Hello pembaca-pembaca budiman,
Kalau Misz-ella katakan minyak wangi adalah pelengkap untuk setiap individu, pasti ramai yang setuju, kan. Buat Misz-ella sendiri, selesai berdandan dan sebelum keluar rumah, wajib sembur minyak wangi dulu.
Entry ini Misz-ella tujukan khas buat penggemar minyak wangi. Pelakon Siti Elizad Sharifuddin atau lebih dikenali dengan nama Elizad kini telah berkolaborasi dengan syarikat Fella Rosse Boutique & Studio untuk menghasilkan minyak wangi yang diinspirasikan (inspired perfume) dari haruman minyak wangi terkenal dunia. Majlis pelancaran inspired perfume Elizad Sharifuddin X Fella Rosse ini telah diadakan baru-baru ini di Hotel The Royale Bintang, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Dan Misz-ella sangat bertuah kerana dijemput sama untuk menghadiri majlis pelancaran tersebut.
Sementara menanti Majlis pelancaran dimulakan, sempat lah Misz-ella berbual dengan rakan blogger yang lain tentang Elizad ~ Antara lakonan beliau yang paling Misz-ella ingat ialah Teman Lelaki Upahan bersama Ungku Ismail. Misz-ella tak perlu bercerita panjang kerana Elizad dah lama bertapak dalam industri seni tanahair dan punya peminat-peminatnya yang tersendiri.
Sebaik ucapan Doa Selamat dibacakan, Majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Puan Eija, pengasas Syarikat Fella Rosse Boutique & Studio. OK Jom kita kenal Syarikat Fella Rosse Boutique dan Studio dengan lebih dekat lagi.
Syarikat Fella Rosse Boutique & Studio adalah anak syarikat kepada Syarikat Nateeza Enterprise (Nz Roti John Putrajaya & Bekalan/Perkhidmatan) yang telah bertapak di industri perniagaan makanan selama 10 tahun.
Ditubuhkan pada tahun 2015 dan berfokuskan kepada bidang fesyen kerana bidang ini dilihat mempunyai potensi yang sangat cerah dan luas serta menjadi trending paling tinggi permintaannya samada melalui offline ataupun online. Fella Rosse menghasilkan pakaian wanita seperti Blouse, Tshirt, Palazo, Skirt, Cardigan, Scarves dan lain-lain lagi. Ummm .. yang ni Misz-ella nak komen sikit. Pada pendapat Misz-ella berurusniaga dengan kaum Hawa memang sangat best! Sebab kaum Hawa tak teragak-agak berbelanja untuk memastikan penampilan diri sentiasa terjaga rapi. Almaklumlah, sebagai seorang isteri, haruslah pakaian dan tudung bersilih ganti untuk menjaga maruah suami. Sebagai ibu haruslah sentiasa kemas dan cantik dimata anaknya supaya anak-anak bangga punya ibu yang walaupun sibuk tapi penampilan tetap dijaga dan menjadi contoh kepada mereka agar menjaga penampilan juga. OK jauh dah Misz-ella terbabas, kan .. jom patah balik ke pangkal jalan *hehe*
Pada tahun 2017, Fella Rosse telah melebarkan lagi sayap syarikat dengan menambah satu lagi produk baru iaitu inspired perfume dan bekerjasama dengan Elizad. Lagi satu fakta menarik, nama Fella Rosse dipilih kerana ianya gabungan nama Puan Eija sendiri iaitu Rosmarlina Yatianiza (ummm .. cantik nya nama) dan anak perempuannya Uzafeeya Rafella. Macam itu lah ibu, kan .. apa-apa pun anak kita ingat dulu.
Bagi pihak Elizad sendiri, beliau sangat berbesar hati dengan kerjasama ini kerana ini memberi peluang kepada beliau mendekati peminat dengan cara berbeza. Kontrak yang dijalin selama setahun ini dijangka akan merapatkan lagi ukhuwah antara kedua-dua belah pihak. Bak kata Elizad .. Kami dah rapat, macam adik beradik. Alhamdulillah. Sejuk hati Misz-ella dengar. Moga ukhuwah ini dirahmati Allah SWT dan berkekalan. Amin. Kita sama-sama doakan, ye.
