Perghhhh .. best gilo hotel serba putih ni .. nak pulak Bilik VIP6 yang lengkap dengan TV LCD, Free Komputer, Sofa Bed, dan Bath Tub ala Jacuzzi .. Misz-ella tak salah pilih rupanya .. *cerewet yang berbaloi* so altogether i have stayed in 3 hotels ni HCMC .. ni yang terbest. Yeszzzz!!
Sekadar hiasan je la untuk Orang Muslim seperti kita. Buat yang pertama kali ke Ho Chi Minh City, jangan duduk hotel ni sebab kepakaran mengenalpasti jalan adalah perlu kalau memilih untuk tinggal disini. The White Hotel di Le Tanh Tonh Street adalah lebih kurang 700m dari Pasar Ben Tanh, tempat orang Malaysia membeli belah .. tempat dimana Kain English Cotton, Kain Sutera Vietnam, kain labuci blink-blink, kasut manik batu berkualiti, T-shirt sukan, cadar katil, alas meja, baju kurung dan tudung boleh dibeli dengan harga yang sangat murah, asalkan kita pandai menawar. Misz-ella dah tiga kali ke HCMC, dah tau selok belok jalan disini. Dari The White Hotel, kami jalan kaki ke Ben Tanh, ke Saigon Square, ke Restoran VDelights di Lee Lai Street. First timer jangan duduk sini ye. Sila duduk di Nguyen Anh Street yang lebih dekat dengan Pasar Ben Tanh. Disitu ada Hotel AnTam, Pink Saigon 2 Hotel, Gia Huy Hotel, Hoang Gia Huy Hotel dan ada Restoran Basiroh, Restoran 1 Malaysia, Restoran Kg Melayu dan ada juga Restoran V.N. Halal Saigon dalam pembinaan disitu. Ada juga Kedai Serbaneka 24 jam yang menjual Mee Segera Halal di jalan ini. Hotel di Nguyen Anh Street ada yang bawah 100Rm semalam dan jangan terkejut kalau dengar lagu Dato' Siti di kawasan ni. Sini memang area Melayu lah.
For those of you who need assistant in Vietnam, sila add Asisah Salam di FB. Dia boleh bawak korang jalan-jalan. Dia ada buat ground arrangement lengkap dengan makan, hotel dan lawatan. Tapi kalau adventure macam Misz-ella, redah aje la ye. In sha Allah kita akan ok di sana. Ho Chi Minh is a safe city. Dont worry. Ok dah. Soon Misz-ella akan cerita tentang makanan yang best-best kat sana. Mekasih baca. Bye.
8 comments:
OO...ke Ho Chin Minh rupanya...tak sabar nak baca entry seterusnya KC ^_^
cantik hotel tu...
Peh! Jln2 je KC ni. Bila lagi Europe? Heheheheh....
Kak Azie memang masukkan Vietnam dalam senarai melancung. Next trip memang nak ke HCM. Kak Azie akan cari Ella nanti bila tiba masanya. Kena la tanya dgn orang2 yang ada pengalaman nih.
wahhh jenjalan jauh nie...
HCMC lagi KC?
Menyopping sakan!
jalan2 kat vietnam tak rasa takut mcm jalan2 kat jalan TAR di negara sendiri.pelik tak?hehe
mmg best kan.. yong pun tringat vietnam
Post a Comment