Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rumah Mampu Milik hanya RM50,000 dengan DBI Homes

Hello pembaca-pembaca budiman,

Hari ini mari kita cerita tentang memiliki rumah. Memang impian semua orang ingin memiliki rumah, kan .. buat yang masih menyewa, sampai bila kita nak menyewa, betul tak?

Walaubagaimanapun, masalah utama hari ini adalah harga rumah yang tersangatlah mahal sehingga ada kalanya ia tidak lagi mampu dimiliki oleh anak-anak kita. Rumah biasa-biasa pun sudah mencecah hampir RM300,000 .. mana mungkin kita dapat membeli rumah sekitar RM150,000 hari ini melainkan rumah lelong, betul tak?

Baru-baru ini Misz-ella dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Rumah Mampu Milik oleh DBI Homes yang diadakan di Flora Terrace, Persiaran Hampshire, Kuala Lumpur. Teruja nak tau lebih lanjut tentang Rumah Mampu Milik ini, maka kaki pun melangkah dengan hati berbunga-bunga ..



Perkara pertama yang Misz-ella nak kongsikan ialah Siapakah DBI Homes? Jom kita berkenalan dengan DBI Homes dengan lebih dekat lagi. 

DBI Homes adalah salah sebuah projek perumahan alaf baru berdaya saing yang menggunakan teknologi Industrial Building System (IBS).  Rumah-rumah yang menggunakan teknologi IBS semakin popular sekarang ini dan mendapat kelulusan dari pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau Construction Industry Development Board (CIDB). DBI Homes dibina oleh syarikat perumahan dan hartanah bertaraf Bumiputera iaitu DBI Technology Sdn Bhd dimiliki oleh Dato' Dr. Boy Iman A. Rahman.



DBI Technology Sdn Bhd ditubuhkan pada 16hb Disember 2016 kini memasarkan pakej produk rumah mampu milik dengan harga yang paling istimewa di seluruh negara. Ini selaras dengan seruan kerajaan untuk membina "Rumah Mampu Milik" khas untuk rakyat Malaysia yang memiliki tanah tetapi tidak berkemampuan untuk membina rumah dengan sendiri. Rumah-rumah yang dibina oleh DBI Technology Sdn Bhd berharga dari RM120,000 hingga RM235,000.00


Majlis pelancaran DBI Homes telah diadakan dengan penuh warni warni dan gilang gemilang bukan sahaja untuk memperkenalkan DBI Homes kepada orang ramai tetapi juga untuk mendekati bakal-bakal pelanggan melalui Hari Bertemu Pelanggan yang akan diadakan tidak lama lagi.


YAM Raja Shuibah Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah dan Dato' Dr. Boy Iman A. Rahman semasa perasmian DBI Homes.

Perasmian DBI Homes telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Raja Shuibah Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah "Seri Cindai Emas" bersaksikan para media, rakan niaga DBI Technology Sdn Bhd, pembeli-pembeli rumah dan tetamu-tetamu yang lain.



Bersempena dengan pelancaran tersebut,  DBI Technology Sdn Bhd menawarkan harga promosi sebanyak RM50,000.00  sahaja bagi setiap unit DBI Homes yang ditempah sepanjang bulan April 2017 ini. 

Tawaran ini adalah khas buat rumah DBI Homes dengan keluasan 1000kps dengan 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, 1 Ruang Tamu dan 1 Dapur. 

Keistimewaan lain yang turut diberikan kepada pembeli-pembeli bertuah ini adalah Yuran Guaman percuma, Healthy Water Filter, Air-cond Ionizer, Medic Spa Shower, Coating Lantai.

Selain dari itu, khidmat hiasan dalaman dan landskap pada harga mampu milik turut diberikan. DBI Technology juga turut menyediakan perkhidmatan jual beli tanah, urusan pinjaman (loan) serta perkhidmatan PBT.

Walaubagaimanapun, tawaran ini adalah terhad kepada 120 pelanggan pertama dan sepanjang bulan April sahaja ..harga rumah akan berubah ke harga asal iaitu dari RM150,000.00 sebaik sahaja tempoh promosi ini tamat.



Berita baiknya adalah .. pada 29hb April 2017 ini, DBI Homes akan mengadakan HARI BERTEMU PELANGGAN dimana pada hari tersebut, pembeli-pembeli akan mendapat harga diskaun tambahan sebanyak KRM5,000 menjadikan harga rumah tersebut kepada  RM45,000.00 sahaja. Pembeli juga akan mendapat telefon bimbit PERCUMA. Bertempat di Felda D' Saji, Titiwangsa dari 6 petang hingga 12 malam, tawaran khas ini terbuka kepada pelanggan yang membuat tempahan terawal dengan membayar deposit sebanyak 10% (RM4,500.00) atau lebih.


Misz-ella dah check it out .. Menarik rumah-rumah DBI Homes ini dan untuk harga promosi RM50,000.00 itu, pembeli boleh memilih dari 6 rekabentuk yang disediakan oleh DBI Technology Sdn Bhd iaitu Hidjan, Auni, Zalfa, Khayla, Firdhan dan Ilham. OK Misz-ella kongsikan 3 rekabentuk sahaja di sini ye .. lagi 3 rekabentuk you all kena layari website DBI Homes sendiri iaitu di www.dbi2u.com kalau tak, tak surprise la, kan.

Well .. Khayla nampak menarik .. Ilham dan Firdhan pula lebih ringkas tetapi sangat moden. Nak tengok yang lain-lain? Jangan lupa check it out, k ..


Pada majlis pelancaran tersebut, upacara serah kunci kepada pembeli-pembeli rumah turut diadakan. Tahniah buat pembeli-pembeli rumah DBI Homes .. rumah dah siap, kunci pun dah dapat .. boleh lah ber hari raya di rumah baru nanti .. mesti semua dah teruja, kan.

So buat pembaca-pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini, sila lah jenguk-jenguk laman web DBI Homes di www.dbi2u.com pilih rumah yang diingini dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain tentang Hari Bertemu Pelanggan DBI Homes, 29 April 2017 ini di Felda D'Saji dari jam 6 petang hingga 12 malam .. Jimat RM5,000.00 you alls .. Misz-ella pun tak sabar nak check it out. Jumpa di sana 29 April ini ye. 

Oppsss .. Selain dari itu, you all boleh juga hubungi talian 03 - 4270 4644 dan 03 - 4270 1644, dan jangan lupa ikuti FB  Rumah Mampu Milik OK Misz-ella dah selesai kongsikan tentang DBI Homes dengan you all semua .. Terima kasih baca. Bye readers.

11 comments:

Illya LeYa said...

Menarik.. LeYa pun memang tgah nak beli rumah ni. Boleh bagitahu otomen ni

admin said...

murahnya rumah banglo rm50k je..
kawasan boleh pilih ke..

Qiya Saad said...

Memang satu peluang yg tak boleh dilepaskan kalau da berkemampuan...

Yie zack said...

betul ke ni? risau jgk kena tipu.. sbb skg ada je kes penipuan..

Anonymous said...

Hati hatila semua.. buat research dulu samada boleh ke tak harga mcm tu dibuat oleh pemaju.. takutnya kita pula yg menjadi mangsa.. masa sistem MLM pun mcm tu gak.. pelabur awal dapat pulangan kerana nak bg pancing org ramai.. bila target duit dah dapat, terus lari lenyap.. tak nak jadi pada rumah ni pulak..

Unknown said...

Banglo ker 1000kps ?

Fazie said...

Ada testimonial? Jalan k tak?

Anonymous said...

u orang dr boi

ASTraveller said...

Kan dah kena tipu.. Boy iman dah kena tangkap huhu

far8nadzir said...

Haha. Dah sah penipu. Blogger oun dpt saham nipu

Unknown said...

Sebenarnya pembeli rumah dari DBI tidak membaca keseluruhan tawaran tersebut. Pihak pembeli rumah dari DBI perlu menyediakan tapak untuk pembinaan rumah tersebut. Pihak DBI hanya menyediakan bahan binaan IBS dengan harga RM60k tidak termasuk tapak rumah