OK je .. tak da masalah untuk makan kat Kedai Makan Tepi Jalan tu, janji bersih, servis tip-top sebab bila servisnya tip top, saya tak perlu menunggu lama sebab saya kalau dah terlalu lapar, tak da kesabaran untuk menunggu, silap-silap Waiter tu kena makan dengan aku. Hahaha *bengong*.
Wahai Tukang Cerita, tak perlu la cakap Ella nak makan tempat mahal-mahal je. U know me so much, huh? Daripada galak bercerita tentang daku yang biasa-biasa je dan akhirnya akan menambah 'X' di Buku Hisab kita, lebih baik kita pelihara diri kita. Kuatkan jatidiri kita, bersihkan hati kita, itu yang sebaiknya, kan. Afterall i'm nobody and you do not know me well so dont say so. Cakap lebih-lebih tak dapat pahala terlebih cakap mungkin akan menambah dosa.
Kalau ikut hati, mesti la bengangkan dengan orang yang mengata ni. Tapi jangan biar rasa bengang itu menghantui kita kerana ia Negatif dan takkan membawa kita ke mana-mana. Korang, kalau kena macam Misz-ella ni sabar eh. Bengang boleh tapi 5 minit je eh, jangan lama-lama, nanti hati sakit susah oooo mau baik. Nanti muka hilang seri, almaklumlah, kan orang kata segala-galanya bermula dari hati.
Mee Goreng, Lempeng dan Lontong yang Misz-ella makan di Kedai Makan Tepi Jalan with my kesayangan. Sayangnya manusia lebih suka bercakap mengikut 'rasa', bukan mengikut logik akalnya. Tak pe lah, Kita tak mampu menahan mereka dari berkata tapi kita boleh didik hati kita untuk menerima dan memaafkan mereka.Tak guna simpan titik hitam dalam hati. Maafkan Dia, dia manusia biasa yang ada kelemahannya di sini sana.
Hidup adalah sebuah perjalanan yang panjang. Banyak yang perlu di tempuh along the way. Allah SWT itu adil. Hidup saya dikelilingi oleh teman-teman yang menyayangi, ahli keluarga yang sangat memahami dalam waktu yang sama ada yang membenci. Seimbang sudah kehidupan saya, kan. Alhamdulillah .. dugaan mematangkan, memberi saya pengajaran.
Perghhh ... rindu gila kat Puteri yang keletah ni. Rindu Mama, rindu adik beradik, rindu my stepmom Mama Ida, rindu yang lain-lain jugak. I am very happy with my big family. Rezeki Allah SWT itu datang dengan berbagai cara dan ini salah satu darinya. Syukur.
Nak balik kampung .. nak balik kampung. Ada 3 kampung nak balik ni. Yang mana satu dulu? Meh kita mengundi .. kita tengok kampung mana yang kenaaa. Hahaha.
7 comments:
Ada je yg dengki ye kc, sedapnya lontong
kc ngundi kat mana :)
wahhh 3 kampung tu.. kena OOOOsom...
Sedap belaka...sy x kisah makan kat mana pun janji kita tengok bersih dan sedap...
woii lontong tu x menahan sedap sgt
nakkkkkkkkkkkkkkkk
Assalam,
Untungnya ada banyak kampung...
akak tak kisah mana2 tapi janji bersih dan halal. Biarkan apa org nak kata, kita jgn tambah dosa
Post a Comment