Hello readers ..
Nak share sedikit Resepi Diet Misz-ella. I started my protein diet since I returned from my short holiday .. sebab ada rasa sedikit bersalah kerana melenjan badan dengan makanan tidak berkhasiat malah kalau diambil berlebihan boleh membahayakan kesihatan.
OK Jom layan ..
Sayur Kubis Goreng dengan Tomato ~ Antara langkah untuk menjaga kesihatan yang Misz-ella ambil ialah kurangkan minyak, garam dan gula. Hummm .. yang ni Misz-ella makan sorang .. tak pandang orang sebelah dah.
Tofu telur dan Terung Goreng ~ Tengok tu .. kurang minyak, kan. Yang pasti rasanya sangat seimbang ~ cukup garam, cukup pedas dan tambah baby tomato untuk lebih variasi rasa.
Fried Dory Fillet ~ Masih menggunakan minyak yang sedikit, goreng kering ketulan ikan Dory yang telah diperap dengan sedikit garam dan serbuk cili selama 5 minit. Senang masak Ikan Dory sebab tekstur Ikan ni lembut .. cepat dimasak dan senang nak makan. You all cubalah.
Grilled Chicken ~ Aiman's favourite. Beli 'Boneless chicken (leg) kat supermarket, cucuk ayam tu dengan garfu .. perap dengan sedikit garam dan serbuk cili *U can use paprika also* selama 5 minit. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak lepas tu grill ayam tu. Tutup kuali masa menggrill supaya ayam lebih lembut dan tidak kering. Bila dah separuh masak, curahkan sedikit 'Apple Cider Vinegar' untuk sebatikan rasanya. Bila ayam dah masak, taburkan sedikit 'serbuk black pepper' dan terus angkat. Senang you alls .. tak sampai setengah jam dah siap. Yang penting Aiman makan sampai licin .. sikit pun tak tinggal. Yeahooo .. mommy so happy lah!
Grilled Slice Beef ~ Sebenarnya, Misz-ella tak pandai potong Daging *ohhh .. terbongkar sudah rahsia .. hehehe* Sebab Misz-ella lebih suka beli daging yang dah dipotong .. lebih mudah dan murah. Lagipun buat famili kecik macam Misz-ella ni .. kalau beli daging setengah atau se kilo .. mau kena makan daging dari pagi, tengahari, petang sampai malam kang .. silap-silap kena buat 'kudapan' *hehehe* Disebabkan Misz-ella sedang cuba mengurangkan gula *bukan sebab I ada diabetes tau .. haha* Misz-ella elakkan mengambil apa-apa Sos yang mengandungi gula .. So mari makan Grilled Beef dengan tomato dan kepingan nenas. Serius sedap. Kalau tak percaya you all cuba ye.
OK tu je yang sempat Misz-ella kongsikan untuk kali ini. Sejujurnya, semua Resepi ini adalah mengikut kreativiti Misz-ella sendiri. Tak rujuk mana-mana atau tanya siapa-siapa. Try and error kata orang. OK Bye. Terima Kasih baca ye.
0 comments:
Post a Comment