak pergi buat kerja lain. Tq baca bebelan saya .. another chapter of my life stories. Bye.
0 comments:
Post a Comment