Hello readers ..
Setuju tak kalau Misz-ella katakan, di zaman serba maju ini segala-galanya adalah dihujung jari. Nak beli makanan tapi malas nak keluar, ada applikasi Food Panda di telefon pintar anda. Perlukan kenderaan untuk keluar tapi tidak mahu menunggu teksi di tepi jalan or just because you are lazy to drive *like me* ada Grab atau Uber di telefon pintar anda. Mudah hidup di zaman serba maju ini, kan.
SEND adalah sebuah platform yang dicipta untuk memudahkan urusan penghantaran barangan dari satu tempat ke tempat yang lain. Kadangkala kita akan berhadapan dengan situasi dimana .. Ada barang nak hantar tapi tak sempat nak keluar. Alternatif sedia ada sekarang adalah gunakan servis Pos Laju atau upah 'office boy' 'part time'
Lepas ini jangan risau kerana dengan adanya applikasi SEND yang boleh dimuat turun oleh semua telefon pintar yang menggunakan sistem Android dan iOS segala urusan penghantaran akan jadi lebih mudah.
Fokus SEND adalah untuk menghantar barangan ke destinasi dengan segera iaitu dalam masa 2 jam atau kurang. SEND dicipta untuk memudahkan urusan harian kita .. nak jimat masa, jimat tenaga dan tak mahu susah-susah bergegas menghantar barang ke sana sini - Gunakan sahaja SEND.
SEND juga dilengkapi dengan sistem 'rating' bagi memastikan mutu serta kualiti kerja penghantar-penghantar SEND sentiasa dijaga.
Misz-ella dah cuba SEND. SEND sangat versatile dan mudah digunakan. Malahan kita berpeluang untuk memilih jenis kenderaan yang kita inginkan. Nak barang dihantar menggunakan basikal atau motosikal? Nak guna kereta? Atau mahu hantar perabot dan mahukan kenderaan lebih besar seperti van dan lori? Semua tak mustahil dengan SEND.
SEND juga memberi peluang kepada sesiapa yang mahu menggunakan platform ini untuk mencari wang tambahan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun. Caranya ? Daftar sebagai Penghantar SEND dan kita bakal dihubungkan dengan pelanggan-pelanggan SEND yang mahukan servis penghantaran dengan segera. Cara nak daftar? Well .. dah tentu lah dengan memuat turun applikasi SEND itu terlebih dahulu, kan.
OK kita dah kenal SEND. Jom kita kenali mereka-mereka yang membawa applikasi canggih ini ke hujung jari kita.
Baru-baru ini Misz-ella telah berpeluang untuk menghadiri Majlis Pelancaran SEND bertempat di Ibu Pejabat SEND di Kota Damansara.
SEND dicipta oleh Dato TP Chin, seorang ahli perniagaan muda. Dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa idea ke arah terciptanya SEND ini adalah setelah menganalisa trend serta gaya hidup terkini dan beliau menyedari bahawa penghantaran barangan adalah antara masalah yang sering kita alami bersama. SEND juga dicipta bagi membantu menjana ekonomi mereka yang memerlukan iaitu dengan cara menjadi Penghantar SEND. Pada masa ini komuniti SEND telah mencecah 10,000 orang dan jumlah ini dijangka meningkat ke 300,000 pada penghujung tahun 2017.
Dalam Majlis tersebut, SEND turut memperkenalkan Duta nya iaitu Jorge Lorenzo, Juara Motor GP selama tiga tahun dan juara 250cc selama dua tahun.
Ketibaan Jorge Lorenzo pada majlis pelancaran SEND
Pelancaran SEND
SEND turut memberikan penghargaan kepada 5 penghantar terbaiknya di Majlis Pelancaran tersebut. Tahniah diucapkan kepada Muhamad Izwan Shukrie Bin Mohd Yusop, Chiang Mei Yee, Mohd Zamri Bin Zainal, Sureshkumar A/L Prakas Rao, Zahari Bin Mohamed Tahir!
So readers .. itulah dia Applikasi mudah SEND - sebuah platform yang bakal memudahkan lagi urusan harian kita.
Sila LIKE Facebook SEND disini atau layari www.SENDelivery.com atau muat turun applikasi SEND di telefon pintar anda hari ini.
So readers .. itulah dia Applikasi mudah SEND - sebuah platform yang bakal memudahkan lagi urusan harian kita.
Nak tau lebih lanjut tentang SEND?
Sila LIKE Facebook SEND disini atau layari www.SENDelivery.com atau muat turun applikasi SEND di telefon pintar anda hari ini.
0 comments:
Post a Comment