Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jumpa sahabat kesayangan dunia akhirat

Hello readers ..

Kali ini Misz-ella nak cerita tentang persahabatan. Dah lama kita tak cerita tentang persahabatan dan kasih sayang, kan.

Tidak lengkap sebuah kehidupan tanpa berkasih sayang. Betapa pemurah nya Allah SWT kepada kita bila didatangkan rezeki itu bukan sahaja melalui wang ringgit dambaan dunia malah melalui kasih sayang juga dan kasih sayang itu datangnya bukan sahaja dari ahli keluarga malah juga teman-teman rapat.

Ada di antara kita memulakan persahabatan tetapi tidak berjaya mengekalkannya. Ada di antara kita yang mengkhianati persahabatan .. tak jujur dan tidak setia. Sebenarnya dalam sebuah hubungan mahupun persahabatan, paling penting adalah kejujuran, toleransi, kasih sayang, saling memahami dan saling berhubung rapat antara kita. Misz-ella sangat bertuah kerana ada sahabat rapat bertaraf 'kesayangan' dan silaturrahim dan ukuwah bersama mereka masih terjaga rapi. Walau jauh dimata di hati tetap ada mereka. 

Satu hari di hari cuti Tahun Baru Cina, Misz-ella bertemu dengan sahabat-sahabat kesayangan ~ Sarina, Kak Zu, Lin dan Rosnah di Sunway Putra Mall. Ini memang aktiviti kami setahun sekali ~ Keluar bersama.


Dan setiap perjumpaan tak sah tanpa selfie. Misz-ella selalu sayang Lin sebab dia antara kawan yang paling mengambil berat. Masa kami kerja bersama dulu, setiap hari dia akan bawak makanan dari rumah dan dia jaga makan tengahari Misz-ella hinggakan kalau Misz-ella ada hal kena keluar waktu lunch pun, dia tetap akan simpankan makanan untuk Misz-ella. I will remember your love forever, Lin.

Bila ditanya nak makan di mana atau nak makan apa .. Misz-ella seperti selalu akan pilih Makanan sihat maka Restoran Simple Life (Vegetarian) di Sunway Putra Mall jadi pilihan. Lin pilih Tomyam Noodle.

Misz-ella pilih Basil Whole Grain Fried Brown Rice

Kak Zue pilih Kung Pao Chicken with Multi Grain Brown Rice

Almond Salad dan Mango Salad pun kami pilih jugak untuk dinikmati secara berjemaah

Kak Rosnah tiba-tiba tersebut mahukan Deep Fried Sweet Pumpkin ini

Fruit Tree drink ni Misz-ella yang pilih ..


Sarina teringin ABC - Tak sedap katanya .. auchhh .. salah pilih menu agaknya dia ye?

Masa makan, kita sempat merancang untuk pergi jalan-jalan sebab Misz-ella nak mencari Novel dari negara Seberang yang susahnya nak jumpa di kedai buku serata Kuala Lumpur ni .. makanya marilah kita terjah Toko-toko buku kecil dan rancangan Misz-ella disahut jaya nya oleh mereka maka kami pun bergerak berjemaah lah menuju destinasi


Tetapi ini bukanlah destinasi kami. Ini cuma stopover pertama sahaja kerana kami nak berfotoan bersama buat kenangan hari tua sempena dengan perjumpaan kami berlima ni.

Misz-ella nak cakap satu je ~ Pepatah lama Tak Kenal Maka Tak Cinta itu sangat benar. Dia orang ber empat memang sangat kenal Misz-ella. Terima Kasih kerana menerima saya seadanya ~ Your Only Ella who love her blonde hair and her short skirt tapi korang tak pernah pandang rendah pada Misz-ella, kan kerana kasih sayang korang pada Misz-ella terlalu kuat dan pada akhirnya kita semua setuju yang kita melihat isi dan bukan kulitnya. Yang kelihatan indah di luar belum tentu cantik di dalamnya ..

Sarina antara sahabat paling patuh dan 'lurus' Misz-ella pernah jumpa. Kalau Boss suruh buat sesuatu kerja, dia akan ikut je dan buat sungguh-sungguh .. 

Kak Rosnah ~ My Assistant masa masih bekerja dulu. Sangat setia pada Misz-ella. Rasanya, Misz-ella takkan jumpa lagi sahabat sesetia Rosnah. Aku sayang kau dunia akhirat, Ros ..

Lin memang suka drama ~ Dari dulu, kini dan barangkali selamanya ..

Opss kita dah sampai .. berteksi ke destinasi seterusnya iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman ~ Dua toko buku Misz-ella terjah tapi hampa .. novel yang dicari tidak jumpa ,, maka lepas tu kami pun masuk ke kedai-kedai baju dan tak lupa aktiviti wajib kami ~ Wefie!! Misz-ella paling suka gambar ni .. muda bersama, matang bersama, susah senang bersama .. tua bersama dan kekal rapat selamanya. Moga Allah  SWT perkenankan doa kami. In Sha Allah. Amin.

Lagi lagi wefie .. 


Dah puas berjalan dan berbelanja 'Kau beli satu, Aku pun nak jugak .. Jom kita beli sama-sama ..' maka kami pun pulang ke pangkal jalan *Sunway Putra Mall* menaiki LRT. Antara pengalaman dan kenangan paling manis Misz-ella sebab Misz-ella jarang naik pengangkutan awam di bandaraya Kuala Lumpur ni .. gila jakun Misz-ella sekejap *Tehehe*

Tiada hidup yang sempurna. Hidup Misz-ella sendiri penuh dengan kekurangan dan kepincangan di sini sana tapi Misz-ella tetap bersyukur kerana kasih sayang Allah SWT tak pernah kurang pada hambaNya. Betapa seimbang dan indahnya sebuah kehidupan ~ Walau seribu mengata mahupun membenci .. mereka tetap menyayangi. Misz-ella tau mereka sentiasa ada dan bersedia untuk menangis bersama. Kalau lah kita boleh memilih, Misz-ella bukan sahaja mahu mereka menjadi sahabat di dunia malah juga di akhirat. 

Moga Allah SWT lindungi dan pelihara orang-orang yang Misz-ella sayang *termasuk lah mereka* .. permudahkan urusan mereka dan bahagiakan hati mereka. Amin.

OK Misz-ella dah emo dah ni. Tak boleh nak cerita lagi. Kesimpulan dari cerita di atas, setia dan jujur lah baik dalam persahabatan mahupun sebuah hubungan. Peliharalah ukhuwah sesama kita. kerana ukuwah itu adalah sangat indah dan merupakan rezeki anugerah Allah SWT. Sekian.












0 comments: