Hujung bulan November .. Cik Bibah our very close Ex-neighbour buat Kenduri Kawin anak bongsu dia, Faris. We have known each other for more than 30 years. Alhamdulillah .. God bless the friendship and both families are still friends until now.
Adik Saya Aishah .. tapi orang selalu cakap Dia kakak, saya Adik. Aishah tinggi macam Arwah Abah, Misz-ella kecik .. tinggi lebih sikit je dari 5 kaki *hehe* and pipi tembam .. OhMyMy .. dah gemuk!! Kadang rimas tengok badan dah berisi tapi nak diet malas .. Redha je lah dengan berat 55kg ni. Masa muda dulu, berat kekal di 50kg je .. naik se kilo dah worry gila .. kelam kabut diet .. kecoh macam nak terbalik dunia .. sekarang dah 55kg gue masih cool. Tanda-tanda penuaan kot!! Haha. Ok betul, dah tua .. saya sangat sedar diri saya sudah tua.
Hanya kami berempat yang nak naik ke pentas .. menitis airmata gembira tengok Faris kahwin. My 'Isabella Boy' has grown big. Begitu cepat waktu berjalan .. Alhamdulillah ukhuwah yang terjalin masih tetap indah.
Lauk Kenduri ... MasyaAllah tersangat lah sedap. Kari Kambing, Rendang Tok, Dalca, Ayam Merah dan Acar Buah .. kami makan bertambah. Entah berapa kali kami mintak 'Refill'. Cendol, Teh Tarik dan macam-macam lagi .. beruntung la kau wahai tummy!! Haha. Afterall memang lapar pun kerana Konsep Makan Berhidang. Even kami sampai pukul 1, kami makan pukul 2 sebab tunggu Pengantin datang. So memang makan beria la kan ..
Makcik Bibah, Makcik Midah, Hairun, Rahmah and us .. heran tengok famili dorang ni tak makan dek usia. 30 tahun dulu dan sekarang tetap sama. Sayang dorang ketat-ketat.
Kenduri Kawin Farris ~ Moments to remember.
1 comments:
Dah lama SA x pi kenduri kahwin...bukan tk nak pi...malas nak jawab soklan cepu gangsa
Post a Comment