Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kejutan terbaru KFC Twister ~ Hot & Zetsy Twister dan Cheezy Twister !

Hello readers ..

Hari ini Misz-ella nak bawakan berita terbaru dari Restoran kesayangan ramai KFC. Ada sapa-sapa tak kenal KFC? Semua kenal, kan.

Ada sapa-sapa tak suka KFC? Majoriti rakyat Malaysia suka dan sayangkan KFC termasuklah Misz-ella sendiri.

OK tak nak cerita banyak-banyak nak suruh you all baca je ye ..



KFC Malaysia membawakan kejutan penuh kelazatan kepada hari anda menerusi hidangan KFC Twister terbaharu. Memperkenalkan dua pilihan rasa berbeza, Hot & Zesty Twister dan Cheezy Twister, dihidangkan enak buat para penggemar KFC hanya dari RM6.50 setiap satu.

Dihidang segar, KFC Twister ini padat dengan kepingan Zinger rangup, salad, timun dan tomato lazat, semuanya dibalut di dalam tortilla hangat. Bersama pilihan sos masam dan pedas limau-cili di dalam Hot & Zesty Twister, atau keju jalapeƱo dan mayo berkrim di dalam Cheezy Twister, kedua-dua Twister ini menawarkan kejutan segar kepada menu harian anda.


“Peminat kami telah bersuara dan KFC Twister kini dibawa kembali atas permintaan ramai. Produk ini menjanjikan 100% keaslian rasa KFC di dalam bentuk mudah alih yang boleh dinikmati di mana-mana sahaja,” kata Angellina Villanueva, Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC.

“Peminat pasti berasa sukar untuk memilih di antara dua perisa hebat: Hot & Zesty Twister yang membawakan sentuhan masam dan pedas, dan Cheezy Twister dengan rasa keju asli KFC kegemaran ramai. Oleh itu, kami turut menawarkan kombo Double Twister bagi yang menginginkan kedua-dua Twister,” tambah beliau.

KFC Twister boleh didapati secara ala carte atau bersama hidangan kombo. Kombo Twister menawarkan pilihan di antara Hot & Zesty Twister atau Cheezy Twister, manakala kombo Double Twister menawarkan kedua-dua Twister, untuk anda nikmati kesemuanya. Setiap hidangan kombo didatangkan bersama Crispier Fries KFC dan satu minuman berkarbonat.


Hanya terdapat bagi tempoh terhad di semua restoran KFC seluruh negara bermula 21 Febuari 2017 sementara stok masih ada. Twister-kan harimu dengan KFC Twister! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my

So peminat-peminat KFC, apa lagi, jom serbu KFC hari ini. Bawak keluarga atau kawan-kawan semua .. RM6.50 sahaja, sangat berpatutan, kan.

0 comments: