Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Main Masak-Masak

Hidup ada pilihan. Bila masuk bab makan, nak beli boleh, nak masak sendiri pun boleh. Misz-ella ikut mood. Tapi usually weekdays camni memang konfirm la masak sendiri, hujung minggu je i gantung kuali. Masa untuk beristirehat dengan famili. Yeayyy!!

Sayur Campur dan Bilis Taucu. Bilis Taucu ni popular di kalangan masyarakat Jawa rupanya.  Kitorang borak-borak pasal makan lempeng cicah Taucu terus terkeluar resepi ni and tadaaaaaa ... best korang rasa dia. Nak pulak masa tergigit cili api. Berasap telinga.

Masak Lemak Labu dan Tauge, forever Misz-ella nya feveret ni. I love pumpkin. Kalo boleh nak buat kereta ala-ala Cinderella. Hahaha .   Fairy tale remains in our mind sampai bila-bila, kan.


Cucur Bilis resepi jiran Misz-ella, kak Ani.  Rindu gila kat Kak Ani sebab dia dah balik kampung duduk sana.  Tiap kali lalu depan rumah dia mesti sedih. Camtu la bila dah anggap jiran tetangga seperti saudara, kan. Kak Ani ... nak Laksa, nak Cokodok, nak Kerabu, nak Pasembor. Iskkkk .. rindunya kat Kak Ani yang rajin masak untuk Misz-ella.

Ikan Potong Goreng Berlada.  Maaflah, Misz-ella ni sokmo 'blurr'. Makan ikan tau, nama ikan tak pernah hafal. Misz-ella gi Pasar Malam main ambik je ikan tu 4 ketoi, suruh abang tu timbang, bayar dan bla. Kalau orang tak ramai Misz-ella dengan selambanya tanya .... abang, ini ikan apa? Masa Abang tu explain bukan main panjang Misz-ella punya ooooooo .. balik rumah aku lupa. Banyak minum air semut kot i ni? Hehehe.

Mencuri masa ber 'exercise' kerana exercise itu one of my therapy.

Merebus Rumpai Laut yang tinggi kandungan kolagen untuk jaga kecantikan dan kuatkan sendi. Almaklumler ..  tahun ni i naik pangkat ke 40an. Bila dah 40an ni, menjaga kesihatan tubuh badan memanglah 'priority'.  Meh makan seaweed collagen ni untuk kuatkan sendi, menganjal, menegang, menghaluskan dan mencerahkan kulit kita. Nak cuba? Email Misz-ella ye. Harusss Misz-ella jawab dengan laju.  Ok lah.  Got to go. Jap lagi i cerita lagi. Hopefully malam nanti boleh membebel lagi kat sini.  Jaga diri ye korang. Thanks baca. Bye.



10 comments:

faraherda.razalan said...

Aduh mak! Sedapnya lauk2 kat atas tu KC. Terliur sy. Dah le tgh bingung ni nak brunch ape. Hahahahah!

Puan Eka said...

mak pun suka masak ikan bilis taucu.
ada bawang beso ngan cili api..
pastu lenyek2kan cili api dalam pinggan..

pastu gulai lemak labu + tauge.. nyumm dapnye..ade lak sambal belacan lembek...

Kniedaz said...

masak taucu tu memang sedap kan KC..saya kalau tak lalu makan, hiris cili padi, bawang besar, bawang putih, tumis pastu buh taucu..makan ngan nasi je pun dah sedap..

sudipVSsenduk said...

lama tak singgahh sini. Asal datang je mesti lauk mengancam muncul, nyampah...

Izwa Kamaruddin said...

oh maiiii sedap nyerrr!!!

Amin A. R said...

sedapnya sayur labu tu....iskkkk

Sidratul Muntaha said...

salam kak
lama tak singgah sini
yup
tauchu mgm femes la
sbb kami org jawe
nak2 klu msk tauchu ikan ke
huhuh
terangkat

JaSSNaNi said...

sedap2 belaka...
wahhh licin kulit kerana colagen ke? nak gak lah.. i pun dah dekat2 nak 40 series pun..

Anonymous said...

sedap tu, samalah kita KA Pun peminat labu hehehe

Irfa said...

rumpai saya dah tinggal satu bekas..masih berfikir nak continue @ stop.hehe