Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Memaniskan Kehidupan

Dalam hidup, kita kena telan pahit manis dan alangkah indah andai kita dapat memaniskan yang pahit itu.

Sebagai contoh, dulu saya benci seseorang.  Terlalu benci hingga kelibatnya pun tak ingin saya pandang.  Terlalu benci hingga namanya tak sudi saya dengar.  Till one day, i realised that benci itu adalah salah satu daripada penyakit hati.  Terkedu saya sekejap mengenangkan saya seorang yang tidak mempunyai hati yang bersih malah hati saya berpenyakit.  Perlahan-lahan, saya didik diri supaya buang rasa benci itu, jangan biar dia bertakhta di hati.  Alhamdulillah, saya akhirnya berjaya membuang segala rasa yang tidak enak itu dari dalam hati saya. Sekarang, meski tidak lagi semesra dulu tapi sekurang-kurangnya sudah boleh menyapa atau sekadar senyum sahaja dan perasaan saya sendiri sudah lebih tenang kerana sakit dihati gara-gara benci sudah tiada lagi.

Kesimpulannya, kita boleh memaniskan kehidupan, menjernihkan yang keruh dengan mendidik diri kita sendiri. Jangan melenting, memaki hamun atau menyalahkan orang lain kerana itu tidak membaikkan keadaan malah menjadikan hati lebih sakit.  Hati yang sakit adalah sangat tidak baik dan akal kekal terserlah di airmuka kita sendiri.  Banyakkan berfikir, bertenang dan bermuhasabah.  Timbanglah buruk baik tiap kejadian, punca-puncanya dan bertolak ansurlah.  Jangan biar emosi menguasai diri tapi gunakanlah akal dan fikiran.

Memang betul, kotak memori tak ada butang 'delete' atau 'backspace'.  Kita tak mungkin lupa tapi alangkah indah kalau kita boleh maafkan dia. Kita dianugerah Allah SWT dengan berbagai rasa - amarah, benci, cemburu dan bermacam lagi dan kita juga dilengkapkan dengan satu keistimewaan iaitu 'kemaafan'.  Maafkan Dia. Maafkan Saya juga.  Buang titik marah dan benci itu dari hati.  Maniskan yang pahit, jernihkan yang keruh. Percayalah yang 'Kun Fa Ya Kun' itu milik Allah Swt.  Terjadinya sesuatu itu hanya dengan izin Dia. Dia menduga kewarasan akal fikiran kita saat menghadapi dugaan. So kawan-kawan, mari kita memaniskan kehidupan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan memiliki hati yang bersih adalah salah satu darinya.  Memang tak mudah tapi kita boleh cuba, kan.

Sekian sedikit cerita dari saya, Misz-ella untuk pembaca setia Blog ini.  Terima kasih ye awak.  Esok-esok kita cerita lagi. Bye.

13 comments:

Izwa Kamaruddin said...

salam jumaat kak :)

Lydia Miza said...

Walau x mampu delete tp kita mampu memaafkan kan KC

Irfa said...

betul tu kakchik..sukar sebenarnya nak memaafkan dan buat seolah takde apa2 tp bila fikir balik,hidup ini tak lama..kenapa perlu hidup saling membenci?

dulu pun saya ada kisah hitam..benci dan sakit hati dgn seseorang yg pernah menjadi kawan.sedih igt balik apa yg dia buat pada saya sdgkan saya tak tahu apa salah saya

sekarang sy cuba utk buat mcm biasa wpun x macam dulu.tapi saya dah maafkan dia..smeoga Allah ampunkan dosa sewaktu sy membencinya

Anonymous said...

cerita kita yg hampir sama lah kc, dulu2 pun KA pernah x suka tahap gaban pd seseorang, but bila kita muhasabah diri & belajar memaafkan, yes jiwa rasa lebih tenang, betul tidaklah begitu mesar but still can senyum aje dan say hi bila bersua kan

Sukma said...

kemaafan dendam yang terindah....

pinky said...

jgn membenci nt sok2 kita terlebih2 pulak suka....


gmbr KC sggh comel...=)

Mama Zharfan said...

kita yg memaniskan or memahitkan hidup kita kan..life is too short to be wasted ..

Amin A. R said...

memaafkan tu bagus, tapi kalau yg dimaafkan tu masih tak berubah dan masih menyakiti, camne nak maafkan lagi....

Kniedaz said...

dulu pun saya ada benci seseorang tapi skang dah tak...letih la benci-benci ni...

Mooniqueen said...

Thanks KC... Penyakit hati ni patut dibuang jauh2.. Biar org tak suke kite... Tapi jgn kite busuk hati kt org..

Eye_nee said...

Saya sehingga hari ini masih belum mampu utk memaafkan seseorg ..bukan tidak mencuba namun setiap kali saya pdg wajah dia..tiap kali itu juga amarah menjelma semulajadi..berkali saya beri peluang..berkali itu juga tiada perubahan dipihak dia...mengulangi dan terus mengulangi perkara yg sama..sehingga suatu waktu berkata didalm hati...masa akan jd penentu sapaan dan teguran semula...

ummi_khalish said...

assalam kakchik ella.. memaafkan akan lebih menenangkn hti..biar orang x suka kita yang penting Allah sentiasa memandang kita hamba-Nya...chill kakchik...kirimsalam aiman the hensem boy tu...:-)

momnsofea said...

betul tu kak chik tp sama susah nk maafkan org yg menjejasksn periuk nasi dan nama baik famili sy..moga sy juga diberi kekuatan cam akak.