Seterusnya ialah majlis pelancaran inspired perfume Elizad Sharifuddin X Fella Rosse. Masing-masing dah teruja dan sangat tak sabar nak lihat produknya. Bila pengacara Dollah Cantek ajak kami buat countdown 1, 2, 3 .. happening Dewan tiba-tiba. Teruja sangat!
Ye ini lah dia inspired perfume Elizad Sharifuddin X Fella Rosse yang buat kami teruja sebentar tadi
Dan bila Elizad semburkan minyak wangi tu ke badan dia .. amboi wangi nya! Nak jugak boleh *dalam hati .. malu nak cakap kuat-kuat .. hehe)
Dengan ini rasmilah sudah upacara memperkenalkan Inspired Perfume Elizad Sharifuddin X Fella Rosse.
Selepas itu kami dihiburkan dengan persembahan Elizad yang mendendangkan single terbarunya berjudul Haiyaya dan ada jugak penampilan khas oleh Ippo Hafiz dengan lagu Rahsia (OST Teman Lelaki Upahan) Seronok tengok komunikasi antara kedua penyanyi ini dengan peminat. Meriah!
Dalam Sidang Media selepas pelancaran, Puan Eija berkata Fella Rosse berharap kerjasama ini akan membantu menaikkan lagi populariti Elizad disamping dapat membuka peluang perniagaan buat mereka yang mahu menambah pendapatan dengan cara menjadi Stokis dan Agen inspired perfume Elizad Sharifuddin X Fella Rosse ini. Puan Eija mempunyai sasaran untuk mempromosikan produk ini secara besar-besaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Buat Elizad pula, beliau memilih inspired perfume kerana peka dan prihatin dengan kehendak masyarakat tempatan yang mahukan minyak wangi berkualiti setanding dengan jenama antarabangsa tetapi dengan harga yang mampu dimiliki. Misz-ella setuju kerana dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ni, sebarang penjimatan ke atas dompet kita adalah sangat dialu-alukan dan salah satu dari caranya ialah dengan membeli produk keluaran anak tempatan. Betul tak?
OK ini Misz-ella kongsikan senarai inspired perfume jenama Fella Rosse. Untuk keluaran Exclusive by Elizad, ada 2 jenis Zara Edition & Gemini Edition bersaiz 110ml dan berharga RM125 (SM) dan RM130 (SS/SG/BR)
Untuk inspired perfume pula, ada lebih dari 40 haruman diinspirasikan dari jenama terkenal untuk dipilih pembeli baik lelaki mahupun perempuan.
*Gambar dari FB Fella Rosse Perfume*
Kesemua inspired perfume ini bersaiz 35ML dan berharga RM60 (SM) dan RM65 (SS/SG/BR). Wahhhh .. harga bukan main 'wallet friendly' lagi, kan. Selain dari itu, harumannya tahan sehingga 2-3 hari dan paling bagus kerana ia juga Mesra Solat.
Dan ini adalah inspired perfume yang diinspirasikan dari Pleasures yang Misz-ella bawa pulang dari Majlis itu. Misz-ella dah cuba. Manis dan wangi sangat bau dia. Terima Kasih banyak-banyak.
Buat peminat-peminat Elizad dan penggemar-penggemar minyak wangi, produk ini boleh didapati melalui :-
Tel/Whatasapp : 0195576887
Layari laman web fellarose di www.fellarosse.com
Ikuti Facebook : Fella Rosse
Ikuti Facebook : Inspired Perfume - Elizad Sharifuddin X Fella Rosse
Instagram : @elizadsharifuddin_fellarossehq
Akhirkata, Misz-ella nak akhiri entry ini dengan ucapan Tahniah kepada Puan Eija dari Fella Rosse dan Elizad atas kerjasama ini. Selamat Maju Jaya. Dengan niat yang baik, In Sha Allah segala usaha dan urusan akan diperkenankan Allah SWT. Amin.
OK Misz-ella dah habis berkongsi tentang Elizad Sharifuddin X Fella Rosse Inspired Perfume ini dengan pembaca semua dan nak pergi buat kerja lain pulak. Moga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Terima Kasih baca. Jumpa lagi di lain entry. Bye.
2 comments:
makin gorjeslah KC ...hehehe
Not bad jugak bau perfume dia kan..lembut tak keras
Post a Comment