Hello pembaca budiman,
Seingat Misz-ella, tak pernah lagi Misz-ella hadiri mana-mana Karnival Tekstil di Hotel bertaraf lima bintang. Teruja sangat nak tau, maka pada 4hb Februari yang lalu, hati berbunga-bunga nak saksikan sendiri tekstil-tekstil yang bakal dipamerkan di Karnival itu nanti. Teruja nak cuci mata!
*Kredit gambar kepada Poknik, abang kamera yang sangat baik hati*
Karnival Jaafar Onn Design ini adalah anjuran syarikat tekstil Eurotex Asia yang berpengalaman di dalam bidang tekstil sejak dari tahun 1991.
Syarikat milik 100% Bumiputera ini diasaskan oleh Encik Mohammad Azlan bersama tiga orang lagi rakan niaganya. Mula bertapak di bidang tekstil secara kecil-kecilan secara 'mobile' iaitu dengan menyertai jualan car booth, uptown, pasar malam (flee market) dan lain-lain, perniagaan Eurotex Asia kemudiannya berkembang dan mereka mula membekalkan tekstil untuk dijadikan sekolah dan pakaian seragam untuk pihak kerajaan, sektor swasta, sekolah dan juga universiti. Kini, Eurotex Asia mempunyai 3 cawangan kedai bertempat di No. 49-50-51, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur dan dikenali dengan nama Aked Mata Air, Aked Salihin dan Aked Asnidar.
Kredit gambar kepada Poknik, abang kamera yang sangat baik hati*
Membuka tirai 2017, Eurotex Asia mengorak langkah ke hadapan dengan bekerjasarna dengan rakan artis Jaafar Onn untuk menerbitkan Jaafar Onn Design.
Jaafar Onn dipilih kerana beliau sememangnya adalah artis serba boleh dan telah mula membabitkan diri dalam dunia fesyen sejak dari tahun 1979 lagi.
Rekaan beliau pernah diperagakan artis-artis terkenal seperti Fauziah Latiff, Anita Sarawak, Noorkumalasari dan ramai lagi selain turut diperagakan di pentas program hiburan anjuran RTM. Selain dari itu pakaian rekaan Jaafar Onn turut menghiasi majalah-majalan tempatan seperti URTV, MEDIA HIBURAN, VARIAPOP, NONA dan banyak lagi.
Rekaan Jaafar Onn satu ketika dahulu sering mendapat perhatian oleh penganjur-penganjur besar seperti ‘Ratu Malaysia World' dan 'Ratu Malaysia Universe'.
Pakaian tradisi ciptaan Jaafar Onn juga pernah diperagakan oleh peragawati terkenal seperti Kavita Kaur, Nancy Foo, Kelly Lieu, Yeo dan Tan Sri Dato' Seri Michelle Yeoh. Berdasarkan kepada kredibiliti beliau, Eurotex Asia mengangkat kembali hasil ciptaan beliau dan divariasikan dengan lebih banyak corak menarik dan trendy.
Pakaian tradisi ciptaan Jaafar Onn juga pernah diperagakan oleh peragawati terkenal seperti Kavita Kaur, Nancy Foo, Kelly Lieu, Yeo dan Tan Sri Dato' Seri Michelle Yeoh. Berdasarkan kepada kredibiliti beliau, Eurotex Asia mengangkat kembali hasil ciptaan beliau dan divariasikan dengan lebih banyak corak menarik dan trendy.
Pihak Eurotex Asia mempunyai rancangan untuk mengeluarkan material serta corak yang lebih berinovasi di masa yang akan datang serta bakal melantik lebih ramai selebriti tanahair sebagai duta dan jurucakap Eurotex Asia di masa yang akan datang.
Karnival Tekstil anjuran Eurotex Asia ini akan diteruskan ke beberapa lagi lokasi menarik di seluruh Malaysia seperti Terengganu, Johor, Penang, Sabah dan pelbagai lokasi yang akan dimaklumkan kemudian.
Selain dari itu, Eurotex Asia turut menyediakan platform bagi membantu mereka-mereka yang ingin memulakan perniagaan tekstil pada modal permulaan bermula dari RM3,000-00 sahaja. Terdapat 3 Pakej yang disediakan iaitu Pakej A - Emas (Ejen), Pakej B - Premium (Rakan Niaga) dan Pakej C - Titanium (Perkongsian Niaga)
OK Jom kita cuci mata dengan serba sedikit gambar-gambar tekstil yang ingin Misz-ella kongsikan dengan pembaca semua.
Cantik, kan. Tergoda Misz-ella dengan corak tekstil ini.
Buat mereka yang sukakan warna-warna pastel ..
Rekaan yang lebih trendy dan moden .. sesuai untuk anak-anak muda
Bayangkan tubuh disaluti tekstil seindah ini .. tiba-tiba perasan lawa, betul tak? Hehehe.
Ohhh .. tergoda
Pelbagai pilihan warna dan corak ada di Eurotex Asia.
Disebabkan jatuh cinta, Misz-ella pun nak la rakamkan sekeping gambar bersama manequin yang memperagakan kain pilihan hati. Sweet gila biru muda ni.
Yeahhh .. Eurotex Asia buat Misz-ella jatuh cinta pada biru. Auwww .. lawa!
Rakan blogger Misz-ella, Si Fatin Bella turut angau bila lihat kain secomel ini ..
Simple tapi sangat sweet. Sejuk mata memandang, kan.
Dan kerana suka pada tekstil-tekstil keluaran Eurotex Asia yang buat hati kami berbunga-bunga ini, maka keterujaan pun berterusan untuk terus bergambar.
So pembaca-pembaca blog Misz-ella, Hari Raya dah dekat. Jika berminat untuk menjadi Ejen atau Rakan Niaga Eurotex Asia, cepat-cepat hubungi nombor telefon yang disertakan dibawah :-
Rahil ~ 011-25532096
Rahayu ~ 017-287 3081
Affiq ~013-4314066
Anas ~ 019 259313l
Laila ~ 012 8417972
Hafizah ~ 012-9855027
Azlan ~ 014-7176967
Pihak Eurotex Asia turut menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan dengan menyediakan kursus perniagaan secara online buat Ejen-ejennya. Humm .. Misz-ella pun dah tergoda dan tak sabar nak ke Eurotex Asia untuk lihat dan beli tekstil-tekstil secara borong. Lebih jimat, kan. Misz-ella memang suka pada perniagaan tekstil .. barang tak lapuk, tak da expiry date dan yang pasti, siapalah tak suka kalau disaluti pakaian menarik yang bakal menyerikan penampilan kita, betul tak.
OK Misz-ella dah selesai berkongsi tentang Eurotex Asia dengan pembaca semua dan Misz-ella nak akhiri perkongsian ini dengan ucapan Terima Kasih yang tak terhingga kepada rakan media Misz-ella, Kak Akmar kerana menjemput Misz-ella ke majlis yang meriah ini. Terhibur hati dengan penampilan serta persembahan artis-artis lama seperti Jaafar Onn, Rohana Jalil, Salwa Abd Rahman, Maya dan ramai lagi .. tak sedar turut menyanyi dengan dia orang semua. Berbaloi lah korban kan hujung minggu untuk menghadiri majlis ini. Ok Bye semua. Terima Kasih baca. Jumpa lagi di entry yang akan datang, ye.
0 comments:
Post a Comment