Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Asisah Dan Vietnam

Ramai betul readers yang tanyakan no telefon Asisah, Tour Guide Melayu Champa di Ho Chi Minh City.  Baru-baru ni masa ke HCMC lagi, Misz-ella sempat jumpa Asisah. Dia datang ke The White Hotel tempat kami menginap, menghantar makanan buat kami berempat.  Lama jugak kami bersembang even masa tu Misz-ella tak sehat.  Al-kisahnya Misz-ella demam sebaik sahaja tiba di Ho Chi Minh City. Alahai badan, selepas bertahun tak kena demam, di HCMC demam melanda. Demam rindu kat korang kot gamaknya Misz-ella ni. Tehehe.  

Asisah kata, sejak Misz-ella tulis tentang dia di Blog, rezeki dia semakin murah. Alhamdulillah. Kita berkongsi apa yang patut agar sama-sama dapat manfaatnya. OK. Ni no tel Asisah ye kawan-kawan .... + 84 91 372 8259.  Cara terbaik untuk berhubung dengan Asisah ialah thru WatssApp. Laju je dia jawab.

Muka pucat tak sehat. Tengok tu, Sampai dua lapis baju Misz-ella pakai.  Tapi Syukurlah .. demam Misz-ella semalaman cuma. Terima kasih Asisah tolong hantar makanan ke bilik hotel. Bersyukurnya Misz-ella ditemukan dengan orang yang baik-baik sepanjang berkelana di Bumi Allah ini.  Allah SWT itu maha pengasih, Dia beri rezeki dengan berbagai cara dan kawan yang baik adalah salah satu darinya .  Alhamdulilah.

Gigih mencuba kasut cantik menawan hati. Kasut manik cantik camni, RM37.50 je duit kita. Kat sini paling kurang pun RM59.90. Kadang-kadang sampai RM89.90. Sayangnya Misz-ella tak beli .. mungkin masa ni emosi, feel Misz-ella belum stabil lagi sebab masih belum betul-betul sihat.  Dan sekarang, bagaikan orang angau yang teringat-ingat.  Tu la kau Ella,padan muka!!

Pho adalah antara yang wajib dicuba kalau ke Vietnam.  Sedap gila sup kat sini, langsung tak da rasa Ajinomoto macam sup kat tempat kita.

Daun selasih, cili jeruk dan sambal kacang untuk dimakan bersama 'Pho'.  Misz-ella cuma makan sambal kacang tu je sebab tak minat daun selasih dan tak makan cili jeruk.


Seafood Noodle Soup kat Kedai Makan Linda, kawan Misz-ella.  Seriyus sedap. Teacher Tini peminat sup.  Licin dia makan. 95,000 Viet Dong, lebih kurang RM15.  Berbaloi sebab very big portion, seafoodnya segar dan rasanya sedap.

Aiman makan Ikan Masak Kicap dan nasi putih. 120,000 Viet Don (Rm18) untuk 4 keping Ikan Tenggiri yang fresh ni.  Mahal ke? I dont think so.

Kedai Makan Muslim Champa milik kawan Misz-ella si Linda dan ayahnya Haji Halim.  Misz-ella tabik arr kat famili dorang.  Macam-macam perniagaan dorang buat. Buat baju kurung, jubah, travel agent dan kedai makan.  Adik Linda belajar kat UIA. Bulan 7 dia nak datang Malaysia. Yeayyy !! Boleh jumpa.

Seafood Tomyam yang dimakan dengan nasi putih. Sedap gila wa cakap lu. Sama standard dengan rasa Sup Tomyam di Restoran Tupai-tupai.  Harga 95,000 Viet Dong (RM15) boleh makan 4 orang.  Ini kat Vdelights di Lee Lai Street, boleh jalan kaki je dari Ben Tanh Market if tau jalan. If not, naik teksi dalam 20,000 je (RM3)

Crispy Seafood Noodle di Vdelights. Hmmmm .. sumpah rindu akan kesedapan makanan di sini.  Kat Restoran Vdelights ni kan, Nasi Goreng Kg dia sedap, Mee Goreng Mamak dia sedap. Tak rugi ooo makan kat sini even kena jalan kaki lebih kurang 10 minit dari Ben Tanh Market.

Karipap 'luxury' yang kami beli di Restoran Hajah Basiroh ni mak Asisah yang buat.  Sedap lah. Murtabak Vietnam pun sedap tau.  Kawan Misz-ella siap mintak Resepi lagi.

Pengalaman Misz-ella setelah 3 kali ke Vietnam, jangan risau kalau kehabisan duit sebab Money Changer dalam Ben Tanh Market ni ok sangat-sangat. Misz-ella tukar 1 Juta Viet Dong bayar RM148 je, kat Malaysia Misz-ella bayar RM151.  Jimat RM3 you tukar disini.

Nama saya Mustaffa. Saya orang Melayu Champa dari Cambodia kak.  Umur saya 17 tahun. Saya tak sekolah. Orang Cambodia tak boleh sekolah di Vietnam kak.  Ohhh .. Sedih cerita Mustaffa ni. Makin kerap ke Vietnam, Misz-ella semakin tabik dengan semangat juang serta jati diri yang mereka miliki.  Sungguh pun mereka miskin, mereka tak minta sedekah. Sungguh pun mereka tak sekolah, mereka berusaha belajar Bahasa Inggeris berbekalkan Kamus sahaja dan gigih belajar Bahasa Malaysia dengan bantuan rakan-rakan.

Ini Sara Tokey Kedai kat Vietnam.  Siang dia jual kain, malam dia jual 'souvenir' kat Pasar Malam.  Diaorang ni work back to back la.  Bila masa dorang rehat ye? Sara best.  Bahasa Melayu dia fasih sangat-sangat.

