Hello pembaca-pembaca budiman,
Kali ini Misz-ella bawakan berita dari Puncak Menara ke 7 tertinggi di dunia iaitu Menara Kuala Lumpur.
Bersempena
dengan sambutan Ramadhan Al-Mubarak 1438 Hijrah yang bakal menjelma, Menara Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pelbagai
aktiviti-aktiviti menarik sepanjang bulan tersebut. Seperti yang telah kita
sedia maklum, Bubur Lambuk amat sinonim dengan kedatangan bulan Ramadhan. Ianya
merupakan sejenis hidangan yang amat masyhur dan biasanya dimasak secara
bergotong-royong di masjid untuk diagihkan kepada para jemaah sebagai hidangan
istimewa berbuka puasa.
Menyedari
keistimewaan itu, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung
Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Biro Pelancongan Kuala Lumpur
(KLTB) akan menganjurkan Pertandingan
Memasak Bubur Lambuk 2017 pada Sabtu, 29 April 2017 mulai jam 7.00 pagi hingga
12.00 tengah hari di perkarangan Menara Kuala Lumpur.
Pertandingan
ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dimana
setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang dan terbuka kepada 30 kumpulan dalam
tiga kategori iaitu Kategori Terbuka, Ketegori Restoran/Hotel dan Kategori
Masjid. Manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 April 2017.
Encik Meor Shahril Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur
“Antara tujuan utama
penganjuran pertandingan ini adalah bagi memperkenalkan Bubur Lambuk ke serata
dunia, selain daripada menambah minat generasi muda terhadap warisan masakan
tradisional ini supaya ianya tidak dilupakan dan pupus dalam era kemodenan
masakini.”, kata Encik Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, Ketua Pegawai
Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.
Encik Meor Shahril Anuar (Dua dari Kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur bersama yang lain semasa upacara pelancaran Pertandingan Memasak Bubur Lambuk
“Pertandingan ini juga
memberi peluang kepada para pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk
mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah dan kaedah masakannya,
disamping merasai pelbagai resepi yang disediakan. Ianya bertepatan dengan
aspirasi Menara Kuala Lumpur untuk menjadikan Menara Kuala Lumpur sebagai
destinasi wajib untuk aktiviti Kebudayaan (Culture), aktiviti Lasak (Adventure)
dan Alam semulajadi (Nature)”, tambah beliau lagi.
Pada masa yang
sama, sebagai salah satu aktiviti CSR Menara Kuala Lumpur juga akan menjemput
dua rumah anak-anak ASNAF seramai 60 orang akan turut diraikan pada acara ini. Acara
ini juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia (MOTAC), Petronas Dagangan Berhad, Spritzer, Sinar Jernih, Syarikat
Faiza Sdn Bhd dan Adabi.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Menara Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan
untuk turut mengadakan ‘KL Tower Bufet Ramadhan’ dengan bertemakan ‘Iftar
Seindah Ramadhan’ yang akan bermula pada 1 hingga 23 Jun 2017, jam
6.30 petang hingga 10.00 malam di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.
Para
pengunjung akan dapat menikmati lebih daripada 40 jenis sajian yang
berkonsepkan ‘Citarasa Malaysia’, tetapi
masih menerapkan elemen-elemen sajian barat di dalam hidangan tertentu.
Istimewanya pada
tahun ini kami akan memperkenalkan hidangan yang menjadi kesukaan ramai iaitu
‘Roasted Lamb’ yang akan dihidangkan pada setiap hari sepanjang bufet Ramadhan
ini. Dengan ini, kami pasti hidangan-hidangan yang disediakan akan dapat
menepati citarasa setiap pengunjung.
Bagi Bufet Ramadhan ini, kami menawarkan harga
istimewa mulai esok sehingga 12 Mei 2017, dengan harga cuma RM89++ untuk dewasa
dan RM59++ untuk kanak-kanak. Manakala bagi harga selepas promosi istimewa ini
iaitu bermula pada 13 Mei 2017 adalah RM99++ untuk dewasa dan RM69++ untuk
kanak-kanak. Ianya percuma untuk kanak-kanak dari 1 hingga 3 tahun. Setiap
pembelian akan disertakan dengan tiket percuma ke Pelantar Permandangan
(Observation Deck), Menara Kuala Lumpur.
Bagi menghargai dan menarik ramai lagi tetamu untuk
menikmati bufet Ramadhan di Menara Kuala Lumpur, dengan pembelian sebanyak 10
orang dewasa anda akan mendapat satu bufet dewasa PERCUMA. Pelanggan juga
berpeluang untuk berkunjung ke Pelantar Terbuka (Sky Deck) dengan harga
istimewa iaitu RM20 untuk dewasa dan RM10 kanak-kanak. Ini merupakan diskaun
sebanyak 73%.
Selain itu, Menara Kuala Lumpur juga dengan kerjasama
Yayasan Restu akan mengadakan Pameran ‘Rehlah Nabawiyyah: The Journey of
Prophet Muhammad SAW’ sebagai pengisian bulan Ramadhan bermula 1 hingga 23 Jun
ini. Antara pengisian pameran tersebut adalah pameran replika beberapa bilah
Pedang Rasulullah, pameran Al-Quran Lama, Demontrasi Khat Kaligrafi Islam dan
banyak lagi. Kami menyeru pelawat-pelawat di luar sana terutama pelawat
tempatan, anak-anak dan keluarga untuk datang ke Menara Kuala Lumpur untuk
mendapat manafaat dari pameran ini.
Yuran masuk adalah RM5.00 sahaja.
Kami percaya dengan adanya pengisian-pengisian seperti
ini di sepanjang bulan Ramadhan yang hanya disambut setahun sekali, Menara Kuala Lumpur akan
dapat menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara untuk bersama-sama
menghayati bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk dan menempah Buffet Ramadhan Menara Kuala Lumpur, sila hubungi no talian 03 - 2020 5444 atau ikuti Facebook Menara Kuala Lumpur di https://www.facebook.com/officialmenarakl/?fref=ts
0 comments:
Post a Comment