Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Suamiku Paling Sweet !!

Hello readers ...

Ini entry tentang drama terbaru yang bakal mengisi slot Akasia bermula 13 Februari 2017 setiap Isnin hingga Khamis pukul 6.58 petang iaitu Suamiku Paling Sweet.

Drama 28 episod terbitan oleh Primeworks Studios Sdn. Bhd. ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Fazren Rafi, Fazlina Ahmad Daud, Liza Abdullah, Aedy Ashraf, Amirul Faqeem DFKL, Adik Nik Adam Mika, Nur Natasya Nabila dan Lia Natalia.

Suamiku Paling Sweet memaparkan kisah Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Rela dalam terpaksa, Qisya akhirnya menerima cadangan ibunya mengenangkan yang ianya hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, berbagai kekecohan berlaku.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. Pelbagai emosi menguasai Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci sehingga hampir diterajangnya Izz Haikal pada malam perkahwinan. Qisya tertekan dan langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia berkahwin dengan Izz Haikal malah terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada Hafiey. Dia tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya ..

Qisya mula memberontak sehingga sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya .. dia bersabar dan memberi ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.

Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Diikutkan segala kedegilan serta ragam isterinya dengan penuh kesabaran. Akhirnya, lebur hati Qisya dengan kebaikan, kelembutan, kesabaran, kasih sayang dan keromantisan suaminya. Izz sangat sempurna di hati Qisya .. pada beliau Suamiku Paling Sweet!! dan Qisya kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. 

Qisya meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin. Tetapi segala yang dirancang tak menjadi maka peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?

Jom kita saksikan bersama lakonan Mawar Rashid dan Syafiq Kyle dalam drama bersiri Suamiku Paling Sweet yang akan bermula hari ini, 13 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang di slot Akasia, TV3. Kita tonton sama-sama ye!




0 comments: