Hello pembaca budiman,
Hari ini Misz-ella akan bercerita tentang 'smartphone'. Well di zaman moden serba canggih lagi mencabar ini, telefon bimbit bukan lagi satu kehendak tetapi adalah satu keperluan.
Seiring dengan peredaran masa, teknologi telefon pintar turut tidak terkecuali dari mengalami perubahan dan penaiktarafan. Setiap tahun ada sahaja penambahan dan pembaikan di dalam versi telefon pintar tersebut yang mengakibatkan kita perlu atau mahu menukar telefon kita ke telefon versi terkini agar kita tidak ketinggalan dalam mendalami teknologi.
Masalahnya adalah kewangan. Telefon pintar yang terbaru di pasaran yang dilengkapi dengan teknologi terkini adalah sangat mahal, kan. Ok ini ada berita baik.
Masalahnya adalah kewangan. Telefon pintar yang terbaru di pasaran yang dilengkapi dengan teknologi terkini adalah sangat mahal, kan. Ok ini ada berita baik.
CompAsia baru-baru ini telah melancarkan program Renew+ yang membolehkan kita memiliki telefon pintar terbaru secara ansuran selama 24 bulan. Program yang seumpamanya di negara kita ini dijangka dapat mengubah cara bagaimana pengguna boleh memiliki telefon pintar terkini secara jual beli tanpa perlu membebankan kewangan mereka sendiri.
Program unik hasil kolaborasi antara pihak CompAsia dan Maybank Ezypay ini memberi peluang kepada pengguna untuk memilik telefon pintar baru serta menaiktaraf telefon mereka selepas 12 bulan penggunaannya dan mendapat semula ganjaran tunai sebaik sahaja telefon tersebut dipulangkan dengan ansuran bulanan serendah RM160 sahaja.
OK jom kita baca dengan lebih lanjut lagi tentang kelebihan program Renew+ ini ..
New Smartphone Every Year/Telefon Pintar Baru Setiap Tahun
Ini yang Misz-ella maksudkan tadi .. naiktaraf atau tukar telefon anda ke telefon berteknologi terkini setiap 12 bulan.
No Upgrade Fee/Tiada bayaran tambahan untuk penaiktarafan
Ye. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk pelanggan yang mahu menaiktaraf telefon mereka selepas ansuran berjalan selama 12 bulan
Bayaran ansuran bulanan bagi membolehkan kita memiliki iPhone7 adalah serendah RM160 sebulan *melalui Maybank Ezypay*
Pengguna bebas memilih jenama telefon pintar yang diingini.
Buat permulaan, CompAsia melancarkan program Renew+ ini melalui ahli keluarga iPhone yang terbaru iaitu iPhone7. Siapa nak iPhone7? Saya!! Hehe. Dapatkan iPhone7 dengan hanya RM160/sebulan melalui program Renew+ dan selepas setahun, naiktaraf telefon anda ke iPhone terkini .. Hanya melalui Renew+.
Carrier Independent/Tiada kekangan dari sebarang Telco
Pengguna tidak terikat dengan sebarang telco dan bebas memilih sebarang telco yang bersesuaian dan disukai.
One Year Free Phone Guard/Perlindungan Skrin Telefon Selama Setahun
Setiap telefon pintar yang dibeli melalui program Renew+ ini akan diberi perlindungan skrin telefon selama setahun. So tak perlu bimbang atau risau jika berlaku kejadian skrin pecah yang tidak diingini kerana CompAsia menawarkan jaminan membaiki skrin secara percuma dalam tempoh 12 bulan tersebut.
So pembaca-pembaca budiman, dengan segala kelebihan yang ditawarkan oleh program Renew+ ini, kita sekarang boleh memiliki telefon idaman hati dengan ansuran bulanan selama 24 bulan dan selepas 12 bulan, bila keluar sahaja telefon pintar versi terbaru, kita juga berpeluang memilikinya .. hanya melalui program Renew+. Nampaknya kita akan selalu 'up-to-date' dan tak ketinggalan lagi dalam mendalami teknologi, kan.
OK .. Misz-ella dah habis berkongsi maklumat tentang Renew+ dengan pembaca semua, maklumat lanjut dan terperinci boleh didapati dengan melayari :-
atau berkunjung ke pejabat CompAsia di
Unit 2.01 Level 2
Wisma Academy
No. 4A Jalan 19/11
Petaling Jaya
Selangor
Nak cepat lagi telefon 03-79313471.
0 comments:
Post a Comment