Hello pembaca-pembaca budiman ...
Malaysia ialah syurga kepada makanan, kan. Semua jenis makanan dari pelbagai negara di dunia ada di Malaysia, terutamanya bandar Kuala Lumpur kesayangan Misz-ella ini. Kedai Mamak 24 jam, McDonalds 24 jam pun dah makin banyak .. belum lagi Kedai Tomyam yang sentiasa bersedia untuk menerima tetamu seperti kita .. maka 'supper' menjadi amalan biasa. Belum lagi Majlis keraian atau kenduri kendara di hujung minggu .. Malaysian celebrate life with food dan kajian menunjukkan bahawa kadar obesiti penduduk Malaysia adalah yang paling tinggi di Asia.
Setuju tak kalau Misz-ella katakan bahawa kebanyakan dari kita susah hendak mengawal berat badan kerana sentiasa ada selera makan? Realitinya memang begitu .. Ramai yang berkata teringin nak diet, nak kurus tapi aku pantang tengok makanan .. ada je selera untuk makan.
OK mari kita cerita tentang cara mengawal selera badan dengan sihat dan selamat. Misz-ella baru-baru ini telah diperkenalkan dengan iNContro
iNContro ialah sejenis pemakanan kesihatan berasaskan sayur bayam yang boleh mengurangkan rasa lapar dan mengawal selera makan melalui keunikan khasiat Appethyl. Appethyl ialah ekstrak bayam semulajadi berpaten dan terbukti berkesan secara klinikal dan diperkaya dengan tilakod. Tilakoid adalah sejenis bahan yang terdapat dalam semua tumbuhan dan dianggap sebagai protein yang paling banyak di Bumi.
I knew that my BMI is normal. Berat badan Misz-ella memang normal dan bersesuaian dengan ketinggian dan umur. Tetapi sebagai wanita sihat yang setiap bulan didatangi oleh 'cik bulan' atau pun 'period' dalam bahasa Inggerisnya, Misz-ella selalu mengalami masalah selera makan bertambah seminggu dua sebelum bulan datang. Emmmmm .. biasanya berat badan akan naik sekilogram dua menjelang kedatangan bulan kerana selera makan tak boleh dikawal. Masalah betul, kan.
Misz-ella diberitahu yang iNContro ini jika diambil bersama makanan ia boleh melambatkan pencernaan lemak supaya badan dapat membebaskan hormon pencernaan yang dipanggil kolesistokinin (CCK). CCK memainkan peranan penting kerana ia akan menghantar isyarat ke otak yang kita sudah kenyang dan perlu berhenti makan.
Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, CCK yang dihasilkan gara-gara pengambilan iNContro boleh membantu kita mengawal selera makan. Maka tak timbullah masalah berat. OK .. Jom baca pengalaman Misz-ella dengan iNContro.
Misz-ella ambil setiap pagi dengan 150ml air biasa
Serbuk iNContro halus berwarna kehijauan ini Misz-ella ambil di waktu pagi sebelum sarapan. iNContro adalah Pengawal selera makan pertama di dunia yang terbukti berkesan. iNContro adalah :-
Dirumus oleh bahan-bahan semulajadi
Berkesan secara klinikal
Mengurangkan rasa lapar dan keinginan untuk makan selama 4-6jam
Selamat untuk penggunaan jangka panjang
Tiada kesan sampingan
Penyelidikan dijalankan di Sweeden
Selain dari itu, iNContro boleh juga dicampurkan ke dalam jus .. samada jus oren, jus mangga ataupun apa sahaja. Misz-ella memang amal mengambil Organic Apple Cider Vinegar setiap pagi so untuk jadikan ia lebih mudah, Misz-ella campurkan sekali dengan iNContro tu.
Rasanya sedikit tawar atau lebih tepat kalau Misz-ella katakan tak rasa apa-apa. Mungkin lebih bagus kalau diminum dengan jus oren atau sirap *hehe* Masa hari pertama Misz-ella ambil, Misz-ella tak rasa apa-apa perubahan.
Kesan hanya dapat Misz-ella rasakan selepas hari ke tiga pengambilan iNContro dimana kalau kebiasaannya Misz-ella akan sentiasa rasa mahu makan sepanjang dua minggu sebelum kedatangan 'Cik Bulan', kali ini Misz-ella sentiasa rasa kenyang dan dapat mengawal selera makan. Berat badan tak naik langsung ! *happy gila*
iNContro boleh didapati di semua rangkaian Farmasi utama di seluruh Malaysia. Untuk berkenalan lebih lanjut lagi dengan iNContro, you all boleh lah layari www.incontrodiet.com.
0 comments:
Post a Comment