Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Apa Perlu Menyalak Bukit?

Hurmmmm ... tetiba terkenang karakter manusia.  Bila marah, tak tau nak bertenang dan sanggup menyerang.  Sekarang lagi dasyat, serangan boleh dibuat di laman sesawang.

Makin lama manusia makin tak tau nak kawal perasaan.  Mereka lebih suka ikut emosi  dan hati.  Akal mereka tolak tepi yang akhirnya hanya menampakkan kebodohan diri.  Dulu Ustaz cakap amarah tanpa kawalan itu amalan Syaitan.  Ustaz cakap, bila marah sebaiknya beristighfar, bertenang.  Dalam keadaan tenang baru kita boleh guna akal dengan  sebaiknya. 

Ada jugak yang bila marah bagai anjing menyalak bukit.  Dok menyalak sampai letih tapi bukit tetap teguh tak tumbang.  Bila dah penat, maka lemah, senyap dan berlalu lah sang anjing. Bukit tetap teguh dan kuat, sikit tak terusik.  Sapa malu? Sapa yang diperkatakan? Anjing jugak kan.  Orang akan kata awat la anjing tu hingaq sangat?  Tak malu ka buat bising?

Pengajaran buat kita :- Kalau marah, tarik nafas, bertenang dan beristighfar.  Kawal perasaan dan emosi.  Jangan biar emosi kawal diri.  Jangan tau.  Nanti Syaitan tepuk tangan. Tak perlu bising hingaq sana sini tapi muhasabah lah diri.  Kita mungkin bukan yang terbaik tapi kita boleh berubah menjadi lebih baik dan menjadi insan yang berkualiti. Kita sama-sama perbaiki diri ye.  Dengan lafaz Bismillah disertai dengan niat yang baik, In Sha Allah boleh.  In Sha Allah.

7 comments:

Tedi said...

Betul tu, Tedi sokong.

Kniedaz said...

salam pagi KC..betul juga tu...tapi kadang2 emosi mengatasi segalanya..tu yang jadi tak tentu hala tu

Tina Othman said...

Wah penat lah klu menyalak bukit, dok salak2 bukit dok tara tu jgk

NicE entri kc, tina suka sangat muah muah

:: Mrs.Eady :: said...

hurmm....

Kesuma Angsana said...

betul sgt tu KC, kdg2 bila marah lupa segala hehehe

diana said...

kita kalau marah suka bawak diri..kalau tunggu kat situ takut terkeluar ayat bukan2,..hehehe

Ita Rossi said...

kadang2 kita perlu jugak 'buat2 marah' supaya orang takut nak marah kat kita.