Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Cuka Epal Surya dengan khasiat Madu Asli

Hello pembaca-pembaca budiman,

Buat pengikut setia blog Dari Jari-Jari Halusku ini, pasti tau yang Misz-ella peminat cuka epal. Samada diminum begitu sahaja setiap pagi atau dijadikan perasa tambahan di dalam masakan *sila rujuk ke Resepi-resepi yang pernah Misz-ella kongsikan di sini* cuka epal jarang sekali Misz-ella lupakan.


Baru-baru ini, jenama tempatan Surya memperkenalkan cara lain untuk menikmati minuman sihat ini melalui pengambilan cuka epal dengan menambah kebaikan madu asli ke dalam produknya. Bertempat di Gita Bayu yang terletak di Seri Kembangan, formula ini dihasilkan untuk menambahbaikan perspektif penggunaan cuka epal di kalangan rakyat Malaysia, terutama mereka yang mementingkan kesihatan dan mahu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

gambar dari google

Sebenarnya ramai yang telah mengetahui tentang pelbagai keistimewaan dan manfaat cuka epal. Diperbuat daripada buah epal segar, ia kaya dengan vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi. Epal juga kaya dengan sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

Selama lebih 10,000 tahun, masyarakat telah menggunakan cuka dalam pelbagai cara samada melalui pemakanan atau perubatan. Walaupun begitu, tidak ramai yang boleh menerima rasanya yang masam dan aromanya yang agak kuat. Cuka dapat membantu merendahkan paras glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat. Dengan bahan utamanya iaitu asid asetik, cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi.

Sementara itu, pemanis semula jadi yang ada dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa, dan juga gula kompleks yang lain. Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri-ciri pembersihan, madu juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral.



Encik Douglas Lee, pengasas Surya Malaysia dalam ucapannya mengatakan “Cuka epal Surya berbeza dengan jenama-jenama lain yang terdapat di pasaran kerana ditambahmadu semula jadi, menjadikan ia lebih lazat dan menarik. Dengan semua kebaikan konvensional cuka epal ditambah pemanis asli, Cuka epal Surya bakal mengubah cara rakyat Malaysia menjadikannya sebagai minuman turun-temurun selamanya.

Diilhamkan dari ‘Matahari’, Cuka epal Surya menjanjikan rakyat Malaysia sebuah produk hebat yang mampu meningkatkan tenaga, memberi kelainan dan menyokong sistem pertahanan tubuh badan.


Dengan tema #RasaSayangSemanisMadu, majlis pelancaran ini turut memberi peluang kepada hadirin mencuba sendiri kelazatan cuka epal dengan madu. Majlis tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran tukang masak terkenal negara Datuk Chef Wan yang berkongsi resipi cuka epal dengan madu istimewa dari jenama Surya yang digabungkan dengan buah-buahan dan jus segar.



Turut berkongsi maklumat tentang manfaat cuka epal pada petang tersebut ialah Perunding Diet, Nurul Aziah Musa. Dalam perkongsian beliau, Nurul Aziah mengatakan bahawa Terdapat banyak manfaat yang boleh kita dapati melalui cuka epal. Ia boleh membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Potassium dalam cuka epal membantu mengimbangi tahap sodium dalam badan dan mengekalkan tekanan darah yang sihat. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa serat seperti pectin boleh meningkatkan rasa kenyang individu selepas mereka makan, yang membantu mempercepatkan rasa kenyang seterusnya mengurangkan keinginan mereka untuk makan terlalu banyak atau boleh dijadikan snek kompulsif, sebagai salah satu kaedah untuk menurunkan berat badan



Dengan tambahan madu asli tempatan dalam formulasi Cuka epal Surya, jenama yang mengutamakan kesihatan ini hadir dengan rasa yang sangat istimewa pasti akan buat kita tertanya-tanya Kenapalah jenama ini tidak muncul dengan lebih awal ..

"Bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan akan datang, cuka epal Surya boleh ditambah ke dalam air atau jus buah-buahan semasa berbuka puasa untuk membantu mendapatkan semula tenaga yang hilang dan mendapat manfaat kesihatan yang berganda," kata Nurul.

Melalui kempen #RasaSayangSemanisMadu, Surya mempunyai matlamat untuk membantu keluarga-keluarga di Malaysia menjalani gaya hidup sihat tanpa meninggalkan keperluan untuk rasa tempatan yang hebat.

"Bahan-bahan yang kami gunakan diambil sendiri daripada pembekal yang dipercayai, dengan epal yang didatangkan dari Amerika Syarikat serta madu mentah dari ladang tempatan. Dengan penghasilan sendiri cuka epal daripada jenama Surya, kami mahu menyediakan produk yang lebih sihat, selamat, murah dan berkesan untuk semua rakyat Malaysia, "kata Lee.

Dengan kerjasama daripada Bioalpha Holdings, Surya sudah memasuki pasaran sejak empat bulan yang lalu dan berjaya dijual lebih daripada 20,000 botol. Ini menunjukkan bukti kejayaan formula istimewa mereka, dengan pengesahan daripada GMP, HACCP & HALAL.

Cuka epal Surya dengan madu asli bersaiz 450ml boleh didapati di kedai Watsons dan farmasi-farmasi tertentu di seluruh Malaysia dengan harga RM21.09 (termasuk GST). 

So buat pembaca-pembaca budiman blog Dari Jari-Jari Halusku ini, jom kita ke rangkaian kedai Watsons dan farmasi-farmasi tersebut, dapatkan sebotol Cuka epal Surya untuk dinikmati seisi keluarga. Banyak manfaat epal dan madu ini untuk kesihatan, tau. You alls cuba lah!


2 comments:

Finanza said...

Minum cuka epal adalah cara mudah untuk mendapatkan dos nutrien harian penting. Kesihatan badan kita boleh dijaga denga baik.

Liza Razak said...

Cuka epal Khasiat memang banyak bagus ni