Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kegatalan Melanda

Hohoho ... gatal gila hidung, walhal gue free from sinus and tak allergic pada apa-apa, dan selama 8 bulan makan Vit C, selama tu jugak la tak kena selsema.  Alhamdulillah, kesihatan yang baik adalah rezeki Allah Swt bagi pada kita. Syukur.

Selama beberapa hari ni, kami memang avoid keluar rumah.  Keluar takat gi kedai beli barang untuk dimasak pastu balik, pergi minum petang kat Kedai Mamak, lepas minum balik. Keluar rumah sihat balik rumah tekak sakit, hidung gatal habis ku tenyeh-tenyeh.

Sekarang ni i make sure dorang makan Vitamin C tiap-tiap hari.  Dah macam Nurse dah Misz-ella cari sorang-sorang bawak Vitamin C kat dorang.  Sib baik dua tiga kerat je, kan.

Minum banyak air putih dan dont forget to take Vitamin C.  Kalau tak de meh beli dengan i. Rm60/100pcs/1000mg - boleh makan 3 bulan.  Murah sangat i jual, kan.

Lunch Nasi Kerabu tadi.  Kawe Mek Kelate, meme suko lah Nasi Kerabu ni tapi sayang, ulamnya tersangat kurang walau rasanya tersangat la best.

Senyum lah walau sebenarnya berjerebu di hati. Tuan tanah sedang rindu pada somebody.  Someone who used to cheer me up when i feel down, someone who can make me cry happily.  Gaya hidup yang dah berubah memisahkan kami.  Tak pe lah, Takdir Tuhan itu indah. Bahagia datang dengan berbagai cara. I'm happy with new happenings in my life now.  Alhamdulillah.

Satu malam tengah syok buat paperwork kat Study Table kat bilik sendiri tetiba datang budak ni ajak bergambar.  Seorang mak mana la nak hampakan permintaan anak.  Layan je.  Now i start to feed Aiman with Ephyra.  Nak tengok apakah kesan pada budak umur 17 tahun ni.  Mama makan dia pun Nakk ma ... nak rasa Ephyra.  Eeeee .. kalau serasi maka bakal kempis la dompet ku bulan depan sebab kena beli 2 pack. By the way,  Ephyra ada buat offer yang sangat best - beli 2 kotak dan dapatkan Free Gift idaman hati you and me.  Walaweihhh .. cantik la.  I punn nak. 

Ok la ye.  Got to go. Petang ni nak gi Chekidauttt something. Yang best, harini someone will drive me.  Lalalala .. bestnya duduk sebelah.  

11 comments:

Kakcik said...

Aiman ni salin muka Ella, kan? :)

uncle gedek said...

uncle lepas akil baligh je dah start gatal-gatal...

haha!

duniafana said...

nsi krabu tu kak...nyum2

HaniShaklee said...

Vitamin C memang bagus untuk antibody.. saya pun amalkan..mmg jarang la sakit..demam pun jarang.. sebab tu baru sekali ambik MC tahun ni..

Kniedaz said...

senyum KC dan Aiman sama la hehee..

Chekgu Azrine said...

Mcm best je produk tu..ada baca fillanie pun mkn..

Mama Zharfan said...

cantiknya kulit muka KC...

Ita Rossi said...

gambar KC ngan Aiman nmpk KC lagi muda dr gamb. pakai baju biru tu. Ingat adik KC tadi.

diana said...

Bagus la aiman..muda2 dah ada kesedaran nak jaga kulit bagai..jangan dah beranak pinak baru la nak jaga muka.tu pun sebab jeragat dah tebal..malu..heheh

cantik bersama ephyra said...

salam kak ella
TQ for promoting ephyra...yupp ephyra ni sgt bagus untuk kulit and kesihatan dalaman yan lain...

for more info can be found kat blog shema... cantikbersamaephyra.blogspot.com..

if nak order, do contact me... shema akan deliver cepat2...:)

Lydia Miza said...

Cara nak order vit c tu cambe sis?