Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Run For Fund - Untuk pembinaan Tabung Masjid Bukit Rahman Putra


Hello April,

Another Run for me and my fitness group  in April ~ Run For Fund 2017 to raise fund for the construction of Bukit Rahman Putra's mosque. Unfortunately, due to the recent loss of my brother, I decided not to run. Baru 3 hari selepas Arwah pergi .. mana mungkin Misz-ella boleh berlari.




Bertempat di Padang MPS, BRP 7, Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh .. 11 orang ahli Running Group kami berlari untuk bersama-sama menyumbang ke tabung pembinaan Masjid Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor. Dah lama dah kawasan perumahan Bukit Rahman Putra ini, sampai sekarang masih tiada Masjid, tak seperti tempat lama Misz-ella di Saujana Utama, Masjid tersergam gagah di jalan utama Bandar Saujana Utama menjadi tempat penghubung ukhuwah sesama insan dalam beribadat.

Larian Run For Fund 2017 dianjurkan oleh  CEO Empire. Masa mula-mula dapat tau tentang Run ini, semua dah teruja tapi lepas tu masing-masing sibuk .. maka Misz-ella serahkan tugas mendaftarkan mereka kepada Azie. Terima Kasih Azie kerana membantu. Jasa mu dikenang, adik.


Welcome our new member .. Vee @ Vasantha. Thank you dear for chosing to run with us to raise fund for the construction of Bukit Rahman Putra's mosque. Vee chosed to participate in the 6km Run. Boleh tahan Vee lari, stamina dia ok because she is also one of our Fit Sister.


\
Nurul chosed to participate in 6km Run too while Kak Yun and Azie chosed to participate in 3km category while Misz-ella .. chosed to wait for their arrival at the finishing line, greeted them with hugs and kisses. I think I am such an over sensitive person .. masa drive naik bukit Rahman Putra tu, tak sedar menitis airmata menyaksikan kegigihan pelari-pelari berlari untuk bersama-sama memenuhkan Tabung Pembinaan Masjid Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Tambah sebak bila mengenangkan Kita Merancang but Allah is the great planner .. greater than us and I can only watch them running instead of running with them. Kun Fa Ya Kun itu milik Dia. Tanpa izin Dia, maka tidak berlari lah Misz-ella bersama-sama mereka ini. Itu pasti, kan. Tapi hati seorang sahabat atau lebih tepat lagi kakak kerana I am the oldest in the group and it was me who initiated and bring them into running, nak jugak tengok kawan-kawan sampai ke garisan penamat dengan selamat. Seorang demi seorang Misz-ella kira .. Dah sampai semuanya, Alhamdulillah .. lega rasa hati.

And I must Congratulate this family ~ pasangan Ain dan Shah serta the 13th years old Haikal who decided to run together once a month. Paling susah dalam hidup kita nak mengamalkan gaya hidup sihat, kan dan menurut pengalaman Misz-ella, saat paling mencabar adalah hendak mengajak kaum Hawa supaya jaga kesihatan melalui bersenam. Bermula dengan Ain yang berlari bersama kami di The Running Diva, Ice Watch Night Run, perjalanan Ain dalam bidang larian menjadi lebih mudah bila mendapat sokongan Shah dan tambah berseri bila anak tunggal mereka, Haikal turut sama berlari. Tersentuh hati Misz-ella bila lihat bagaimana Shah support and encourage Haikal to the finishing line while Ain ran with us. Sekali sekala, Shah akan telefon Ain .. kat mana ni? jauh lagi? Running once a month has become their family lifestyle .. a platform for their bonding time together  .. in a healthier way. Alhamdulillah. Misz-ella tumpang bangga. Moga istiqomah.


Bangga, kan bila medal sudah di genggaman .. berbaloi pengorbanan meninggalkan tilam empuk di awal pagi dan menyuruh kaki berlari. Satu hari nanti, moment-moment ini akan menjadi detik indah dalam hidup kita .. Haikal dari kecik dah berlari dengan Umi dan Walid. Jangan pandang rendah usaha kami berlari .. kerana berlari bukan sahaja menguji ketahanan fizikal malah mental. Semakin menghampiri 'finishing line' semakin banyak drama dan cabaran ~ Kadang kaki dah mula nak 'cramp' .. .. tenaga dah mula berkurang .. hanya semangat yang kuat sahaja yang boleh membawa kita ke garisan penamat.

Larian April tambah meriah sebab kita ada Mek Da ~ Instructor high-intensity aerobic ini pilih untuk berlari di kategori 10km. Susah weyy route dia .. challenging hilly track Bukit Rahman Putra sampailah ke Jambatan Jun Tan di sempadan Batu 20 Kuang dan Taman Sri Putra dan berakhir semula di Padang MPS BRP 7, Bukit Rahman Putra but she made her way to the finishing line .. walaupun lepas tu dia cakap kaki nak cramp dan tumit Mek Da sakit but again .. Semangat nak habiskan larian itu lebih utama. Syabas Mek Da. Mek Ella bangga ke mu.



I love my running buddies @ my fit sisters ... every moment with them are special. Terima Kasih kerana buat saya rasa sangat bangga punya teman-teman 'seperlarian' seperti korang semua. Moga kita semua terus istiqomah dan bakal terus berlari bersama selepas ini .. sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sekian. Entry khas mengenang 'perlarian' my running buddies at Run For Fund 2017, raising fund for the construction of Bukit Rahman Putra Mosque on 2nd April 2017. Moga usaha murni untuk membina masjid bagi penduduk Bukit Rahman Putra ini diberkati Allah SWT. Amin.





0 comments: