Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rudy Habibie - Kisah Cinta Sejati

Hello lovely readers ..

I went for RUDY HABIBIE Movie preview recently.  

First of all ~ Siapakah RUDY HABIBIE? 
RUDY HABIBIE atau nama sebenarnya Bacharuddin Jusuf Habibie adalah seorang Jurutera yang juga merupakan Presiden ke 3 Indonesia pada tahun 1998-1999 menggantikan Presiden Suharto (more info about him can be find here)



Filem RUDY HABIBIE diadaptasi dari Novel RUDY HABIBIE hasil karya tulisan Novelis Gina S. Noer dan dibawa ke layar perak oleh Pengarah Hanung Bramantyo dan merupakan prekuel kepada filem Habibie dan Anum.


Foto dari Google

Filem RUDY HABIBIE mengisahkan kisah cinta RUDY HABIBIE. Tentang bagaimana sedari kecil .. dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh keluarganya di sebuah Daerah bernama ParePare di Sulawesi.

RUDY HABIBIE sangat cerdas dan pintar dalam pelajaran dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa dari kecil lagi dan melanjutkan pelajaran di Universiti RWTH di Kota Aachen, Jerman.

Di dalam keterbatasan menjalani cabaran kehidupan di Aachen, RUDY HABIBIE bukan sahaja mendalami bidang aeroangkasa dan berhasrat untuk membawa pulang ilmu itu ke Indonesia malah beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah kehidupan yang lain seperti erti cinta, persahabatan dan pengkhianatan.

RUBY HABIBIE jatuh cinta dengan Ilona, mahasiswi keturunan Belanda yang percaya pada visi dan cita-cita RUDY. Ilona yang merupakan Cinta Pertama RUDY HABIBIE adalah orang yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan kepada RUDY. Walaubagaimanapun, cinta mereka tetap punya cabaran yang tersendiri.

Filem RUDY HABIBIE sangat menarik dan mudah difahami. Jalan cerita sangat kemas dan pemandangan dalam filem ini sangat cantik. Tiada adegan atau scene yang meleret dan boleh menimbulkan kebosanan. Paling Misz-ella suka ialah lakonan mantap dan hebat tiap pelakon yang membuatkan Misz-ella bercucuran airmata. Puas I control tapi tetap mengalir jugak airmata Misz-ella ini. Hummmm .. touching gila!

RUDY HABIBIE is a nice movie. This movie is about LOVE. Tentang kasih sayang dan cinta sesama insan dan tentang Mencari Cinta Sejati.


Filem RUDY HABIBIE dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Reza Rahadian Chelsea Islan, Ernes Prakasa dan Indah Permatasari. Akan mula ditayangkan pada 4 Ogos 2016. Jangan lupa .. mark you calender, guys. 

Visit and LIKE RUDY HABIBIE MY Facebook for more info and updates and ooppss ... there is a contest that you can participate too. The prize is Free Ticket to watch Rudy Habibie. Lets check it out.


0 comments: