Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Makan Sepanjang Minggu

Selain dari Entry bersifat sharing, entry tolong kawan jual barang, entry motivasi dan entry kenang-kenangan, tips kesihatan dan entry gi bersenam, sesekali kena gak buat entry makanan.  Kalau tak nanti Azwan marah dan boikot Misz-ella. Ohhh sedihhh kalau readers lari.  I appreciate every single click on my blog ok.  Tak kira tujuan kedatangan ikhlas atau sengaja nak skodeng saya, Terima Kasih la ye. Begitu la nasib seorang Blogger picisan, kannn.

Singgang Ikan Kerisi.  Misz-ella masak 2 ekor je. 2 ekor Ikan Cencaru Goreng Bercili, Kubis + Brocolli Goreng Kicap dan Sambal Sardin 2 hari lepas diperhangat.  Sayang gila siot nak buang sardin sebab sardin my feveret.  Kalau terbau Sambal Sardin otomatik selera datang.

Nasi Goreng Sempoi - buh ikan bilis dan kacang panjang je dalam tu. Pastu dadar telur. Dah-dah makan, jangan banyak komplen. Mogok kang tak berasap dapur, tak wangi rumah dek aroma masakan.  Padan muka!! Hihihi.

Keropok keping pengiring nasi goreng.  Jangan gigit sekeping-sekeping.  Patahkan kecik-kecik pastu tabur dalam nasik.  Nanti kita sudukan sekali. Omakaihhhh .. baru tau Misz-ella nya cerewet? Hihihi.

Ada satu malam tu dorang tak mau makan Nasi.  Yesss .. lagi senang sebab tak payah masuk dapur 2 kali.  Misz-ella cerewet, tak suka repeat lauk tengahari bawak ke malam.  So  mari bikin French Toast untuk dorang. Senang, kan.

Pokok mangga depan rumah dah berbuah.  Mangga yang bulat pink-pink tu saya punya.  Disebabkan i busy, i ate my desert at my workstation in my bedroom.  Hahhh ..cepat habiskan dan kemas kalo tak mau jadi mangsa semut lepas-lepas ni.

Dalam peti ais ada Pes Tomyam, ada stimboat ball dan ada ayam. Dalam kabinet ada Maggi.  Malas nak makan nasi meh kita kerjakan Maggi ni.  Tak sampai 10 minit, siap la Maggi Tomyam Homemade ni. Hihihi. Senang kerja i.

3 comments:

diana said...

biasa kalau makan nasik dengan keropok kita patahkan keropok dan cedok nasi tu guna keropok.masuk mulut..sedap..maisara suka macam tu dia kata macam main2 je..dia kan suka main2 je..haha

Kniedaz said...

ooo, sedap sedap sedap...hehehe

Azwan@Mr Money said...

wah sedapnya kak chik.....
tq2x... hehe