Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Tanah Aina Fahad Glamping Resort, Ulu Dong, Raub, Pahang

Hello readers ..

Remember my post about my visit to Tanah Aina Resort, the resort which has recently received A Green Era Award in Berlin. This is your long awaited entry, readers.

When I was invited to experienced the resort by the owner, Y Bhg Kol Bersekutu (PA) Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil, I was so excited to explore the place by myself.

It's a glamping side, tidur dalam khemah .. begitulah kata Puan Sri kepada Misz-ella. Hummm .. interesting !

To be honest, I never stay in a Camping Site even exploring a jungle is my love and Night Trekking is my favourite. When I went to Royal Belum Rainforest, I stayed in the resort instead of the Camping Site. Every visit to Janda Baik, I chosed to stay in a resort too. When I went for Tasik Kenyir expedition, I stayed in a Houseboat. Glamping Site is something new for me.

Makanya Misz-ella pun .. Google! Misz-ella mula 'menggoogle' about the place and it made me excited more. Sila rujuk website Tanah Aina Fahad Resort di sini untuk lebih informasi.


Daun Kering ini adalah pembuka sebuah Entry yang penuh dengan gambar-gambar cantik dan suci. Daun kering yang suci dan segar .. begitulah simbolik nya daun ini di mata Misz-ella, bersesuaian dengan Tanah Aina Fahad itu sendiri yang terpelihara kesucian dan kesegarannya. 

Tanah Aina Fahad Resort in located at Lot 1053, Mukim Ulu Dong, Raub Pahang .. next to the famous Lata Jarum, Raub. 132km from Kuala Lumpur City Centre, it took us 2.5 hours journey to reach the destination. Well .. the nos of kilometers is good. Tidak lah terlalu jauh dan perjalanan sejauh itu sudah tentu tidak melelahkan. 

Upon arrival, we were greeted with a lovely sound came from a water fountain. Very enchanting and mesmerizing.

Dan sedikit demi sedikit .. keterujaan yang membawa Misz-ella ke sini bertukar menjadi cinta. Jom Misz-ella bawak you all meneroka Tanah Aina Fahad Resort 

Antara pokok cantik yang dapat dirakam oleh lensa kamera 'Mr. Photographer' .. walau hanya sebatang pokok yang mungkin tiada istimewanya pada sesetengah orang tetapi tetap istimewa di mata hati seorang pencinta alam seperti saya.

Pokok dan bunga yang tumbuh melilit membentuk pintu gerbang semulajadi ..


So ini lah dia 'Glamping Site' yang dimaksudkan .. tempat tidur Misz-ella di Tanah Aina Fahad Resort ini. 

Spacious, clean and it has a bed, fan, table lamp .. comfort in a tent!

It has a pretty cool standing mirror too *Woah!! .. a must have for every lady*

So kita selfie ..

I have the whole tent on my own. Sila pilih katil mana kau nak wahai Ella .. satu khemah kau punya *feeling gila kuasa .. hehe*

This is a Queen Tent. A tent with a Queen bed .. definitely suits a couple who want to spend their night with the nature.


The toilet and the bathroom are located not far from the glamping site. Extra love for this arrangement as I was worry of getting up at night and go to the toilet on my own. Terompah disediakan untuk kemudahan ke tandas .. sangat tradisional, kan.



Ada cermin cantik diluar tandas *suka*



Yang paling Misz-ella suka ialah toilet sangat selesa dan bersih. Sesuatu yang sangat jarang kita jumpai, kan. Kebanyakan 'Camping site' di dalam hutan toilet tak selesa *the reason why i never want to stay in a Camping Site* but not in Tanah Aina Fahad Resort. The toilet is so clean.


The King Tent ~ Luxury and comfort in a jungle !






Taman-taman herba .. laluan pejalan kaki  .. tempat beristirehat .. antara yang melengkapkan lagi keindahan Tanah Aina Fahad Resort ini.



There is also a Banquet Hall which can fit up to 150 persons at a time. Wow .. I never imagine that such a huge, luxury hall exist in this jungle.



The meals (breakfast, lunch, tea break and dinner) are served at the Open area next to the Banquet Hall.


Bayangkan makan bersama kesayangan bertemankan keindahan alam yang menghijau sambil menghirup udara segar semulajadi dan dihiburkan dengan bunyi alam yang mengasyikkan. I feel like .. HEAVEN *ohhh suka sangat*

OhMy .. I suddenly missed the moment when I had my afternoon tea overlooking the jungle. Tanah Aina Fahad Resort is wild, pure at the same time friendly.


I love this pic. Sweet!


Ruang makan @ ruang bersantai ini dibina bertingkat-tingkat menjadikan tiap sudut ruang ini sangat menarik untuk dinikmati. Tak jemu mata memandang .. leka dibuai perasaan menghayati setiap inchi dan sudut pemandangan alam yang indah di sini sambil ditiup bayu lembut alam semulajadi Tanah Aina Fahad Resort ini.


Antara yang menarik di Tanah Aina Fahad Resort 

Leka dibuai perasaan tatkala berehat berseorangan di buaian ini. Buaian hanyalah pelengkap .. ketenangan itu datangnya dari alam semulajadi itu sendiri dan dari jiwa yang tau menghargainya ..

Satu lagi pokok cantik lagi unik yang terdapat di Tanah Aina Fahad. Akar pokok seakan berdiri tegak menyambut kedatangan tetamu yang tahu menghargai dan menyayangi alam semulajadi di sini.


OK .. I'm in love with Tanah Aina Fahad's nature .. a very unique tree*love*



More lovely trees. It is naturally beautiful and attractive.


Di hujung Dewan Makan ada tangga kayu yang kukuh dan cantik yang membawa kita turun ke kawasan air terjun.

Di sini lah Misz-ella merasa mandi air sungai yang sangat suci, sejuk, jernih dan bersih. Tak tergambar rasa kedamaian hati tatkala Misz-ella mencecahkan kaki di sini. 

Air sungai yang mengalir di celah batu-batu besar .. membentuk air terjun bertingkat-tingkat yang tidak tinggi .. sangat mendamaikan dan menenangkan perasaan. Setiap deruan alunan air itu punya rasa nya yang tersendiri .. punya tenaga yang bisa meresap ke jiwa andai kita tahu menghayati dan menghargainya. Sadly, not many know how to appreciate it .. not many love to be in this beautiful place. Sad.

And I am glad, masih ada yang sudi memelihara kesucian sungai semulajadi di sini untuk kita nikmati bersama .. here in Tanah Aina Fahad Resort.


Di Tanah Aina Fahad juga ada Jambatan Gantung yang bakal membawa kita ke hutan di sebelah sana and I was so excited to check it out ..

And I do not want to miss the opportunity to pose at the bridge which connected the two jungle. I always love 'bridge'

Ada Gazebo untuk kita beristirehat sambil menghayati pemandangan alam yang sangat semulajadi dan indah. The fresh air, the sounds of the water, the green ..Ohhh .. by this time .. Misz-ella jatuh cinta buat kali yang ke berapa dengan keindahan alam semulajadi di Tanah Aina Fahad ini.

Duduk beristirehat sambil menghayati keindahan alam semulajadi .. tak terluah perasaan dengan kata-kata .. 







The picture speaks .. needless to say much actually but I just can't stop myself then saying .. Tanah Aina Fahad Resort is naturally pure and beauty. Keindahan alam semulajadi dipelihara dengan sebaiknya dan penuh kasih sayang di sini. Berada di sini membuatkan kita rasa bersyukur dan mengagumi ciptaan dan Kurniaan Allah SWT kepada kita dan menghargai dan menjaganya adalah tanggungjawab kita bersama. Thank You to Tanah Aina Fahad Resort for the endless effort of taking care of the nature here.



I present you the lovely host .. Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil .. the owner of Tanah Aina Resort. Misz-ella bangga bila usaha seorang anak Malaysia membina Resort di dalam hutan kerana cintanya pada alam semulajadi mendapat pengiktirafan dunia ~ Tanah Aina Resort has won a Green Era Award in Berlin on April 2016.

Our night was accompanied by Pamela and her husband, Michael too. We crossed the lying tree to go to the other side of the jungle.

Have you ever cross in your mind that chilling around together in a jungle can be a moment that you will always remember together ? Yah .. I still remember how friendly the jungle in Tanah Aina Fahad Resort to us .. betapa tenangnya perasaan pada waktu malam bersantai di atas batu besar ini. Suasana malam yang tenang, bayu dingin malam yang menyapa tiap inchi tubuh kita, bunyi desiran air dari sungai semulajadi dan bunyi-bunyi alam yang menemani .. Tanah Aina Fahad sangat asli, semulajadi dan istimewa. It is definitely a nice and worth place to spent with your 'kesayangan'. I am so blessed to witness this beautiful place on my own. Thank You again Puan Sri for having me.



The Gazebo at night .. a perfect place for you to chill with your friends and love one.



The beauty of Tanah Aina Fahad Resort at night. LOVELY, right ..



Night at Tanah Aina Fahad Resort ~ peaceful and cool.


Tiada pencemaran bunyi alam .. yang ada hanya udara dingin segar dan bunyi-bunyi malam yang damai lagi menenangkan jiwa kami sahaja.


Pokok-pokok hutan semulajadi yang masih terpelihara dengan baik di sekitar Tanah Aina Fahad Resort .. tenang rasa jiwa saat menatapnya.


I love this photo .. pokok-pokok tersusun cantik dan dipancarkan lampu disekitarnya menambahkan lagi seri Tanah Aina Fahad ini. Sangat memikat dan mendamaikan hati.

Tanah Aina Fahad Resort dibina dengan rasa cinta pada alam .. pokok besar berumur ratusan *mungkin ribuan* tahun ini tidak ditebang malah dipelihara dengan kasih sayang.



It was an unforgettable moment .. spending our quality time with the beautiful nature of Tanah Aina Fahad Resort. The jungle was pure, wild and friendly to us .. everything was perfect and lovely. 



Pagi di Tanah Aina Rahad Resort .. Indahnya perasaan tatkala bangun tidur disapa bunyi alam dan bayu semulajadi yang menenangkan perasaan.
Sarapan pagi di Tanah Aina Fahad Resort ~ Nasi Lemak Daun Pisang, Lempeng dan Ubi Kayu Rebus .. sangat tradisi dan semulajadi.


We had our breakfast and had our last 'Mandi sungai' together. Mandi pagi bersama air yang bersih semulajadi tanpa sedikit pun pencemaran hatta klorin sekalipun  .. not too much if i say we bathe with the pure mineral water.

Ok its time to say GoodBye to Tanah Aina Fahad Resort. It was a lovely 2Days/1Night stay. Tanah Aina Fahad Resort is so beautiful and lovely .. tak terluah dengan kata-kata. Thank You again Puan Sri for having me. My decision to be here was not wrong at all sebab sampai hari ni masih teringat-ingat akan keindahan tempat ini. Sampai hari ini masih 'angau' dan suka merenung gambar-gambar cantik di dalam 'laptop' comel Misz-ella ini. Sampai hari ini masih tersenyum-senyum sambil memasang impian mahu ke sana lagi. Hati melekat di sini .. *jatuh cinta*

Tanah Aina Fahad Resort sangat istimewa, sangat menarik, sangat menawan hati .. dibina atas rasa cinta pemiliknya kepada alam .. diterjemahkan melalui pembinaan resort ini agar rasa cinta itu dapat beliau kongsi bersama dengan kita semua. I really appreciate it and I hope lebih ramai lagi yang akan menghargai tempat secantik ini. Back to the Nature can never be wrong, remember .. kerana ianya anugerah Allah SWT kepada kita. 

Tanah Aina Fahad Resort sesuai untuk mereka yangi ingin luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan, 'nature lovers'  and for those of you who want to experience Wedding in the jungle with the location which is not far from Kuala Lumpur City Centre, why not? 

Visit Tanah Aina Fahad Resort Website here for more information, nice photos and queries. Harga pakej adalah berbeza mengikut kesesuaian penginap di sini. This place is perfect for weekend getaway too. So readers .. jom kita sama-sama pergi ke sana. Misz-ella dah rindu dan angau teringat-ingat akan tempat yang cantik ini. Jom kita.




















































































0 comments: