Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Fazura ikat kontrak pengurusan 360 dengan Universal Music Malaysia

Hello pembaca budiman,

Kali ini Misz-ella nak cerita tentang Fazura, aktres kesayangan rakyat Malaysia termasuklah Misz-ella.


Kalau kerana Fazura, Misz-ella yang jarang tonton Filem Melayu ini dengan rela hati serah diri ke panggung semata-mata kerana nak tengok lakonan beliau. Selain dari itu, Misz-ella hafal lagu duet Fazura bersama kumpulan Estranged ~ Hancur Hancur Aku dan jangan tak tau, Fazura turut berduet dengan Ridho Rhoma dalam lagu Bulan Terbelah di Langit Amerika, OST dari filem tersebut.

Seperti tersusun cantik dan tidak mahu menoleh ke belakang, Fazura yang sebelum ini tidak pernah mempertaruhkan karier seninya di bawah pengurusan sebuah syarikat telah mengambil langkah berani apabila kini secara rasmi mengikat kontrak bersama syarikat rakaman gergasi Universal Music.


Sidang Media yang diadakan 2 Februari 2017, menyaksikan kontrak yang ditandatangani bukan sahaja melibatkan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi, sebaliknya, Fazura memberi kepercayaan penuh terhadap Universal Music untuk menguruskan segala urusan karier seninya termasuk kontrak sebagai duta dan hal berkaitan.

Keputusan tersebut diambil bukan sekadar untuk memastikan kerjayanya dalam bidang seni lebih kukuh, tetapi Fazura mahu memastikan impak yang besar dan lebih positif terjadi kepada karier seninya.

 

"Pihak kami telah lama mengikuti perkembangan karier Fazura. Sebagai anak seni, beliau memiliki perjalanan karier yang baik dan memberi pengaruh besar terhadap banyak peminatnya.

"Apabila melihat kepada perjalanan kariernya yang positif dan semangat beliau untuk terus berkembang maju, Universal Music tidak teragak-agak mengikat kontrak dengan Fazura dan mengambil tanggungjawab besar serta memainkan peranan untuk mencorakkan kerjaya seninya daripada segenap segi.
  
"Besar harapan kami, agar kerjasama yang dijalinkan ini akan memancarkan lagi pesona Fazura dalam dunia hiburan," ujar Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Encik Kenny Ong.



Sehubungan itu, Universal Music dengan bangganya mempersembahkan single kolaborasi Fazura bersama pemenang The Voice Filipina musim ke-2, Jason Dy.

Menepati janji mereka, single tersebut menyaksikan Fazura tidak duduk dalam zon selesa negara sendiri apabila beliau menjalin kolaborasi bersama Jason Dy untuk lagu berjudul "Nothing Like Pag Ibig".

Kolaborasi itu sekali gus menyaksikan Fazura bakal menakluk pasaran muzik Filipina, sama seperti beliau sukses memikat hati peminat di Indonesia dengan bakat lakonannya.

 

"Untuk 'salam perkenalan' pesona Fazura, pihak kami berbangga mempersembahkan kolaborasi beliau bersama Jason Dy, seorang penyanyi di Filipina.

"Kolaborasi ini secara tidak langsung membuktikan Universal Music begitu komited dan serius untuk memberi anjakan besar terhadap karier nyanyian Fazura.

"Seperti yang kita sedia maklum, beliau sudah berjaya menawan hati peminat Indonesia dengan lakonannya, saya percaya menerusi single duet Nothing Like Pag Ibig, peminat Filipina akan terpesona pula dengan bakat nyanyiannya," ujar Kenny lagi.


Sementara itu, Fazura juga berbesar hati dan cukup teruja untuk melihat perkembangan positif selepas beliau menyerahkan masa depan karier seninya kepada Universal Music.

"Saya mengambil keputusan memberi kepercayaan penuh untuk Universal Music menguruskan karier seni saya kerana portfolio syarikat rakaman ini cukup baik.

"Dari segi nyanyian, banyak penyanyi hebat bernaung dengan Universal termasuk Yuna dan Dato' Siti Nurhaliza yang menyerahkan kerja pengedar album kepada Universal.

"Justeru saya terpanggil untuk duduk di bawah Universal Music agar bukan sahaja kerjaya nyanyian saya dikembangkan dengan lebih baik, tetapi memastikan karier seni saya  lebih terurus dan terjamin. Dan saya percaya bahawa Universal Music akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik," ujar Fazura.

Sepertimana Universal Music, Fazura cukup teruja menantikan respons terhadap kolaborasi perdananya dengan Jason Dy, sementelah ia merupakan kerjasama pertamanya dengan anak seni dari Filipina.


Pihak pengurusan Universal Music juga telah merangka dan menyusun projek istimewa Fazura di luar bidang nyanyian seiring dengan kepercayaan yang diberikan untuk memperkembangkan karier seninya.

Dengan berita baik ini, Misz-ella rasa peminat-peminat setia Fazura mesti makin teruja, kan kerana kita bakal menyaksikan kemunculan Fazura dengan single duet nya berjudul Nothing Like Pag Ibig, dengan penyanyi dari Filipina, Jason Dy. Dan selain dari itu, bermacam lagi projek istimewa Fazura sedang dirancang oleh pihak Universal Music. Wow .. bakal meriahlah arena dunia hiburan 2017 kita dengan kolaborasi bersama Fazura dan Universal Music ini, kan. Jom kita nantikan sama-sama ye.













0 comments: