Bangun pagi tengok gunung .. itula Agenda utama kitorang hari ke 2 ni. Tapi disebabkan cuaca sangat sejuk dan kabus tebal, pukul 5, 6 pagi gunung tak nampak-nampak lagi. Lepas dah puashati sebab dapat tengok gunung, kami pergi sarapan. Kami malas nak drive ke Pekan Ranau so kami makan je di satu gerai di sebelah kiri jalan sebaik sahaja turun dari resort. Lepas sarapan, we dediced to pack and go. Next destination is Desa Cattle Farm di Mensilau Foothill. Jalan nak ke sini memang agak mengelirukan sikit sebab dari 'main road' memang tak ada signboard langsung. Kitorang sendiri tanya direction masa beli buah kat Pekan Kundasang.
Ladang lembu ala-ala New Zealand. Sayangnya masa kami sampai, lembu-lembu sedang duduk selonggok berehat. Maka tak dapat lah kami ambik gambar lembu-lembu berkeliaran.
Dorang kata sedap .. since icecream is not my favorite so Misz-ella tak heran la, kan.
Suka la anak-anak kita dapat menyusukan anak-anak lembu 'polkadot' ni.
Meh makan Rumput khas ni meh. Comel lo kambing-kambing putih bersih ni.
Anak-anak kambing yang sentiasa lapar. Dah bagi dia nak jugak lagi. Beringgit-ringgits kami habis to make sure they are no longer hungry. Alololo .. tak kenyang-kenyang dorang ni kauuuu .. pantang hulur dia 'ngap' .. tak hulur rumput dia ngendeng-ngendeng nak jugak.
Comelnyaaaaa .. rasa nak 'kidnap' sekor masuk beg bawak balik. Lepas tu dapat nama baru Ella-Kambing, camna? Hihihi.
Dalam perjalanan ke KK kami singgah di Bandar Tamparuli di Tuaran. The most polular landmark in Tamparuli adalah jambatan gantung Tamparuli maka haruslah kita singgah. Hurmmmm .. jambatan gantung yang femes dengan lagu Kadazandusun yang menghubungkan Pekan Tamparuli dan penduduk kampung.
Masa kami pergi Jambatan di bawah jambatan gantung yang merupakan laluan keluar masuk kenderaan dari bandar ke kampung runtuh dan terputus sebab hujan tak berhenti-henti turun beberapa hari. Maka agaknya penduduk kampung kalau nak balik rumah kena park kereta kat pekan lepas tu jalan kaki naik jambatan.
Lepas dah melihat Jambatan Tamparuli ni, kitorang terus gi Bandar Kota Kinabalu. Pusing-pusing bandar, lunch kat Kedai Mamak *Bihun Sup dan Mee Goreng sedap gila* terus check in di Marina Court Resort Condominium. Apartment sangat besar, selesa dan mudah nak ke mana-mana. Yeayyyy!!
Heyyy .. that is Marina CourtResort Condominium, yang warna pink sebelah Hotel Promenade tu. Senang duduk sini, nak ke mana-mana boleh saja jalan kaki. Makan minum depan belakang hotel kiri kanan pun ada. Apartment 3 bilik complete with iron, washing machine dan TV LCD siap ada Channel 393 sekali. Yeayy i suka. Pukul 10 mlm remote tv i punya. Dah. Dah. Dah. Korang gi makan kuaci sambil main kad ye. Misz-ella mau tengok Drama Korea. Hihihi.
Petangnya kita jalan-jalan di Waterfront, tengok suasana bandar yang 'happening' dan terus menjengah ke Pasar Malam dan Pasar Makan di sekitar kawasan Pasar Philippine. Happening gila kauuu pasar malam dan pasar makan dia. Anak-anak nak makan Kepak Ayam Bakar. Lepas tu ronda-ronda dan tergoda and we decided to have our Dinner here. Kedai makan pilihan adalah Kedai No. 7 *tapi sume Kedai takda nombor sebenarnya*. Ida si Pemilik Gerai sangat ramah dan friendly.
Ikan Merah 3 Rasa.
Sotong Goreng Tepung memang 'favorite' anak-anak kami. Kat mana-mana pun mesti order Sotong ni and its very nice i tell you .. memang sedaplah!
Chilli Crab. Sedap ooooo ..
Sotong Bakar. Satu cucuk RM10. Kalau nak cuba, mintak kat dia nanti dia panaskan balik. Hurmmmmm .. yummy! Misz-ella pergi balik ke Pasar Phillipine on Day 2 semata-mata untuk dapatkan Sotong Bakar ni. Sedap kauuu .. sekali makan berekor-ekor Misz-ella telan.
Ketam Bakar
Lobster Bakar.
Yeahhhhhh .. Ini Lobster kita punya. Seekor lobster besar ni 500gm beratnya. Tak sabar-sabar nak 'ngap'.
Yaaaaa .. itu dia. Dua ekor 'lobster' besar jadi penyeri 'tummy' kami malam ini. Kat KL jangan harap nak jumpa kat pasar-pasar. Kat Restoran besar dan mewah je ada, tu pun mahal. Kat sini 1000gm@1 kg siap masak RM180. Boleh la kita cuba kan. Kat KL hanya mampu memandang sang lobster sahaja.
Itu dia .. sudah dimasak 'Butter Milk. Soooo yummy i tell you. Sedap lah!
Misz-ella bungkus 2 keping Ikan Tuna bakar. Ikan tuna besar ni cuma RM5 sahaja sekeping. Rasanya kat KL tak pernah jumpa Ikan tuna mentah jual kat pasar. Yang ada cuma tuna dalam tin untuk buat sandwich je. So sedap tuna bakar ni korang. Isi dia segar dan manis. Best. Best. Best. Kata Ida Si Tokey Kedai, saya makan mentah je kak. Potong dadu kecik-kecik, perah limau, gaul dengan mangga, bawang dan cili. Sedap kak. Omakaihh .. dia punya cerita buat i rasa nak 'try'. Next visit to Kota Kinabalu i cari u lagi ye.
Sotong besar-besar ..
Ikan Bayan. Rasanya Misz-ella pernah jumpa Ikan Bayan ni kat Melaka sekali je dulu. Lepas tu tak jumpa dah. So bila jumpa kat sini .. teruja la i sekejap. Tapi tak ambik pun ikan tu sebab i dont really like it.
Amboi la anak-anakku .. bizi dengan henfon sorang-sorang. Whtsapp buah hati la kot tu. I Iike the idea of bungkus pinggan dengan plastik. Lepas makan buang plastik tak payah basuh pinggan. Jimat air, kan.
Pasar Makan Pasar Philipine yang dibuka setiap hari dari jam 5 petang. Pasar ni berada betul-betul di belakang Pasar Philippine. Sebelah Pasar ni pulak ada Pasar Malam yang jual macam-macam makanan. Gila happening tempat ni. Seronok makan meja berderet macam ni ramai-ramai. Betul-betul feeling Pelancong lah sebab kat sini memang 'tourist spot'. Sebelah Misz-ella pelancong Korea, belakang Misz-ella Mat Salleh dan Korea lagi. Orang Korea sebelah kiri Misz-ella makan 3 ekor lobster bakar. Besar gila 'lobster' dorang ambik .. dekat 700-800gm seekor lobster and they ate lobster only. Seafood lain dorang langsung tak ambik. Enjoy gila tengok diaorang makan 'lobster' tu. Orang kata kalau nak makan kat sini hati-hati sebab kalau salah pilih, mungkin Gerai tu tak bersih takut sakit perut pulak nanti. Tapi kitorang OK. So far 4 hari di Sabah, sume makanan yang kami try sume sedap dan best. I think for those of you yang ke Kota Kinabalu tak perlu lah masuk restoran besar yang mahal gila tu sebab kualiti dan kesegaran seafood sama je. Kami makan lobster kat sini, dengan sotong, dengan ikan dan ketam baru RM300 untuk 8 orang. Kalau restoran besar-besar dan terkenal tu mau dekat RM1,000.00 kot.
Next destination is .. Tanjung Aru Beach .. 5-6km sahaja dari Pusat Bandaraya.
Pantai bersih dan cantik. Terang di waktu malam. Ada ramai orang melepak kat sini di malam hari and the beach is very happening.
Di sini kami melepak, main kejar-kejar dengan ombak, tulis nama atas pasir, tengok movie 3D ramai-ramai 1 panggung kami 'conquer'. Tak boleh lupa la pengalaman tengok movie 3D dengan dorang ni. Baris depan anak bujang 3 orang, baris tengah mak-mak dan anak dara kecik tu row belakang bapak-bapak la kan. Row depan paling 'happening' terutama si Aiman. Paling diam Misz-ella lah sebab first 3 minutes i tutup mata sebab 'nervous' u. Hahaha .. Memang dasar tak 'adventure' betul la kau Ella oiii ..
Dah betul-betul penat, dah boring dan malam baru lah kami balik. Sampai rumah dah pukul 11 malam maka kami pun 'kebaboooooommm' tidor and again ... i slept like Sleeping Beauty. Sungguh la lena .. kalau kapal terbang langgar pun i tak perasan gamaknya ye. Hehehe. OK dah. Berakhir hari ke 2 kami di Kota Kinabalu. Esok nak gi 'chekidaut' something which is more fun and interesting. Tunggu Entry seterusnya ye. Bye.
6 comments:
aduhhhh rindu kat kk dah ni!
beshnya!!!!!!!
orang sabah nasihatkan saya, nak makan seafood kat pasar tu kan, jangan pilih yg pre-cooked. dan kalau lalat tak hinggap, jangan beli. gitulah.. heheh :D
wah mmg seronoklah ke sini yer ! budak2 pasti happy ler
best gile cuti cuti KC! sebenarnya seafood sana memang murah dan fresh. rugi sangat sebab saya pegi haritu makan tak banyak sebab perut takleh makan campur baur sangat. jeles woh tengok lobster besor giant yang saya tak try tuh! hahaha!
pastu...sayang la jambatan kat sungai tamparuli tu runtuh... patut la tengok air sungainya coklat je...rupanya hujan tak berhenti ek?
tapi kan, siyesli, bila baca je entri KC ni, terus gatal nak fly ke sana lagi! :D
Hi salam perkenalan
Bestnya jln2 kat kk.tak pernah sampai sana lagi. Btw tgk sotong bakar tu memang terliur habis...huhuhu
Dandandiri.blogspot.com
Post a Comment