Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Misz-ella dan Sabun Pure Marine Collagen

Hello readers ... Selamat Minggu Baru.  Ada yang terkena symptom 'Monday Blues' tak harini? Dont worry .. itu perkara biasa.  Misz-ella dulu kalo malas nak gi kerja, tetiba teringat kat My bestfriend Kak Senah, melompat ku turun katil. Gi keja best, boleh layan lawak dia.  Duk rumah sorang-sorang apa kes. Tinggggg .. terus dan-dan tu bersiap. Hihihi. So korang-korang kalo tetiba malas, tak da mood dan kebosanan melanda, sila rawati hati korang dengan apa jua cara ye.  Singkirkan itu virus M, dapatkan antibodi R dengan segera. Jommmm kita kerja. Echewahhh .. *semangat* Hihihi.

Ok. Ok. Mukadimah entry langsung tak da kena mengena dengan tajuk.  Bengong betul Misz-ella harini. Hahaha. Sebenarnya nak cerita, Misz-ella dah guna Sabun Pure Marine Collagen yang meletop di pasaran tu.  Maybe i'm a bit behind time compare to others sebab orang lain dah lama guna, kan.  Tapi tak pe .. sekurang-kurangnya Misz-ella dah cuba dan boleh kongsi dengan 'readers' semua.  Alkisahnya, bulan Januari haritu, Zilah my GHMB fren beli a pack of PMC from me. Selang seminggu dia cerita pada Misz-ella yang dia makan PMC yang Misz-ella jual, lepas tu cuci muka dengan sabun PMC yang kakak dia jual, hasilnya lebih meletop.  Oh ye? Oooo .. bagus la camtu - gitu la respon Misz-ella. Pastu senyap.  Bulan Februari bestfriend Misz-ella pulak berminat dengan sabun PMC ni dan dia suruh Misz-ella cari. Alalalala ..manjanya korang .. nak apa-apa suruh Misz-ella carikan.  Tak pe lah ...Misz-ella dah biasa camtu.  Kebanyakan kawan rapat Misz-ella memang tau yang i am someone that they can rely on.  Dalam erti kata yang lain, Misz-ella sentiasa ada saat my kesayangan memerlukan.  So after tanya here and there, 10 biji sabun PMC berjaya Misz-ella beli dan 10-10 bijik ni seketul pun Misz-ella tak dapat.  Habis kat mereka-mereka sahaja.  Tak sampai 2 minggu, Fiza kol mahu order lagi.  Sarina SMS nak lagi tiga. I jawab OK. Tunggu i balik dari oversea ye. Cehhhh ..oversea la sangat *Vietnam je pun* Hihihi.  Dalam waktu yang sama, i managed to get 1 piece which i used it as my trial pack.  Kebetulan nak terbang naik AA.  Nak chek in luggage masa pergi kena bayar RM40 untuk 20kg.  Aku kedekut, takmo bayar so kita bawak Hand luggage je lah. Tapi Pencuci muka, toner camna? Lepas fikir dan fikir, i decided to bring sabun ketul PMC ni dan bawak toner yang mini size.

Di Vietnam, seketul sabun PMC yang Misz-ella dah potong tiga siap-siap dari Malaysia kami share 4 orang.  Amboiiii .. bukan main sorang-sorang menenyeh muka dengan sabun ni.  Best la .. tegang muka rasa, kata Kak Tini.  Ma, kurang jerawat dan ruam Aiman ma, rasa halus je muka, kata Aiman.  Ko nak ke Ti? Nanti balik Malaysia Kak Ella bagi, Misz-ella bagitau Yati.

Hmmm .. hepi la masing-masing dengan sabun ni, ditambah pulak dengan 'demand' sedia ada dari kekawan yang dah cuba, maka cabaran Misz-ella seterusnya ialah mencari Pembekal sabun PMC ni yang boleh bagi harga best gila menawan hati buat para customer saya. 2, 3 minggu jugak la i'm working on it.  Sampai at one time i feel so stress sebab kekawan kesayangan dah tanya  .. woiii mana sabunnya? I cakap tunggu eh .. i tengah nego harga cun-cun untuk korang ni.  Finally, i got it at a cheap price, even tak semurah harga belian kali pertama dulu but at least ok la, kan.  I dapat murah, boleh la jugak i jual murah.  Zaman sekarang ni orang pilih belanja berhemah.  Duit banyak nak ke lain, bukan nak ke muka je, kan.  So mari kita berjimat tanpa memandang remeh aspek kualiti dan sebagainya. Yeayyy!!!

