Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Manusia Dan Iri

Selagi kita tak bersihkan hati .. selagi kita tak muhasabah tiap kejadian dalam kehidupan, manusia dan iri memang tidak dapat dipisahkan. Sedih, kan.

Saya pernah memaafkan seseorang kerana satu kejadian. Lepas tu, saya sambung semula silaturrahim tapi dengan cara  membataskan persahabatan. Saya buat-buat lupa peristiwa lama sebab saya mahu bersihkan hati .. tidak mahu memiliki hati yang hitam. Tapi sayang, hanya saya .. tidak mereka. Mereka lupa adab-adab dalam persahabatan. Mereka lupa tentang 'what u should and shouldn't'. Mereka fikir mereka wira sedangkan merekalah penyebab perpecahan itu sebenarnya. 

Kesian. Kesian kerana mereka tidak berfikir panjang. Kesian kerana mereka hanya berfikir selorong. Kesian kerana mereka melakukan sesuatu tanpa fikir kesan dan akibat. Kesian kerana mereka lupa bahawa tiap kejadian itu bersebab dan hanya akan terjadi dengan izinNya. Kesian.

8 comments:

Anonymous said...

kadang2 ada sebab terjadi satu2 kejadian tu, mungkin untuk menyedarkan kita, Allah sentiasa melindungi kita jika kita selalu mohon dariNya

sendiri pening dgn komen sendiri hehe

CT said...

bagi akk org yg suka iri hati nih tak berlapang dada...penuh dgn hasad dengki...tp kalau yg iri cara sihat akk sokong.

Moralnya biarkan org camtu, lama2 nnt dia sedar sendiri...:)

Mak Lagenda said...

Mak pun tolong kesiankan mereka sbb, musti hati mereka tak bahagia dan tak tenang seperti hati kita yg dah maafkan mereka.

Iri hati? dendam..tu semua akan membuatkan hidup kita jd 'berat'dan 'berserabut' je

faraherda.razalan said...

Disebabkan manusia itu berakallah, mrk ada pilihan. Nafsu atau akal. Maka mrk memilih nafsu krn nikmat sementara itu yg nmpk menggoda.

=(

ctpayong said...

irihati yang mendorong kita supaya lebih berjaya adalah bagus tapi itu jarang terjadi. klisenya selalu dengki.

Unknown said...

Manusia mmg mudah lupa. Maka janganlah kita jadi seperti mereka sekiranya kita berakal.

Fai Nardir said...

manusia yg berhati kotor memang mcm tu.. sedih sebenarnya bila org buat kita mcm ni. kita berniat baik, tapi dia?? kalau fai, memang akan pilih jalan untuk "menjauhkan" diri...

harleena said...

susah nak mengenal hati orang. Diluar nampak baik tapi hati di dalam, hanya Allah yang tahu..