Hello pembaca budiman ..
Pada 27 November 2016 yang lalu, Misz-ella berpeluang untuk menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Ulang Tahun 30 Tahun Habib di Kuala Lumpur. Sambutan yang diadakan di cawangan Habib yang pertama di Kuala Lumpur iaitu di Semua House benar-benar mengimbau nostalgia zaman muda Misz-ella dahulu.
Sejak dari awal Misz-ella mendapat jemputan melalui rakan blogger, Kak Fas, Misz-ella dah 'lock' tarikh itu awal-awal. Almaklumlah, hari Ahad .. Misz-ella bagitau Kak Fas, ini adalah Ulangtahun ke 30 Habib di Kuala Lumpur, its so meaningful and I am so happy to share the success story of Habib with my blog reader and as I said, Habib and me has a very nostalgic story.
My story with Habib started more than 20 years ago at their Semua House branch. Habib adalah jenama barang kemas pertama yang Misz-ella miliki. I bought my engagement ring from Habib. Cincin kahwin pun dari Habib. Duit Mas Kahwin Misz-ella gunakan untuk beli cincin belah rotan dari Habib dan setahun sekali, Misz-ella akan memiliki barang kemas juga dari Habib. I still remember Encik Ahmad Sathali, The General Manager of Habib Semua House at that time who was recommended to me by my ex boss, Encik Shaik and it was such a nice moment when Dato' Sri Meer, the Managing Director of Habib reconnected me with him on that lovely afternoon. Masa berjalan .. umur kita makin meningkat tapi kenangan tetap segar dalam ingatan. I had so many wonderful memories with Habib.
Dato' Sri Meer di Majlis sambutan 30 Tahun Habib di Kuala Lumpur
Dato' Sri Meer pada majlis tersebut berkongsi kisah tentang bagaimana tercetusnya idea untuk membawa Habib ke Kuala Lumpur pada tahun 1986 setelah penubuhan bilik pameran pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 1958. Seronok dengar cerita Dato' Sri tentang bagaimana Habib yang bermula dengan cawangan pertama di Semua House dengan pekerja seramai lapan orang sahaja, mengorak langkah demi langkah hingga mempunyai 31 cawangan di seluruh negara hari ini.
Antara kejayaan yang telah dicapai Habib hari ini adalah :-
- menjadi syarikat barang kemas pertama berdaftar di bawah bursa tempatan pada tahun 1998
- dinobatkan sebagai salah satu dari 5 jenama terbaik dalam kategori perniagaan (barang kemas) di Campaign Asia Pacific dan TNS' Asia's Top 1,000 Brands dari 2010 hingga 2012
- Brand Laureate Award
- Reader's Digest Trusted Brands Awards
- Malaysian Retail Association Award
- Fair Price Award
- Best Companies to Work for in Asia oleh HR Asia
- membuka Hotel HABIB di Kota Bharu, Kelantan
Habib juga telah menjalankan usaha sama eksklusif dengan jenama antarabangsa seperti 'Hearts on Fire' dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan potongan berliannya yang paling sempurna, PANDORA dari Denmark yang terkenal dengan barang kemas buatan tangan dan juga ICE WATCH, jenama jam tangan mewah mampu milik dari Belgium.
Tambah manis bila Dato' Sri Meer berkongsi dengan kami tentang bagaimana Habib Semua House telah menemukan beliau dengan seorang gadis manis yang kini adalah teman hidupnya iaitu Datin Sri Zarida.
Memotong kek ulang tahun ke 30 Habib
Dato' Sri dan Datin Sri bersama para pekerja yang menjadi tulang belakang Habib sepanjang 30 tahun ini.
Kami juga dipersembahkan dengan Koleksi emas dan batu permata Habib yang ohhhh .. tersangatlah lawa dan memukau di mata Misz-ella
Bersama Datin Sri Zarida yang sentiasa manis dan ramah di setiap pertemuan dan rakan blogger, Kak Fas.
Sekali lagi, Selamat Ulang Tahun ke 30 di Kuala Lumpur, Habib. Bermula dari hanya seorang pelanggan biasa, Misz-ella hari ini gembira bila dapat berkongsi kisah manis Habib di blog Dari Jari-Jari Halusku ini. Maklumat lanjut tentang Habib boleh didapati di www.habibjewels.com
0 comments:
Post a Comment