Gitu la rupa sabun Pure Marine Collagen yang Misz-ella guna.  Sekarang ni dah makin kreatif dah dorang.  Dah ada yang berbentuk love, macam-macam aroma dan wana. Tapi Misz-ella ni very the tradisional person so i tetap pilih yang semulajadi jugak.  Sekali pandang kan, sabun ni ala-ala sabun Artistry keluaran Amway yang pernah i guna dulu.  Best. Rasa lembap-lembap je muka kita.  Jerawat dan ruam halus senang kecut, sel mati senang tanggal dan kulit segar je dengan sabun ni. Sabun Pure Marine Collagen seberat 50gram berharga RM23 (include Wang Pos) ni boleh guna sebulan.  Jimat tak? Jimatttt ,, kan.  Bijak berbelanja kan kita ...  WaWaWa .. suka la i dapat berjimat cermat dan maintain Awet muda dalam waktu yang sama.  Vit C + Pure Marine Collagen + pencuci muka PMC .. tu je amalan  saya sekarang ni.  Inject Botox? Inject Collagen? Vit C injection? Sumpah tak da. Tak main arr yang gitu-gitu ... i ori you. Hihihi.


Sapa-sapa nak cuba Sabun PMC ni email Misz-ella kat sini tau - kakchik_ella@yahoo.com.    Harga dia camni eh :-

1 piece - RM23
2 piece - RM41
3 piece - RM60

Harga tu dah termasuk dengan Wang Pos ye.  Lagi banyak beli, lagi banyak penjimatan korang dapat.  Ajak la bestfriend korang kongsi.  Murah tau Misz-ella jual sebab Misz-ella sendiri pernah di offer RM30/1 piece masa Misz-ella tanya-tanya dulu. Paling istimewa, setiap pembelian akan dapat Free Gift from me.  Nak tau apa? Syhhhh .. biar ia terus jadi rahsia sampai korang terima nya dengan sendiri. Dah-dah-dah. Jangan tunggu lagi. Sapa lambat dia rugi. Hihihi.

Akhir kata, Terima Kasih kerana baca Entry saya ni .. hanya sebuah Coretan biasa-biasa dari saya. New Followers, Pengomen-pengomen setia, Tq. Saya banyak hutang dengan awak semua, kan.  Esok-esok saya dah lega dan lapang sikit i visit you back eh.  Mekaceh korang ..  Have a Nice Day. Bye. Jaga diri eh.



12 comments:

My Little Diary said...

wahhh....Kak Ella dah business ye...
errm...mcm nak jugaklah try sabun tu...

Tina Othman said...

Kc, Tina nak nanti, sekali dgn pmc

JunAina said...

Elok guna yg ori je KC coz kalau dah tambah kaler2 wangi2 tu bertambah le chemicalnya...

:: Mrs.Eady :: said...

wahhh bisnes maju!

-Sara- said...

gud luck with your bisnes kak elaa :)

JaSSNaNi said...

wah.. cam best plak tengok hasilnya..

momnsofea said...

cam best jee...

momnsofea said...
This comment has been removed by the author.
diana said...

kakchik..hari tu kita mkn PMC tu..lepas tu susu badan makin kurang la..sekarang makan seminggu 2,3 kali je..takut nak makan hari2..

jija said...

KakChik......saye berminat nak beli sabun n PMC boleh email saye x jija_jijas@yahoo.com.....

zara zalani said...

As salam kak
sy membekal produk rumpai laut. complete set. Ada sabun pmc, toner spray, krim siang dan krim mlm....mmg tgh meletops jgak ni kak.
borong atau retail.
xnak beli set pun xpe, boleh beli loose
beautyshoppe81@gmail.com
013-3310016
Zara

zara zalani said...

segalanyacantik.blogspot.com
FB : Zara Beauty Shoppe