Sebenarnya kan, Misz-ella tidak lah pandai atau hebat sangat memasak .. Setakat nak menjamu 'tummy' sendiri dan famili, boleh la. Nak jamu atau berkenduri dengan sahabat handai .. auwww .. belum tentu tambahan pulak dengan jadual kerja sebagai Blogger yang tak tentu masa, hummmm .. lagi la jarang dapat berpeluang nak masuk dapur.
Tetapi sebagai seorang mak, keinginan untuk menjamu keluarga dengan hasil tangan sendiri sentiasa ada. Afterall, Aiman dari kecil memang cerewet. Masa sekolah dulu, tak suka makan di Kantin sekolah.
If you follow my blog from the beginning, I am sure you know how my 'Amazing Race' life was .. but that was before. Now Aiman has grown and become a handsome young man that mommy always proud of. Alhamdulillah.
Bila ada masa terluang, Misz-ella tetap masuk dapur dan main masak-masak and here it is ...
Bihun Goreng Beras Merah @ Natural Red Rice Vermicelli
Bihun ini memang warna nya perang semulajadi. Bila dah dimasak warna dan rasanya tetap sama macam Bihun putih yang you all selalu makan tu tapi seperti yang diketahui ramai, beras perang lebih berkhasiat. Di umur 40an ni Misz-ella selalu fikirkan kesihatan. Nak sihat. Nak kuat. Selalu berdoa agar sentiasa sihat dan kuat .. Kalau nak jadi apa-apa pada Misz-ella pun, biarlah selepas puas memberi dan berbakti kepada yang tersayang dahulu. Itu adalah doa yang tak pernah lekang dari hati Misz-ella. Bihun goreng ni Misz-ella tak letak garam atau gula sebab dah dimasukkan Cili Sos sebagai antara bahan-bahannya. Dah ok dah tu. Aiman makan pun bertambah .. sedap la kot, kan *hehe*
Grilled Chicken
Ayam potong dadu .. perap dengan 'Steak spice dan Chilli powder' .. juga tanpa gula dan garam. Lepas diperap bakar atas kuali leper dengan minyak yang sangat sedikit. Tak sangka bila dimakan dengan buah oren, rasanya lebih sedap *naturally sweet and juicy .. *sebab Misz-ella tak nak makan dengan sos*
Secara keseluruhannya, Misz-ella happy dapat makan sedap-sedap dengan cara yang lebih sihat dan berkhasiat. Grilled chicken tu memang sedap .. pedas dan cukup rasa rempah nya. Bihun goreng tu simple tapi sedap dan berkhasiat. Jom lah kita amalkan gaya hidup sihat. Selain dari bersenam, makan pun kita kena jaga, kan. OK I'm done with my sharing session with you. Bye you all. Thank you baca entry saya.
1 comments:
Sihat dan berkhasiat dan agak menjimatkan, kan? :)
Post a Comment