Dalam berjalan-jalan, Terjumpa dengan Bazlinda n frens. Dalam berborak dia tanya  .. U all makan kat mana ye? Terus kami bawa dia ke Restoran Vdelights. 



Seriously, Nguyen Ann Street ni dah jadi perkampungan orang Malaysia.  Kedai makan Halal banyak sangat kat sini tapi sini harganya lebih mahal.  Kat sini ada Restoran Basiroh, Restoran Kg Melayu, Restoran 1Malaysia dan Restoran V.N. Halal Saigon dalam 'Planning' nak pindah ke sini.  Tapi dalam banyak-banyak Kedai Makan, tetap Vdelights dan Kedai Linda pilihan hati.  Makanan dorang lebih murah dan ada rasa.

Ini Fazil  boss kat Restoran Vdelights yang hantar makanan ke Hotel di hari akhir kami.  Al-kisahnya, flight kami pukul 1 tengahari so memang tak sempat nak makan tengahari.  So Misz-ella order makanan kitorang makan kat Airport. Senang, kan.  Thanks Fazil for your hospitality.  Hepi gila kitorang dapat jumpa lagi.

Kat Nguyen Ann Street ni paling banyak hotel 2 dan 3 bintang.  Nak makan senang, nak shopping senang, kedai 24 jam ada, ATM machine HSBC ada .. kira sangat selesa la duk area ni.

Warung Makan 1Malaysia

Kali ke dua ke Vietnam dengan Kak Tini.  Elok-elok kami berkawan, ada je orang nak mencemar hubungan kami.  Kak baik-baik kawan dengan Ella tu, dia tu jahat. Alahaiii .. yang bercakap tu tak kenal dan rapat dengan i pun tetiba cakap i camtu.  Kami berdua dah tido sebantal seselimut bersama pun .. dah tau hati budi masing-masing.  Hmmmn .. yang mengata tu apa motif dan tujuan? Tini is 43 years old lady.  Dia dah matured, dah bijak menilai baik buruk sesuatu perkara.  Tak perlu susah payah cucuk dia, if i'm not good she herself will kick me out from her friends list.  Tak pe lah.  Dugaan dan cabaran semua tu. Saya maafkan mereka-mereka .. infact i didnt ask Tini who is the person pun.  Ada sesetengah perkara, lebih baik kita tak tau, kannnn ...

Ini adik dia Yati.  Misz-ella kenal semua famili Kak Tini .. hasben dia, mak ayah dia, adik beradik dia, anak buah dia ..

Sempat buat Foot Spa disini untuk legakan urat kaki. Best!

Satu lagi Restoran yang kami dah cuba tapi kurang kena dengan selera kami.

Jom ronda pekan Ho Chi Minh City .. bandar yang bersimpang siur dengan moto di atas jalanraya tapi dah 3 kali ke sini, satu accident pun Misz-ella tak pernah jumpa.

Akhir sekali, buat pembaca Blog Misz-ella, sebelum ke HCMC, sila jangan bayangkan HCMC tu macam tempat kita ye.  Kan pepatah Melayu ada cakap .. Jauh berjalan Luas pemandangan.  Moga-moga perjalanan korang ke HCMC membuka minda kalian tentang dunia Allah SWT ini.  I enjoy HCMC, Jakarta-Bandung, Hong Kong dan lain-lain tempat yang i pernah kunjungi, mengutip pengalaman berharga dan mendidik diri agar menerima setiap kejadian dan ciptaan Allah SWT itu seadanya.  Alhamdulillah. 

Ok kawan-kawan, Terima Kasih baca. Esok-esok kita cerita lagi ye. Bye.

Nota penutup entry :- Sapa-sapa nak suruh Misz-ella uruskan Trip ke HCMC pun boleh.  Email je i kat sini .. kakchik_ella@yahoo.com. 



















11 comments:

My Little Diary said...

bestkan jalan2 dan sopink2 di vietnam...hehe :)

Kniedaz said...

Aduh KC...sup tu memang mengancam jiwa la...seronok KC ada ramai kawan di mana-mana..tabik ngan KC...teringin juga nak ke sana bila tengok gambar2 KC ^_^

Amin A. R said...

so tak risau la bab makanan kalau ke sana.. :)

Izwa Kamaruddin said...

ohh rindu ho chi minh!

JunAina said...

Tiba2 rasa rindu nak gi sana lagi. Kat restoran Haji Halim tu tom yam ikan dia marbeles sgt!

Anonymous said...

Kc, lain kali borong kain dgn kopi ye

Irfa said...

kakchik..saya kesana cuma sekali.tp mmg teringin nak pegi lagi sbb kali pertama saya tak sempat makan apa pun..sbb sibuk beli barang dan balik dlm hari yg sama..baca entri ni saya rasa mcm nak try pegi sekali dengan kakchik..mesti best bab makan2.hehe

berkawan biar ikhlas..yg menyucuk pasti malu sendiri

Chekgu Azrine said...

nk mntk tolong mizz ella aftr ths..if nk kesini la..tq in advance...

el said...

sedapnye tgk pho tu
mmg teringin nak mkn food2 dr negara diorg ni

Fara said...

Salam,
1. Macamana nak gi restoren VDelights tu? Boleh berikan directions kalau dari area hotel Saigon pink2 tu?

2. macamna nak ambil teksi yang tak tipu dari airport?

Thanks
Fara di charade4000@yahoo.com

Fara said...

Salam,
Nak tnaya:
1. Macamana nak gi restoren VDelights tu? Boleh tolong berikan direction dari area hotel saigon pink2?
2. Macamana nak naik teksi yang tak tipu dari airport ke hotel?

Terima kasih
fara - charade4000@yahoo.com