Kepala ada sikit ting tong, gara-gara lambat makan, berdenyut urat kepala. Tu la kau, nak makan pun malas, al-padan lah muka.
Cokodok air sejuk - Tepung gandum, bawang, cili, udang kering. Kalau ada ap-apa daun ijodalam peti es tu kita bubuh je la, kasi dia meriah. Campurkan dengan air paip bertapis, kacau rata bagi kental ye. Pastu pecahkan sebijik telur dan gaul rata untuk rangupkan dia. Pastu ambil sedikit jintan putih *yang kecik tu*, tabur dalam bancuhan cokodok tu. Pastu korang goreng. Hmmmmm ... sedap. Terima kasih pada Jiran ku Kak Ani untuk resepi Cokodok Air sejuk ni.
Bubble Chocolate ni pun sedap untuk buat kudap-kudap. Badam cincang dan Choco ball yang dicelup coklat pastu hias dengan Coklat Putih. Ya Ampunn ..berebut makan dengan Aiman.
Hahaha .. nak bagitau yang Misz-ella jual cookies ni untuk raya. RM26 sebekas. Ok sangat harga dia sebab ni bukan Cornflakes tapi Badam salut coklat. Ok la tu kan sebab ramai kata badam naik harga tapi akak yang buat Cookies ni ok je rega dia, tak mahal sangat, kan. Kalau nak email kita kat sini eh :- kakchik_ella@yahoo.com. Cepat tau sebab hari puasa pertama dia dah tutup order. Ok la ye, got to go. Mahu layan kepala ting tong. ByeBye kawan-kawan. Tenkiu baca.
4 comments:
salam~
Jemput join 1st GA saya yer. Mekasih!
http://syurgakasih.blogspot.com/2013/06/saya-buat-giveaway.html
Sedapnya nmpk cekodok akak ni.
hehehe..
sedapnyaaa..
aummm~
lenkali calling2.. boleh terjah minum petang skali..
sedapnya cekodok time lapar memang licin punya....haha
Post a Comment