Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Sweet Aiman bersama Aiman Tino temui peminat bersama Wonderglow di Mydin


Hello readers ..

Ingat lagi entry Misz-ella tentang Aiman Tino bersama produknya Sweet Aiman yang dilancarkan bersama Wonderglow baru-baru ini? Kalau tak ingat, tekan butang ini untuk refresh memory ye.

Berita baiknya adalah Sweet Aiman bersama Aiman Tino telah mula menemui peminat melalui Roadshow nya dan pada 15 April yang lalu, satu lagi Meet & Greet Sweet Aiman bersama peminat telah diadakan di Mydin USJ Subang Jaya .. tambah sweet bila Misz-ella berkesempatan untuk menjadi saksi majlis tersebut dan triple sweet bila Misz-ella dapat kongsikan dengan you all apa yang menarik sekitar Roadshow itu.


Ruang legar Mydin USJ Subang Jaya sesak dengan peminat-peminat Aiman 


Ketibaan Aiman yang dinanti-nantikan


Aiman seperti biasa .. sweet, merendah diri, peramah dan pandai layan peminat 

Antara aktiviti Sweet Aiman bersama peminat adalah .. Mari kita pakaikan 3D Cream DD Mineral Cushion Wonderglow. Agak melucukan jugaklah bila sang pria harus memakaikan 3D Cream DD Mineal Cushion Wonderglow ini pada si wanita .. *hehehe*

Macam-macam gelagat ada .. kelakar! memang menghiburkan

Selain dari itu ada juga Kuiz dimana pemenang-pemenang dapat membawa pulang barangan Sweet Aiman. Bertuahnya la, kan.


Dan semestinya lah Aiman turut berduet dengan peminatnya mendendangkan lagu kesukaan ramai 'Ku Rela DiBenci' .. Hummmm .. dari anak kecik, sampai yang remaja sampailah ke makcik-makcik macam Misz-ella hafal lagu ni tau .. bervariasi sungguh peminat-peminat Aiman, kan *hehehe*


Dan akhirnya, satu pose Misz-ella mintak dari Aiman khas buat pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini. 

So peminat-peminat Aiman Tino, nantikan kemunculan Aiman bersama Sweet Aiman dan Wonderglow dalam siri-siri Meet & Greet seterusnya. Setiap Meet & Greet dijangka penuh dengan kejutan dan menghiburkan kerana Aiman sangat spontan dan mesra dengan peminat.  Confirm korang takkan hampa.



Sessi Meet & Greet Sweet Aiman bersama Wonderglow seterusnya akan diadakan pada 29hb April 2017 ini di Mydin Samariang, Sarawak pada jam 3:30 petang. So warga Sarawak, sila tandakan kalender anda untuk berjumpa dengan Aiman Tino dan Sweet Aiman. Bukan senang nak jumpa Aiman, kan.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Sweet Aiman, jangan lupa ikuti :


atau layari laman web Sweet Aiman di www.sweetaiman360.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh lah hubungi no. telefon 016-7094042 atau email sebarang pertanyaan ke aiman360@gmail.com



0 comments: